Bernama
1/4/2014
1/4/2014
PUTRAJAYA, 1 April (Bernama) -- Portal 1Malaysia Civil Service Retirement Support (1MCSRS) akan dilancarkan Jun ini bagi memberi lima kemudahan maklumat kepada pesara kerajaan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.
Lima kemudahan itu ialah kelangsungan kesihatan, peluang pekerjaan selepas bersara, pengurusan kewangan, pembangunan keusahawanan serta kesejahteraan pesara, katanya.
"Sebagai contoh pesara boleh melihat jika terdapat jawatan kosong dalam portal tersebut untuk dimohon serta cara-cara membuat pemeriksaan kesihatan," katanya dalam sidang media selepas majlis prapelancaran portal 1MCSRS di Hospital Putrajaya di sini Selasa.
Hasil kajian JPA terhadap kira-kira 3,000 responden mengenai kecenderungan perspektif golongan pesara menunjukkan antara kelima-lima kemudahan itu, 80.76 peratus pesara menitikberatkan isu kesihatan diikuti isu kesejahteraan dan bantuan pengurusan kewangan, katanya.
Mohamad Zabidi berkata inisiatif itu adalah di bawah program Lautan Biru Nasional (NBOS) dengan penglibatan pelbagai kementerian, agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.
Mohamad Zabidi berkata langkah pertama yang telah dilaksanakan berkaitan kelangsungan kesihatan ialah laluan pantas di hospital dan klinik-klinik kerajaan, perkhidmatan saringan kesihatan di klinik-klinik kerajaan terpilih serta pemantauan kesihatan melalui lawatan ke rumah pesakit.
Mohamad Zabidi dalam ucapannya sebelum itu berkata pada hari ini, jumlah pesara penjawat awam ialah 610,000 orang termasuk 55,000 pesara tentera yang merupakan jumlah yang besar dan masih berupaya menyumbang kepada negara.
"Namun, ada dalam kalangan golongan pesara yang merasakan diri mereka menjadi golongan kelas kedua dan terpinggir, justeru itu kita percaya golongan ini memerlukan perhatian, penghargaan dan kebajikan berterusan," katanya sambil menambah terdapat penambahan 18,000 pesara kerajaan setiap tahun.
Menurut kajian yang dilakukan Kementerian Kesihatan sehingga akhir tahun lepas, sebanyak 65.7 peratus (kira-kira 1.6 juta) warga emas termasuk golongan pesara telah didaftarkan di klinik-klinik kesihatan kerajaan dan ini melebihi sasaran ditetapkan iaitu 60 peratus, katanya.
Sehubungan itu, katanya, sasaran tersebut dinaikkan kepada 70 peratus untuk tahun ini bagi mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Garis Panduan Melaksanakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas iaitu sebanyak 75 peratus pada 2015.
-- BERNAMA
25 ulasan:
hahaha kebiasaannya kalau anonymous comment atau komen tanpa nama akan berleluasa dengan pelbagai gelagat antaranya:
1. yang suka main permainan bodoh seperti 1st, 2nd, 3rd dan sebagainya.
2. yang suka melaga-lagakan orang
3. yang suka kutuk sesama skim, sebagai contoh N kata J bodoh, J kata B bodoh dan sebagainya.
4. yang suka merapu-rapu dengan sajak, pantun, syair.
5. yang suka buat teori konspirasi
6. yang suka copy paste artikel dari tempat lain
-----------------
sebenarnya pesara terutama pesara dari golongan kumpulan sokongan, yang telah bersara pada era 90an dan awal tahun 2000 memerlukan lebih dari sekadar portal ini. mereka memerlukan bantuan kewangan tambahan. sebagai contoh, seorang pesara tentera berpangkat sarjan pada tahun 90an sehingga kini masih mendapat bayaran pencen sekitar rm800-850, lagi rendah dari gaji pokok PAP/PAR/PRA sekarang. seorang pesara tentera berpangkat sarjan yang baru bersara semalam pula mendapat bayaran pencen lebih dari 2 kali ganda dari pesara sarjan 90an. mereka ini tak perlu portal internet. mereka ini perlukan sumber kewangan. pihak atasan kerajaan ni daripada keluarkan idea mengarut-ngarut dan idea bodoh, eloklah berfikir bagaimana untuk membantu mereka seperti menyediakan kad diskaun bagi rawatan di klinik swasta, kad diskaun pengangkutan awam, kad diskaun pembelian keperluan asas, kad diskaun telefon. mereka perlukan benda-benda ni. portal internet ni tak sesuai dengan zaman dan usia mereka.
kepada JPA yang diterajui oleh PTD PTD BIJAK PANDAI ni, berfikirlah dengan waras dan jangan asyik nak pikir untung saja dengan memperkenalkan projek yang menguntungkan sebelah pihak. portal JPA sedia ada tu sebenarnya dah cukup, buka saja laman baru atau subdomain baru khas untuk maklumat yang boleh dicapai oleh pesara kerajaan. tak perlulah setup domain baru, server baru, hosting baru dan dedicated line yang baru semata-mata untuk jadikan ianya sebagai projek baru dengan kos yang baru.
yang lebih utama, pesara-pesara kerajaan warga emas masakini tak perlu benda tu semua. mereka perlukan bantuan kewangan. sekali lagi diulang, kepada pembuat keputusan di atas sana, gunalah otak anda dengan waras, jangan guna kepala lutut. anda nanti bila dah bersara, wang pencen masih lagi menghampiri 5 angka, paling tidak pun rm5,000 sebulan. jadi anda memang takkan kisah dengan kos rawatan, kos beli ubat, kos beli keperluan harian dan sebagainya sebab pencen anda saja lagi besar dari gaji pokok gred 12 yang sudah 30 tahun kerja.
Blog ini tidak membenarkan ulasan tanpa nama.
Tapi kenapa ulasan 1 tu Tanpa Nama dibenarkan?...Inginkan penjelasan.Sekian, terima kasih
sebab saya adalah "Tanpa Nama" yang 1337. ha ha ha ha
blogger nie dah tak best la .. otak dah tak berkembang tanpa komen dah hasutan .. malang sungguh nasib kakitangan di bawah cuepacs
SALAM. ADAKAN BLOG UTK PESARA ADALAH SATU PERKEMBANGAN YG BAIK. DIHARAP BLOG ITU AKAN DIPANTAU DAN SEGALA PANDANGAN DIBERI PERHATIAN SUPAYA PESARA SOKONGAN TERUTAMANYA PERKERANIAN DPT MANAFAAT DARI BLOG PESARA ITU. MINTA2 JPA MELIHAT PESARA YG HAKIKI DAN KUP. PESARA YG HAKIKI SEPATUTNYA DIBERI BEBERAPA KENAIKKAN DLM PENCEN. ADA LAH MENBUAT KESILAPAN BESAR DISAMAKAN PESARA HAKIKI DAN KUP. PESARA HAKIKI PERKHIDMATAN PERKERANIAN PERLU DIBERI KENAIKKAN DLM PERSARAAN SEBAB MEMEGANG JAWATAN HAKIKI SEMASA BERSARA. TQ
Sampai bila harus menanti..
janji tinggal janji
Elaun rmh tetap rm180
Dah puas keliling kampung cari rmh sewa harga ni haram x dapat..siap kena perli dgn tuan rmh
aduss
kalau kat bandar aku x kan cari kompom x ada
elaun rmh koman koman bagi lah rm300
pastu PA tambah lg dalam rm200 baru lepas sewa rmh flat sekarangni
ni..nk sewa rmh teres memang x de dalam kepala sbb dgn elaun 180 tu nak sewa bilik rmh setinggan pun susah..lagipun rmh setinggan dah payah nak dapt skrg nih..inilah nasib PA golongan bawahan kediaman setaraf setinggan jelah yang layak dengan kadar elaun rm180 tu
sakura luncai berkata...
blogger nie dah tak best la .. otak dah tak berkembang tanpa komen dah hasutan .. malang sungguh nasib kakitangan di bawah cuepacs
Khamis, April 03, 2014 11:13:00 PG
-------------------------
elok la macam ni. yang cerdik saja tau bagaimana nak komen. yang bodoh sekolah malas tapi pandai dalam buat provokasi dan komen-komen tak matang duduk luar sana tu diam-diam baca je blog ni jangan komen apa sebab dia tak tahu bagaimana nak log masuk. kah kah kah
kepandaian adalah kelebihan yang allah anugerahkan pada hambanya . kebodohan bukan sebab seseorang itu malas atau sombong . semuanya telah ditakdirkan , yang pandai sepatutnya mencari jawapan peyelesaian untuk kebaikan yang kurang pandai . setiap duit yang anda terima itu akan di hitung di ahkirat .. adakah betul cara anda menerimanya atau sebaliknya . tanpa orang bawahan , mungkin anda tidak berada di kedudukan anda sekarang ...
log in budak sekolah pun tahu..sorry broo..
elaun rmh tu je full stop.lyg lain lain nanti dulu
hari2 surat kenaikan pangkat dan gaji DG29 hingga DG44 sampai ofis ..
apakah halnya . .. jadi kakitangan sokongan bila nak naik ???
sakura luncai berkata...
hari2 surat kenaikan pangkat dan gaji DG29 hingga DG44 sampai ofis ..
apakah halnya . .. jadi kakitangan sokongan bila nak naik ???
Khamis, April 10, 2014 11:35:00 PG
Tuan/Puan.. Ini sememangnya 'standard'.. Setiap kali ada tuntutan dari CUEPACS, pastinya kebajikan Guru, Polis yang pertama-tama sekali dilihat. Dalam CUEPACS sendiri pun tidak semua SKIM Perkhidmatan Awam bergabung dan ada dalam committee. CUEPACS perlu buat sedikit penambahbaikan. CUEPACS perlu untuk mengadakan persidangan meja bulat untuk semua SKIM Perkhidmatan Awam untuk mengetahui keperluan yang sudah semestinya berbeza-beza.
skim kenaikan elaun perumahan kump sokongan bila...bila...bila..bila
jadi tak payah cakap Cuepacs membela nasib kakitangan awam malaysia la . yang banyak dapat faedah Guru dan polis ja .
Zaman nabi je orang miskin dan hina terbela, la ni tak da la...
takkan adanya keseimbangan sekiranya yang menguruskan sesuatu sistem tersebut terdiri dari orang bodoh.
sebagai contoh, perkhidmatan awam caca marba dan tunggang langgang disebabkan pentadbiran tertinggi bermula dari ksn, jpa dan pihak berkuasa melantik yang bodoh. begitu juga di pihak kesatuan sekerja yang diuruskan oleh mereka yang bodoh. sebab itulah segala benda yang diperjuangkan itu serba tak menjadi ataupun tidak adil bagi semua orang.
noktah.
2 X 5 la tu ...
sama lahh dgn org yg tulis tu bodoh piang jga
idea ni mmg mengarut.noktah
tp agak-agak kalau bagi semua pengulas2 separuh masa ni gaji gred turus III termasuk elaun-elaun....mesti kerajaan, kakitangan awam, penduduk luar bandar, rakyat miskin tegar berkembang dengan lebih maju,kaya, dan kompetetif.tak perlu dah cuepacs lepas tu.
kalau semua benda bagi subsidi,tiap2 tahun nak naikkn pencen/gaji, smua nak kene suap...tgk berapa lama pasar2 tu amik masa nak naikkn lagi harga barang, tgk smpi bile anak muda masih nak berusaha cari kerja..xselesai masalah
xckup duit..g cari duit lagi,jimatkn lagi perbelanjaan xperlu,mmg hidup ni ssah..jgn ssahkn diri dgn asyik dengki kt org lain pulak
9/10 kekayaan datangnya dari perniagaan, bukannya makan gaji.
masa g interview dulu ada org ckp mkn gaji kt kerajaan ni blh hdup snang ke?kan mmg dah tahu gaji jawatan kerja yg diapply?nk slh siapa lg? pengulas2 berpangkat "PHD"?
Pembiayaan Peribadi Utk Pesara
Hubungi Dashima -0193009647
Semua ckp xserupabikin,sendiri mai untung
Sememang pesara dibiarkan.. dijadikan second class citizen..seperti anjing menyalak bukit..utk kenaikan pencen..Dibuat sesuka hati tidak di entahkan. Hanya 2% setahun kenaikkan apalah boleh dilakukan lebih2 lagi pencen yag kurang dari 1000 .
dgn kos hidup yg tinggi.
Setuju
Saya bersara secara pilihan dengan gred terakhir N22(KUP). Boleh kah saya dilantik semula secara tetap/kontrak dalam skim berlainan. Saya opsyen atas dasar ingin berniaga tetapi perniagaan yang diusahakan tidak berjalan lancar. Pohon pencerahan sekiranya masih ada peluang laluan kerjaya yang boleh saya pohon. Terima kasih.
Catat Ulasan