Bernama
2/5/2014
2/5/2014
MELAKA, 2 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka akan menyiasat dan
mengambil tindakan terhadap penjawat awam di negeri ini yang terlibat
dalam perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (CBP) di
Dataran Merdeka, semalam.
Ketua Menteri Datuk Idris Haron berkata tindakan itu bertentangan dengan peranan penjawat awam yang sepatutnya menyokong kerajaan dalam melaksanakan CBP demi menjana ekonomi negara pada masa depan.
Penjawat awam juga tidak harus terpengaruh untuk melibatkan diri dengan bantahan itu kerana ia merupakan tindakan seorang atau sekumpulan kecil yang didorong kemahuan politik yang tinggi, katanya kepada pemberita selepas menerima rombongan 60 peserta Program Belia Asia Tenggara di sini, Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika ditanya tindakan yang akan diambil jika ada penjawat awam di negeri ini terlibat dalam perhimpunan itu.
Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda semalam menyifatkan penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan itu sebagai pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.
Tindakan mereka melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang dibuat semasa diterima bekerja dalam sektor awam, katanya.
-- BERNAMA

buang saja penjawat awam yang menentang dasar kerajaan. mereka ini mudah diperdaya dan dipermainkan oleh pihak yang satu lagi tu sampaikan tak boleh beza apa itu "DASAR KERAJAAN" dengan "MANIFESTO PARTI POLITIK".
BalasPadamkita memerlukan penjawat awam yang benar-benar penjawat awam yang cerdik, bukan yang senang dimanipulasi untuk menentang kerajaan sedia ada.
tak kira la anda seorang penjawat awam peringkat persekutuan yang kita tahu parti politik mana yang menjadi kerajaan persekutuan, mahupun kerajaan negeri seperti selangor yang kita tahu parti politik mana yang menjadi kerajaan, kita adalah penjawat awam yang berkhidmat dengan kerajaan, jadi perlu mendokong setiap polisi yang dibuat oleh kerajaan.
jika anda tak boleh bezakan kedua-dua ini, eloklah berhenti sebelum diberhentikan.