Utusan Malaysia
4/5/2014
4/5/2014
KUALA LUMPUR 4 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)
menafikan akan menganjurkan Himpunan Sejuta Rakyat Sokong Cukai Barangan
dan Perkhidmatan (GST) yang didakwa akan diadakan di Dataran Merdeka
pada 12 Mei ini.
Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali (gambar) berkata, pihaknya
pasti perkara itu merupakan kerja kotor tentera siber propembangkang,
Read Bean Army (RBA) yang menerima dana jutaan ringgit daripada pihak
luar untuk memburukkan Perkasa.Perkasa mengutuk perbuatan mereka ini. Mereka merupakan jenis yang tak ada kerja lain dan sentiasa mahu membuat fitnah.
Oleh itu, kita akan membuat laporan polis agar pihak polis dapat
menyiasat kerja-kerja kotor pihak berkenaan," katanya dalam kenyataan
kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas mengenai penyebaran poster oleh pihak tidak
bertanggungjawab di laman sosial berhubung Himpunan Sejuta Rakyat Sokong
GST anjuran Perkasa dan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) di Dataran Merdeka
pada 12 Mei ini.
Perkara ini susulan daripada kenyataan Presiden Perkasa, Datuk
Ibrahim Ali yang mencadangkan agar Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di
Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan dewan-dewan perniagaan supaya
menganjurkan perhimpunan bagi memberi penjelasan mengenai pelaksanaan
GST kepada rakyat selain sebagai tindak balas kepada perhimpunan
membantah GST anjuran pembangkang pada Khamis lalu.
buang saja penjawat awam yang menentang dasar kerajaan. mereka ini mudah diperdaya dan dipermainkan oleh pihak yang satu lagi tu sampaikan tak boleh beza apa itu "DASAR KERAJAAN" dengan "MANIFESTO PARTI POLITIK".
BalasPadamkita memerlukan penjawat awam yang benar-benar penjawat awam yang cerdik, bukan yang senang dimanipulasi untuk menentang kerajaan sedia ada.
tak kira la anda seorang penjawat awam peringkat persekutuan yang kita tahu parti politik mana yang menjadi kerajaan persekutuan, mahupun kerajaan negeri seperti selangor yang kita tahu parti politik mana yang menjadi kerajaan, kita adalah penjawat awam yang berkhidmat dengan kerajaan, jadi perlu mendokong setiap polisi yang dibuat oleh kerajaan.
jika anda tak boleh bezakan kedua-dua ini, eloklah berhenti sebelum diberhentikan.