Utusan Malaysia
2/5/2014
2/5/2014
KUBANG PASU 1 Mei - Kerajaan tidak akan mengurangkan bilangan
penjawat awam yang kini berjumlah lebih 1.5 juta seperti diperkatakan
oleh pemimpin pembangkang jika mereka memerintah negara ini, kata Datuk
Seri Najib Tun Razak.Perdana Menteri berkata, sebaliknya kerajaan tetap menjaga kebajikan
penjawat awam walaupun pada masa sama pembangkang berhasrat untuk
menguncupkan saiz perkhidmatan golongan tersebut.
"Kerajaan tidak ada cadangan untuk mengurangkan bilangan penjawat
awam seperti yang diperkatakan oleh pemimpin pembangkang. Mereka
gambarkan sekiranya dapat kuasa, ada yang kata nak buang separuh
daripada jumlah penjawat awam yang melebihi 1.5 juta ini."Mereka akan kuncupkan saiz perkhidmatan penjawat awam tetapi
kerajaan hari ini tidak ada cadangan sedemikian," katanya ketika berucap
dalam majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 bertemakan
Penjawat Awam Tiang Seri Negara di Dewan Wawasan Jitra, di sini hari
ini.
Sementara itu, Perdana Menteri menggariskan lima prinsip yang perlu
diamalkan oleh setiap penjawat awam demi memastikan transformasi negara
berjalan lancar. Beliau berkata, prinsip pertama adalah semua penjawat awan termasuk
anggota pentadbiran perlu mempunyai ilmu agar mampu menjadi pemimpin di
semua peringkat dengan cemerlang. "Hal demikian kerana dunia berubah dengan pantas, jika kita ingin
menjadi sebuah negara yang mampu mengemudi perubahan dengan pantas,
budaya ilmu ialah asas pertama yang perlu kita ikuti. Kita perlu rajin
membaca untuk menambah ilmu pengetahuan pada diri kita," katanya.
Prinsip kedua pula kata Perdana Menteri, kebolehpercayaan yang
meliputi sifat jujur, amanah, integriti dan diyakini serta mempunyai
nilai-nilai murni sejagat yang dipercayai oleh masyarakat. "Ini penting kalau rakyat biasa dari kampung datang jumpa kita, layan
mereka dengan baik, kalau sesuatu yang munasabah dipohon patut kita
beri kelulusan kepada mereka. Cara ini menambahkan kebolehpercayaan
rakyat kepada kerajaan," katanya.Katanya, prinsip seterusnya ialah budaya amalan kerja terbaik yang
merupakan cermin kepada kewibawaan penjawat awam dan penjawat awam mesti
mempunyai semangat patriotik dan menunjukkan rasa cinta kepada negara.
"Prinsip kelima ialah budaya keberhasilan yang berteraskan hasil. Ini
penting bagi meningkatkan mutu dan kualiti kerja dengan bersandarkan
kepada petunjuk prestasi utama (KPI)," katanya.Sempena majlis itu, Anugerah Bahagian CUEPACS Contoh dimenangi
CUEPACS Pahang yang diterima Pengerusinya, Kamarulzaman Abdul Razak
manakala bagi Anugerah Kesatuan Cemerlang dimenangi Kesatuan Jururawat
Malaysia (MNU) yang diwakilinya Presidennya, Rosni Aziz.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan