Berita Harian
1/5/2014
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib
Razak bersalaman dengan hadirin yang hadir sempena Sambutan Hari Pekerja
CUEPACS 2014 di Dewan Wawasan, Jitra, hari ini. - Foto Shahrizal Md
Noor
ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan
tiada cadangan untuk mengurangkan bilangan penjawat awam yang melebihi
1.5 juta orang ketika ini, walaupun nisbahnya dianggap besar berbanding
jumlah penduduk Malaysia.
Sebaliknya beliau berkata kerajaan akan terus membela nasib penjawat awam yang dianggap sebahagian daripada kombinasi elemen pembangunan negara.
Sebaliknya beliau berkata kerajaan akan terus membela nasib penjawat awam yang dianggap sebahagian daripada kombinasi elemen pembangunan negara.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan sempena sambutan
Hari Pekerja CUEPACS 2014 di Dewan Wawasan Jitra dekat sini, hari ini.
sudah sampai masanya kerajaan MENGURANGKAN PENGAMBILAN BARU sebaliknya mengisi kekosongan dengan membuat pengambilan dalaman, samada bertukar skim berlainan dengan gred yang sama (sekiranya mempunyai kelulusan berkaitan) mahupun lantikan ke skim lebih tinggi sekiranya seseorang pegawai mempunyai kelulusan lebih tinggi, sebagai contoh: lulusan SPM lantikan gred 17 yang memperolehi diploma boleh dilantik ke gred 29 mahupun ke gred 41 sekiranya mempunyai sarjana.
BalasPadamdari situ boleh mengurangkan bebanan belanja mengurus kerajaan. jawatan asal yang telah dikosongkan oleh mereka bolehlah dibuat pengambilan baru, sebagai contoh seorang S17 yang ingin ke N17, jawatan S17 tersebut pastinya kosong, barulah boleh dibuat pengambilan, begitu juga seorang N17 yang mendapat jawatan M41, bolehlah dibuat pengambilan mengisi jawatan N17 tersebut.
inilah baru namanya TRANSFORMASI! barulah benar-benar layak dipanggil TIANG SERI, bukannya TIANG KAYU!