08 Ogos 2014

PENYIAR MAHU PENERBIT SEBAGAI KP PENYIARAN

Utusan Malaysia
7/8/2014


PERSATUAN Penyiar Kebangsaan Malaysia (Penyiar) ingin merujuk kepada tulisan pembaca yang menamakan diri PENYIAR TUA dalam ruangan forum Jumaat 25 Julai 2014.
Sebenarnya dalam soal perubahan siaran melibatkan radio dan TV pihak persatuan pernah menyuarakan melalui platform dalaman tetapi tiada sebarang respons positif diterima.
Ingin dinyatakan, kami tidak berdiam diri apabila jawatan Ketua Pengarah Penyiaran dan jawatan Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Rancangan) terbuka pada tahun 2009.Kami telah mengemukakan bantahan pada ketika itu bersama-sama Jawatankuasa Bertindak melalui CUEPACS dan ditujukan kepada Ketua Setiausaha Negara.
Namun, keputusan pihak pengurusan tertinggi tidak menyebelahi kami. Berhubung jawatan Ketua Pengarah Penyiaran sekarang yang dijangka kosong tidak lama lagi, kami sedang mengambil inisiatif wajar bersama beberapa pihak bagi mempertahankan hak Penerbit Rancangan sebagai calon mengisi jawatan tersebut.
Harapan kami juga agar hak Penerbit Rancangan dapat dikembalikan sejajar dengan skop penerbitan rancangan dan penjadualan siaran adalah 'core business' RTM. Lebih-lebih lagi Jabatan Penyiaran adalah jabatan tertutup.

MOHD AZIMI KASSIM
Setiausaha Agung Penyiar

2 ulasan:

  1. sebenarnya banyak lagi jabatan lain yang mempunyai skim tersendiri yang telah dirogol oleh skim lain. dalam bahasa mudah, jabatan tersebut mempunyai skim khas, tetapi ketua perkhidmatannya adalah PTD. ya, perogol tahap dajjal ini memang suka menerjah jabatan orang lain dan merampas tampuk pemerintahan sesuatu jabatan. maklumlah spesis parasit ni terlalu ramai sampai taktau nak bubuh di mana, jadi mereka pun rampas la jawatan tertinggi sesuatu jabatan. sudahlah kebanyakan kementerian mempunyai KSU/TKSU yang terdiri dari PTD, kebanayakan jabatan yang mempunyai skim perkhidmatan mereka sendiri seperti jabatan pendaftaran, jabatan imigresen, jabatan pengangkutan jalan, jabatan keselamatan jalanraya, jabatan penyiaran dan sebagainya juga turut dirogol oleh perogol tahap dajjal ini.

    BalasPadam
  2. Bukan tu je depa ni semua syok sendiri... Kebanyakkan depa ni bukannya bagi kebaikan kt organisasi pun lg jahanam ada la... JPA tolong buat survey kalo berani la... Dan survey tersebut jgn bias... Ni asyik nk cover je kebangangan n keburukan PTD.. Sy amat berharap PM selaku ketua eksekutif negara transform kan benda ni dulu sblm nk transform yg lain...

    BalasPadam