Utusan Malaysia
29/8/2014
29/8/2014
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini menolak cadangan pihak tertentu
yang mahu Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (Moccis)
mengambil alih pengurusan pemotongan gaji kakitangan awam daripada
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).Presidennya, Azih Muda berkata, berdasarkan rekod kewangan dan pentadbiran, Angkasa jauh lebih baik daripada Moccis.
Katanya, sejak 1977, Angkasa telah melaksanakan tanggungjawab
menguruskan pemotongan gaji kakitangan awam untuk Bank Rakyat dan Bank
Persatuan tanpa sebarang masalah."Kami bimbang jika ada peralihan kuasa, kemungkinan besar
penyelewengan akan berlaku. Kami selesa dengan pengurusan di bawah
Angkasa, kami tidak perlukan pihak lain.
"Kami difahamkan sekiranya Angkasa diberhentikan daripada pengurusan
tersebut, pendapatan koperasi akan susut kepada RM40 juta sekali gus
menjejaskan pendapatan negara," katanya kepada pemberita selepas
pelancaran sistem maklumat perbankan individu, SPeKAR di sini hari ini.Dalam pada itu, Azih mendakwa, pihaknya difahamkan Moccis sehingga
kini masih belum menyelesaikan masalah kewangannya kredit dan liabiliti
yang tertunggak sehingga RM100 juta.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan tersebut sekiranya perkara itu benar.Sementara itu, Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fatah Abdullah meminta
kerajaan mengekalkan tempoh pembiayaan rumah menerusi bank atau koperasi
kakitangan awam kepada 35 tahun berbanding dasar baharu selama 30
tahun. Selain itu, beliau juga berharap kerajaan dapat melihat semula tempoh
pembiayaan untuk pinjaman kredit bagi penjawat awam dengan
memanjangkannya kepada 15 tahun berbanding dasar baharu yang dipendekkan
daripada 20 kepada 10 tahun.
"Angkasa terkesan daripada dasar baharu itu. Jika sebelum ini kami
menerima permohonan pinjaman untuk perumahan sebanyak 100,000 sebulan
tetapi sekarang hanya 40,000 permohonan. Rata-rata penjawat awam
menyatakan mereka tidak mampu dengan tempoh pinjaman yang pendek itu."Di samping itu, Angkasa turut berharap kerajaan dapat
mempertimbangkan penambahan dana modal pusingan kredit dalam Bajet 2015
jika terus mengekalkan tempoh pinjaman. Angkasa yakin akan terus menjadi
penyumbang ketiga terbesar dalam pendapatan negara," katanya.
BalasPadamsokong 200%, angkasa tetap yang terbaik,
mungkin ada tangan halus di sebalik moccis yang cuba ambil kesempatan di sebalik kejayaan angkasa menguruskan potongan gaji kakitangan awam sejak sekian lama,
mungkin moccis nak gunakan percen dr potongan utk langsaikan hutang..nama pun koperasi pegawai2..ni mesti pegawai2 yg jd tangan2 ghaib utk dptkn ape yg angkasa dpt..
BalasPadamlg 1, pendapat sy la..syarat2 pinjaman skrg lg menyulitkan untuk pinjaman dibuat..walhal jika rakyat ade duit dan berbelanja, wang dalam pusingan akan meningkat.kesan secara tidak langsung kembali kepada kerajaan melalui cukai.mustahil,hampir mustahil untuk mulakan hidup tanpa hutang..lain la dilahirkan sebagai anak org kaya..