My Metro
18/9/2014
18/9/2014
Oleh Siti A'isyah Sukaimi
Putrajaya: Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan senarai lapan
ahli Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam Kementerian
Pendidikan.
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, lapan ahli
jawatankuasa itu ialah Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr
Mohd Tap Salleh, bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan
Professionalisme Keguruan) Datuk Dr Asariah Mior Shaharuddin, bekas Naib
Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Tan Sri Prof Dr Sharifah
Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi dan
Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia Datuk Johari Jamaluddin.
Menurutnya, ahli jawatankuasa seterusnya ialah Ketua Pegawai
Eksekutif CyberSecurity Malaysia Dr Amirudin Abdul Wahab, bekas Timbalan
Menteri Pembangunan Luar Bandar Tan Sri K Kumaran dan Setiausaha Agung
NUTP merangkap Setiausaha Agung CUEPACS Lok Yim Peng.
"Ahli jawatankuasa bebas ini terdiri daripada individu berprofil tinggi, berpengalaman dan pakar dalam pelbagai bidang termasuk undang-undang, pendidikan, perguruan, sekuriti siber, multimedia, komunikasi dan keselamatan.
"Ahli jawatankuasa bebas ini terdiri daripada individu berprofil tinggi, berpengalaman dan pakar dalam pelbagai bidang termasuk undang-undang, pendidikan, perguruan, sekuriti siber, multimedia, komunikasi dan keselamatan.
"Jawatankuasa ini akan mengkaji pengurusan peperiksaan UPSR dan akan memberi cadangan penambahbaikan dari segi operasi, tenaga kerja dan pengurusan yang perlu dilaksanakan," katanya dalam kenyataan diedarkan kepada pemberita pada Majlis Pra-Pelancaran MOCC di sini, hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam Kementerian Pendidikan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan