Utusan Malaysia
11/9/2014
11/9/2014
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
(Angkasa) yakin pihak yang bertanggungjawab dalam menentukan proses
pengurusan pemotongan gaji kakitangan awam bagi pinjaman Bank Rakyat dan
Bank Pengurusan akan membuat keputusan yang adil dan saksama.Presidennya, Datuk Abdul Fatah Abdullah (gambar) berkata, Angkasa
difahamkan pihak yang terlibat akan menyelesaikan isu berkenaan melalui
proses perbincangan untuk mencapai satu keputusan yang konkrit.
"Kita yakin isu berkenaan akan di- selesaikan segera supaya tiada
pihak yang ternanti-nanti. Angkasa memberi sokongan kepada pihak yang
dipertanggungjawabkan, Angkasa mengambil langkah meletakkan kepercayaan
kepada pihak berkaitan."Saya difahamkan, pihak berkaitan isu itu akan mengadakan satu
perbincangan. Perkara ini masih awal untuk dibuat kesimpulan. Kami pihak
Angkasa sentiasa bersikap terbuka," katanya kepada pemberita selepas
menghadiri Program Semarak Merdeka Angkasa 2014 di sini hari ini.Yang hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Zaidon
Asmuni.
Beliau mengulas mengenai gesaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di
Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) baru-baru ini supaya Koperasi
Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (Moccis) tidak mengambil alih
pengurusan pemotongan gaji kakitangan awam bagi Bank Rakyat dan Bank
Pengurusan daripada Angkasa. Abdul Fatah dalam ucapannya memberitahu, Angkasa akan menyelitkan
slot khas patriotisme dalam setiap seminar yang dikendalikan untuk
koperasi bagi menyemai rasa cinta kepada negara selain menguatkan
semangat kenegaraan dalam kalangan ahlinya.Beliau berkata, usaha itu untuk membantu kerajaan menyelesaikan
isu-isu membabitkan segelintir rakyat yang semakin tidak menghormati
perlembagaan dan institusi diraja.
"Kami menerapkan konsep patriotisme kerana koperasi disertai oleh
pelbagai pihak, kami mengharapkan menerusi langkah ini Angkasa dapat
memberi pendidikan semula kepada rakyat Malaysia yang mungkin terlupa
dengan Rukun Negara dan Perlembagaan."Dalam masa sama, jika perkara ini turut diamalkan oleh semua pihak
termasuk syarikat milik kerajaan (GLC), diyakini perpaduan dalam
kalangan rakyat dapat dipulihkan dan kestabilan negara dan ekonomi
mencapai matlamat," katanya.Beliau dan Zaidon pada majlis tersebut turut menyaksikan acara
pelepasan perarakan kenderaan patriotik yang disertai oleh ahli-ahli
Angkasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan