Bernama
6/2/2015
6/2/2015
KOTA KINABALU, 6 Feb (Bernama) -- Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam proses mengadakan perbincangan di peringkat kementerian berhubung
rancangan mewujudkan pembelajaran pendidikan seks dalam kurikulum
pendidikan Malaysia.
Timbalan Menterinya Datuk Mary Yap Kain Ching berkata menerusi proses perbincangan itu, pelbagai aspek akan diteliti dan digabungkan untuk mendapat input tepat bagi mencapai pembentukan pendidikan yang bersesuaian dengan pendidikan seks.
Katanya, sukatan pelajaran bagi pendidikan seks itu perlu dirancang dengan sebaiknya kerana ia melibatkan aspek kehidupan para pelajar.
"Perancangan kurikulum yang dilakukan turut melibatkan perihal pengkhususan penulisan buku teks atau subjek pendidikan seks ini akan diperkenalkan sebagai subjek yang berasingan atau digabungkan dengan subjek lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis bersama pemimpin dengan 93 peserta kursus NPQEL sesi pertama 2015 di sini hari ini.
Menurut Mary, setakat ini masih belum ada sukatan pelajaran atau modul tepat khusus untuk pendidikan itu namun kementerian akan melihat kepada keperluan utama sebelum membentuk kesedaran berkenaan pendidikan seks tersebut.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim sebelum ini, berkata pendidikan seks kepada remaja golongan lelaki lingkungan 16 tahun ke atas, akan dilaksanakan tahun depan.
Rohani dilapor berkata modul itu menyasarkan remaja lelaki bagi meningkatkan pengetahuan berkaitan kesihatan reproduktif dan seksual serta dapat membendung masalah sosial daripada terus membelenggu perkembangan sesebuah keluarga.
Mengenai kenyataan Presiden Cuepacs Azih Muda yang menganggap Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) (PPPM-PT) 2015-2025 itu yang mengabaikan perancangan hala tuju melibatkan kakitangan bukan akademik terdiri daripada penjawat pentadbir serta kumpulan pelaksana satu dan dua di setiap institut pengajian tinggi di Malaysia, Mary enggan mengulas lanjut.
Katanya, PPPM-PT masih dalam proses perbincangan dan sesi taklimat umum akan diadakan di setiap negeri bagi maklum balas berkenaan pelan pembangunan pendidikan berkenaan.
Beliau berkata PPPM-PT bukan milik kementerian pendidikan sahaja tetapi milik pemikiran semua rakyat Malaysia.
"Kita mengalu-alukan pandangan daripada rakyat, semua pihak boleh memberi komen, seperti mana PPPM untuk bahagian pelajaran dirancang terdahulu, kita mahu mendengar pandangan sedemikian," katanya.
-- BERNAMA

4 ulasan:
sekiranya majoriti mangatakan tak setuju sekali pun,pihak tertentu akan teruskan agenda / cadangan pembelajaran seks ini.
Apa yang penting sebenarnya adalah pihak cuepacs memberi penekanan tentang kenaikan elaun rumah menjadi realiti serta anjakan gaji ke tahap keadaan semasa seiring peningkatan kos sara hidup kian meningkat.
Ini sepatutnya yang wajar diperjuangkan oleh pihak cuepacs...seperti yang pernah dilakukan oleh Yang Berbahagia Mantan Tuan Presiden Terdahulu...
pendidikan seks disekolah hendaklah diberikan secara asas.. terpulang dengan ibu bapa untuk menrangkan secara terperinci... buruk baiknya... dan risikonya. saya mempunyai 3 anak perempuan dan dua anak lelaki. anak sulung dan kedua berumur 12 dan 11 tahun. mereka ada bertanyakan tentang hubungan seks. saya menerangkan secara baik kerana anak sulung sudah baligh. dan perlu menerangkan kepada mereka risiko jika melakukan seks secara bebas dibawah umur dan tidak berkahwin. ini pendapat saya sebagai seorang ibu.
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Hello semua,
Nama saya Ahmad Asnul Brunei, saya menghubungi Firma Pinjaman Osman untuk pinjaman perniagaan berjumlah $ 250,000. Kemudian, saya diberitahu tentang langkah meluluskan jumlah pinjaman saya yang diminta, setelah mengambil risiko lagi kerana saya sangat terdesak untuk menubuhkan sebuah perniagaan kepada kejutan saya yang paling besar, jumlah pinjaman telah dikreditkan ke akaun bank saya dalam 24 jam perbankan tanpa apa-apa tekanan mendapatkan pinjaman saya. Saya terkejut kerana saya pertama kali jatuh mangsa penipuan! Jika anda berminat untuk mendapatkan sebarang jumlah pinjaman & anda berada di mana-mana negara, saya akan menasihatkan anda boleh menghubungi Firma Pinjaman Osman melalui e-mel osmanloanserves@gmail.com
BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
Nama pertama......
Nama tengah.....
2) Jantina: .........
3) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: .........
4) Tempoh Pinjaman: .........
5) Negara: .........
6) Alamat Rumah: .........
7) Nombor Mudah Alih: .........
8) Alamat e-mel ..........
9) Pendapatan Bulanan: .....................
10) Pekerjaan: ...........................
11) Tapak yang anda buat di sini tentang kami .....................
Terima kasih dan salam mesra.
Derek E-mel osmanloanserves@gmail.com
Catat Ulasan