Sinar Harian
16/2/2015
16/2/2015
PENGANALISIS ekonomi berpendapat punca utama
kakitangan awam culas ialah sistem kerja yang tidak mendesak untuk
bersaing sehingga membuatkan mereka selesa dan tidak mementingkan
prestasi.
Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, meskipun penjawat awam diberikan imbuhan dan bonus yang besar namun masih tidak menjamin kualiti kerja yang diberikan kepada orang ramai.
“Sewajarnya bayaran bonus diberikan berdasarkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditampilkan setiap penjawat awam.
“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu kaji semula kaedah mengukur kualiti pekerja. Malah jabatan itu juga wajar lebih telus dan fokus kepada kualiti kerja yang boleh diukur,” katanya.
Menurut beliau, penjawat awam yang tidak mencapai KPI yang disasarkan hanya layak menerima gaji bulanan seperti biasa tanpa bonus.
“Setiap pekerja perlu ada KPI untuk menentukan pemberian bonus dan kenaikan pangkat kena ada KPI yang jelas.
“Sekiranya gagal menampilkan kualiti dan prestasi kerja penjawat awam tidak menerima imbuhan, dengan garis panduan baru ini penjawat awam lebih peka,” katanya.
Abdul Rahim berkata, negara kita berdepan masalah keculasan penjawat awam ini kerana saiz jumlah perjawatan yang ramai.
“Situasi ini misalnya dalam satu jabatan memerlukan 10 orang kakitangan tetapi terpaksa lantik 20 orang kerana terdapat pekerja yang curi tulang.
“Perkara tidak sihat ini telah menyebabkan negara mengalami kerugian dalam bajet perbelanjaan operasi,” katanya.
Beliau berkata, negara berdepan kerugian kerana perlu lantik ramai kakitangan namun pada hakikatnya bilangan pekerja yang besar itu bertindih buat benda sama sebab dalam jumlah tersebut terdapat yang curi tulang.
“Sebelum ini pembayaran bonus kepada semua penjawat awam semua membuatkan mereka berasa selesa walaupun tidak menunjukkan prestasi kerja memberangsangkan.
“Pemberian bonus pada masa depan tidak boleh bayar satu bulan untuk semua. Berlaku pembaziran kerana penjawat awam yang cekap dan juga tidak cekap menerima insentif yang sama,” katanya.

3 ulasan:
Paparkan semua ulasan.
Sudahla dulu pun ade anugerah, melintang dsbnya lepas tu nak pakai kpi. Ini semya poya.
Catat Ulasan