06 Mac 2015

CUEPACS TIDAK AKAN BELA PENJAWAT AWAM BUAT KESALAHAN

Bernama
5/3/2015


KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak akan membela mana-mana penjawat awam yang didapati bersalah kerana melakukan kesalahan serius yang boleh menggugat keselamatan negara.
Timbalan Presiden II Mohd Shaman Jaes menyifatkan penahanan beberapa individu, yang merupakan penjawat awam, menunjukkan pihak berkuasa tegas menguatkuasakan undang-undang tanpa mengira siapa.

Beliau mengulas penahanan seorang penjawat awam berusia 39 tahun kerana terlibat dengan kegiatan militan IS serta penahanan 25 pegawai polis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes berkaitan melindungi aktiviti penyeludupan dan penjualan minyak petrol dan diesel secara haram di sempadan Malaysia-Thailand, baru-baru ini.

"Kita rasa sedikit terkilan kerana masih ada lagi penjawat awam yang terlibat dengan perkara-perkara sebegini... Pada saya ini soal tidak amanah.

"CUEPACS menyeru semua penjawat awam supaya tidak terlibat dengan apa-apa pertubuhan atau perkara yang haram di sisi undang-undang negara. Dalam program CUEPACS seterusnya, kita akan menitikberatkan lagi soal disiplin," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

Mohd Shaman berkata penahanan penjawat awam berkenaan tidak akan menjejaskan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu perkhidmatan awam peneraju pembangunan negara.

Pada Ogos tahun lepas, Najib menggariskan empat nilai iaitu kesetiaan, dedikasi, kompetensi dan integriti yang perlu dimiliki penjawat awam sebagai tulang belakang pembangunan negara.

Mohd Shaman berkata adalah tidak adil untuk menghakimi keseluruhan penjawat awam hanya kerana perbuatan segelintir daripadanya.

"Pada saya ini soal kesalahan individu dan jika mereka bersalah, mereka akan terima akibatnya," katanya.

-- BERNAMA

2 ulasan:

  1. Yang tak buat salah dan terainaya pun CEUPACS tak bela pun.

    Banyak berdrama Azih ni, sudah-sudahlah menipu Azih, isu skim dan isu perumahan di kawasan bandar macam mana?

    Kalau sampai bulan Jun 2015 nanti tak selesai juga, kau letak jawatan sahajalah Azih, orang macam kau ni ada dengan tak ada sama saja, tak luak apa-apa pun.

    Malahan kalau ada lagi menyusahkan, sudahlah jadi pecacai setia Najib, kau jadi Presiden CEUPACS bukannya nak bela penjawat awam, tapi menjadi tukang ampu dan tukang bodek Najib, malahan kau adalah pengkhianat yang menindas penjawat awam, kau tipu penjawat awam itu dan ini, sememangnya kau manusia durjana!

    Sebelum ini kau ada cakap kalau isu skim tak selesai nak buat piket, tapi akhirnya kau bukannya piket nak desak supaya isu skim dan isu perumahan bandar ini disegerakan, tetapi kau jadi pecacai Najib lepas kau dapat naik gred dari N32 kepada N36, lepas tu dapat gred gaji istimewa, kemudian disogok pula dengan gelaran DATUK, terus kau jadi pecacai setia Najib untuk menghalang penjawat awam membela perkhidmatan awam.

    Kau memang durjana Azih, memang durjana, kau dengan Najib sama-sama durjana dan tak guna!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya katiman dari surabaya kerja tki di malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu..saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang bapak tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Bila butuh angka togel ghaib yg sudah kami buktikan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga KLIK=> http://togelsingapu.blogspot.com

      Padam