Utusan Malaysia|
08 Mac 2015 1:35 AM
KEMAMAN
7 Mac – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS) hari ini meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan bagi
melanjutkan umur persaraan kakitangan awam daripada 60 kepada 62 tahun.
“Pelanjutan umur persaraan 62 tahun itu hanya diberikan kepada penjawat awam yang melepasi tapisan tertentu seperti tahap kesihatan dan kepakaran tertentu,’’ katanya ketika berucap dalam majlis sumbangan bantuan banjir Kepada penjawat awam Terengganu di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman, di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi CUEPACS negeri, Muhamad Maliki Idris dan Setiausaha Perhubungan Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (Angkasa) negeri, Mohamed Yusoff.
Azih menepis dakwaan sesetengah pihak mengatakan pelanjutan umur itu akan menutup peluang golongan muda yang ingin memasuki sektor awam dan proses kenaikan pangkat kerana setiap tahun terdapat penjawat awam yang bersara wajib, meninggal dunia dan bersara pilihan.
Dalam perkembangan berkaitan, Azih mendesak kerajaan mengkaji semula supaya tidak menamatkan perkhidmatan penjawat awam yang dilantik secara kontrak bermula 31 Disember depan.
“CUEPACS terkilan dengan keputusan itu kerana dalam keadaan ekonomi negara pada masa ini setiap pekerja terbabit mempunyai tanggungan untuk hidup,’’ katanya.
Kau cadangkan supaya umur persaraan hanya bila dah mati, kalau umur 150 tahun lagi pun tak payah bersara.
BalasPadamCadangan bongok dari Azih Muda Presiden CEUPACS merangkap pengampu dan pembodek Najib.
Isu skim dan isu perumahan di kawasan bandar perlu diselesaikan sebelum 01 Jun 2015, kalau tak selesai juga, kau sendiri nilailah nilai dan fungsi kau dalam CEUPACS, kalau jadi Presiden pun tak boleh berfungsi, apa guna ada kalau menyusahkan, lebih baik tak ada sahajalah.
Jika sampai 01 Jun 2015 nanti tak selesai isu skim dan isu perumahan di kawasan bandar, kau letak jawatan sahajalah Azih, tak guna nak berpaut pada kuasa sedangkan tak ada fungsi apa-apa pun, ada hanya menyusahkan, tak ada pula lagi bagus.
Kau samalah macam Najib, elok letak jawatan sahajalah, ada menyusahkan, tak ada lagi bagus.
Umur persaraan 62 tahun pun bagus juga, dan idea berkenaan dgn remaja kan sektor awam pun okay juga... Cuma saya nak tanya, remaja itu boleh buat kerja atau tidak? Maklumlah golongan muda sekarang majority 'spoon-fed' masa di IPTA/S. Jangan anda tidak fikir hal ini pula !
BalasPadam