NIBONG
TEBAL 8 Mac - Permohonan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk kerajaan mempertimbangkan cadangan
melanjutkan umur persaraan kakitangan awam daripada 60 kepada 62 tahun
akan dikaji.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan
Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, keputusan mengenai permohonan itu
hanya akan ditentukan kerajaan yang perlu melihat keseluruhan proses dan
prosedur sebelum cadangan tersebut dipersetujui.
“Saya enggan komen mengenai perkara ini buat masa ini kerana belum dapat maklumat lengkap.
“Tetapi kerajaan akan kaji permohonan yang dibuat sama ada sesuai atau tidak untuk dilaksanakan di negara ini,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Pusat Latihan Kemahiran Peringkat Tertinggi (Coas) Institut Kemahiran Tinggi Perda (Perda-Tech), di sini hari ini.
Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Saringat Hassan.
Semalam, Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan itu dengan membandingkan negara seperti Singapura, Thailand, Sri Lanka, Eropah dan Amerika Syarikat (AS) yang menetapkan umur persaraan mencecah 65 tahun.
Jelasnya, lanjutan umur persaraan 62 tahun itu hanya diberikan kepada penjawat awam yang melepasi tapisan tertentu seperti tahap kesihatan dan kepakaran tertentu serta masih berminat untuk menyumbang kepakaran tenaga kerja.
Dalam pada itu Mohamad Zabidi berkata, kerajaan akan memperluas pengambilan calon berkelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ke dalam perkhidmatan awam berdasarkan bidang yang berkaitan.
Tambahnya, pada masa ini sebanyak 17 skim perkhidmatan sedia ada berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diperuntukkan kemasukan di peringkat SKM dan akan diperluaskan kepada lebih banyak skim perkhidmatan lain yang bersesuaian.
“Dasar kerajaan adalah menggalakkan lebih ramai orang muda untuk memasuki institut kemahiran dan keluar sebagai usahawan atau bekerja di sektor perkhidmatan dan perkilangan.
“Selain itu, dengan memiliki SKM skim gaji mereka dalam perkhidmatan awam berbeza daripada lulusan SPM biasa kerana ada nilai tambah kepada kelulusan mereka,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bersara-62-tahun-dikaji-1.67361#sthash.27laCtWt.dpuf
zabidi memang seronok la dengan cadangan cuepacs ni sebab dia boleh servis lagi sampai umur 62. sebenarnya dasar pencen paksa 60 yang diperkenalkan dahulu menguntungkan orang berpangkat tinggi, yang rendah2 ni kerja bagai nak rak, diperah sampai kering oleh penyamun-penyamun yang berpangkat tinggi ni.
BalasPadamitulah realiti perkhidmatan awam. bagi mereka yang zalim di atas sana yang buat dasar menindas orang bawahan ni, ingatlah, kita semua hidup 2 kali: di dunia dan di akhirat.