Sinar Harian
4/3/2015
4/3/2015
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan hanya akan membuat keputusan muktamad
mengenai pemisahan fungsi klinik dan farmasi dalam pemberian ubat
apabila kebaikan dan kelemahan bagi cadangan pemisahan itu dikaji dan
dibincangkan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, kementerian akan meneruskan proses perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan berhubung pengasingan dispensari atau pemisahan fungsi klinik dan farmasi di bawah rang undang-undang farmasi baharu yang dicadangkan.
Beliau berkata, kementerian ingin mengulangi bahawa rang undang-undang farmasi yang dicadangkan kini berada di peringkat penggubalan oleh Jabatan Peguam Negara dengan pelbagai sesi perbincangan diadakan antara Kementerian Kesihatan dan pelbagai pihak berkepentingan.
"Sesi perbincangan dijalankan secara berperingkat membabitkan bahagian Kementerian sendiri, pengamal persendirian, pengguna, agensi kerajaan, persatuan farmasi dan ahli akademik. Oleh itu, tiada tempoh masa ditetapkan sehingga semua proses selesai dijalankan.
"Marilah kita semua bekerjasama, berfikiran jelas dan membenarkan proses perbincangan diteruskan untuk mencapai situasi menang-menang untuk semua," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Dr Subramaniam berkata, satu lagi perbincangan dijadualkan pada 9 Mac antara Kementerian Kesihatan dan Jabatan Peguam Negara bersama kumpulan pergerakan pengguna berkaitan iaitu Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan pengguna antarabangsa.
Beliau berkata, ia akan disusuli sesi perjumpaan dengan agensi-agensi kerajaan yang lain pada 16 Mac, Persatuan Farmasi (23 Mac) dan akademik (30 Mac).
Dr Subramaniam menegaskan bahawa pengasingan dispenasri hanya sebahagian daripada cadangan dalam rang undang-undang farmasi.
Beliau berkata walau apa jua perubahan, ia akan meningkatkan penjagaan pesakit melalui akses yang lebih baik untuk ubat-ubatan, penduduk yang sihat melalui penggunaan ubat-ubatan berkualiti, membendung kos sistem penjagaan kesihatan melalui pengurusan ubat-ubatan yang baik dan sistem penjagaan kesihatan yang mapan melalui perkongsian dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam penjagaan kesihatan.
"Ia memberi tumpuan untuk mengukuhkan penjagaan pesakit dan sistem penjagaan kesihatan di negara kita. Rang undang-undang perlu bersifat holistik. Rang undang-undang baharu itu antara lain akan meningkatkan penalti, memerangi pemalsuan, meningkatkan kecekapan dan menyeragamkan standard," katanya. - Bernama

Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya katiman dari surabaya kerja tki di malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu..saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang bapak tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Bila butuh angka togel ghaib yg sudah kami buktikan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga KLIK=> http://togelsingapu.blogspot.com
BalasPadam