Bernama
9/4/2015
9/4/2015
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di
Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini menyatakan pendirian untuk
terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presidenya Datuk Azih Muda berkata Cuepacs memberi sepenuh kepercayaan kepada Perdana Menteri dalam menerajui negara ke arah yang lebih baik.
"Sepanjang tempoh kepimpinannya, perdana menteri telah banyak membawa perubahan dan transformasi terutamanya untuk meningkatkan kualiti dan taraf hidup penjawat awam.
"Perdana Menteri amat prihatin berkaitan kenaikan kadar gaji dan aspek-aspek peningkatan taraf perkhidmatan awam, Cuepacs percaya dengan dasar yang dibawa oleh beliau berada pada landasan yang betul," katanya dalam sidang media di sini.
Azih juga turut menegaskan pendirian Cuepacs merupakan pendirian dan sokongan daripada semua penjawat awam keseluruhannya.
"Oleh itu Cuepacs yakin kepimpinan Perdana Menteri akan dapat membela nasib golongan berpendapatan rendah dalam usaha menuju negara maju berpendapatan tinggi," katanya.
Menyentuh mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) beliau berkata kerajaan perlu mempertingkatkan pemantauan dalam pelaksanaannya dengan pihak penguatkuasa perlu lebih tegas bagi memastikan nasib golongan berpendapatan rendah dan sederhana terbela.
"Pelaksanaan CBP yang dimaklumkan sebelum ini memberi jaminan harga barangan akan menjadi lebih rendah, tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.
"Keadaan ini, membebankan dan menjadi punca masalah kewangan kepada hampir 1.6 juta ahli kami kerana ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan CBP ini," katanya.
Oleh itu katanya pihak penguatkuasa perlu menggandakan usaha memantau pelaksanaan dasar itu melebih 100 peratus serta mengenakan hukuman lebih berat kepada pihak yang mengambil kesempatan.
-- BERNAMA

Begitu juga penjawat awam pelaksana 1 dan 2 akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan PM termasuklah dalam memberi keyakinan dan penjelasan terhadap masyarakat luar demi kelangsungan memerintah.
BalasPadamNamun,kita mengharapkan agar PM menyetujui tentang kenaikan gaji serta elaun elaun terutama elaun rumah disegerakan keputusan dalam tahun ini.
Kesan GST juga memberi impak terhadap pelaksana 1 dan 2,sememangnya tiada impak pada yang berpendapatan besar.
Harapan golongan ini sebenarnya dalam meningkatkan kuasa beli untuk menyara kehidupan keluarga penjawat awam.
Entah laa.. org kata teruk2 pak lah ada gak naikkan gaji dulu.. najib ni apa yg transformasi x tau laa.. harap2 cuepecs bodek lebih sket ye..
BalasPadam