Utusan Malaysia
9/4/2015
9/4/2015
KUALA
LUMPUR 9 April – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan
Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan memantau pelaksanaan cukai barangan
dan perkhidmatan (GST) dengan lebih agresif.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata,
pihak penguat kuasa perlu bertindak lebih tegas bagi memastikan nasib
golongan yang berpendapatan rendah terus terbela.
Katanya, pelaksanaan GST yang dimaklumkan sebelum ini memberi jaminan harga barangan lebih murah tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.
“Kini seramai 1.6 juta ahli kami menghadapi tekanan ekoran sesetengah pihak yang mengambil kesempatan dengan menjadikan GST sebagai alasan.
“Oleh sebab itu, kerajaan perlu memastikan pelaksanaan GST itu tidak digunakan sebagai agenda lain yang boleh membebankan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Tambah Azih, penguat kuasa perlu menggandakan usaha memantau pelaksanaan dasar itu sebanyak 200 peratus serta mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang tidak bertanggungjawab.
Sementara itu, CUEPACS menyokong penuh kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha membangunkan negara pada masa akan datang.
“Pendirian teguh itu juga merupakan suara dan sokongan daripada semua penjawat awam.
“Saya berharap beliau dapat terus membela nasib golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negara ini dalam usaha menuju negara maju,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan