Utusan Malaysia
17/6/2015
17/6/2015
NAJIB
TUN RAZAK menunjukkan buku ‘Melakar Wajah Baharu Perkhidmatan Awam - 8
Prinsip Pemangkin Kecemerlangan’ yang dilancarkannya dalam Majlis
Perdana Perkhidmatan Awam Ke-14 di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya, semalam. Di sebelah beliau Muhyiddin Yassin dan Dr. Ali
Hamsa. – BERNAMA
PUTRAJAYA
17 Jun - Penjawat awam hari ini menerima khabar gembira apabila
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian
bayaran bantuan khas kewangan sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri
sebanyak RM500 untuk gred 54 ke bawah.
Bagi penjawat awam gred 41 dan ke bawah
pula mereka mendapat khabar gembira berganda apabila Perdana Menteri
turut mengumumkan kenaikan kadar terendah elaun imbuhan tetap perumahan
iaitu daripada RM180 sebulan kepada RM300 sebulan.
Najib berkata, tidak terkecuali bantuan khas kewangan sempena Ramadan dan hari raya itu juga dinikmati oleh lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran RM250.
“Pembayaran bantuan khas kewangan ini akan dibuat pada 25 Jun membabitkan anggaran implikasi kewangan RM1 bilion,” katanya.
Beliau mengumumkan dua khabar gembira itu ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-14 (MAPPA XIV) bertemakan Mendepani Realiti Baharu Negara: Pertumbuhan Melalui Produktiviti dan Inovasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri-Menteri Kabinet; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.
Berhubung kenaikan kadar terendah elaun imbuhan tetap perumahan, Najib berkata, kadar baharu itu berkuatkuasa 1 November ini, melibatkan lebih 1.1 juta kakitangan awam (gred 41 ke bawah).
Beliau berkata, keputusan itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.04 bilion setahun.
“Bagi penjawat awam yang mendiami kuarters pula yang selama ini tidak menikmati imbuhan tetap tersebut, mereka turut mendapat faedah sebanyak 25 peratus daripada kadar imbuhan tetap perumahan sebenar yang layak bagi mereka,” katanya.

17 ulasan:
Kepada mereka yang tidak mendapat kenaikan elaun perumahan, walaupun mereka memerlukan elaun perumahan untuk tidur seperti orang lain fikir-fikirlah untuk memilih pemimpin masa depan yang berjiwa manusia seperti rakyat-rakyat di Malaysia.
Kepada yang tak terlibat kenaikan elaun rumah, walaupun mereka mesti berumah untuk tidur fikir-fikirlah masa depan memilih pemimpin yang betul-betul memikir untuk kesejahteraan semua.
EPW tak dapat ker ? kami dapat EPW jer , tak dapat ITP pun ..huhu
Asalam.. Selamat menjalankan ibadah puasa buat semua penjawat awam dan rakyat Malaysia yg beragama Isla.. 3 orang yang bertanggungjawab menambahbaikan 1.6 juta penjawat awam tapi kredibilitinya dipertikaikan iaitu KSN, KPPA & PRESIDEN CUEPACS.. Dipersilakan berundur secara terhormat, jika tidak PRU-14 akan bertukar senario politiknya..
ubah,......PRU 14
dorang dah lupa ke masih ada epw selain itp, habis macam mana dengan kakitangan sabah sarawak yg bekerja di semenanjung yg pilih epw?
bukankah bulan mac lepas dato seri shahidan kata kadar epw terbaru akan dimaklumkan? kenapa itp pula yg dimaklum siar?
cuepacs tolong perjuangkan sekali epw ni, isu ni dah lama diperjuangkan oleh orang sabah sarawak yg bekerja di semenanjung...
Tiada yang lebih penting masa kegawatan ekonomi setelah perlaksaan GST ditimpa dengan kenaikan harga barang apabila harga minyak naik sejak 1st jun, naikankanlah gaji PA kerana gaji yang diterima semua oleh PA. Kalau elaun tak semua PA terima?????
presiden anjing kau undur la,tak berguna,kami mahu gaji u11 naik,nak tunggu ape lagi,kau ni mcm pondan la,tak berkeras,nak kami lancarkan mogok ke baru kau nak bg
TERIMA KASIH CUEPACS..AKHIRNYA NAIK JUGAK ELAUN RUMAH..SYUKUR ALHAMDULILLAH..TERUSKAN PERJUANGAN SEMOGA PERJUAGAN INI DIRAHMATI ALLAH...AMIIN.
Alhamdulillah.. Terima kasih semuanya..
BN 4 LIFE
Tkasih diatas pemberian RM250 buat pesara tentera...
Dan Kalau boleh selaraskan Pencen anggota Tentera yang terlalu jauh bezanya antara yag pencen tahun 70an, 80an, 90an dan tahun 2000 keatas....sekadar pandangan untuk PM dan Menteri Pertahanan.....
kata bayar 25hb , kami belum mendapat lagi bantuan khas 500
DUK TGK HASIL EKONOMI NEGARA KATA MAKIN MAJU DAN PESAT...HARAP2 KERAJAAN BUKTIKAN BAHAWA EKONOMI NEGARA BETUL2 PESAT DGN PEMBERIAN BANTUAN KHAS RAYA MENGIKUT APA YG CUEPACS MINTA. DGN GST NYER LAGI...STAKAT RM1000 TAK KAN TAK BOLEH KUT.
Catat Ulasan