Utusan Malaysia
20/10/2015
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Mengembalikan harga asal kad tambah nilai prabayar seperti sebelum pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak akan menjejaskan atau merugikan syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, hal ini kerana, GST sebanyak enam peratus itu akan disalurkan kepada kerajaan dan tiada kena mengena dengan Telco.
Sehubungan itu beliau mempersoalkan, sekiranya kerajaan sendiri bersetuju menghapuskan GST pada kad prabayar, kenapa Telco masih berdegil dengan tidak mematuhi arahan tersebut sedangkan kesannya bukan kepada syarikat berkenaan.
“Oleh sebab itu, usaha murni kerajaan tersebut harus mendapat pujian daripada semua lapisan masyarakat kerana terbukti rakyat masih diberi keutamaan apatah lagi kepada golongan yang berpendapatan rendah.
“Walau bagaimanapun, diharapkan harga asal kad tambah nilai prabayar benar-benar dapat dikembalikan dan bukannya hanya sekadar perbincangan atau ‘cakap kosong’,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah berbincang mengenai perkara itu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya pengguna tidak lagi dikenakan bayaran tambahan apabila membeli kemudahan tersebut.
Katanya, kerajaan tidak akan berkompromi dengan syarikat Telco yang gagal melaksanakan langkah itu dan bersedia mengambil tindakan selanjutnya jika mereka masih berdegil.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tempoh yang diberikan kepada Telco untuk menyelesaikan perkara tersebut sudah cukup lama dan tidak harus ditangguhkan.
Beliau berpendapat, pihak kastam harus meneliti dan mendedahkan setiap kutipan GST itu selama enam bulan pelaksanaannya kerana dikhuatiri terdapat penyelewengan dengan tidak disalurkan kepada kerajaan seperti yang sepatutnya.
“Mereka perlu memberitahu berapa kad tambah nilai prabayar yang terjual dan jumlah GST yang dikutip. Kita bimbang keuntungan yang mencapai lebih jutaan ringgit itu tidak sepenuhnya diberikan kepada kerajaan.
“Saya menyokong 100 peratus tindakan kerajaan mengembalikan harga asal. Perkara ini tidak boleh buat main-main kerana duit rakyat adalah hak rakyat,” katanya.

7 ulasan:
Kepada pihak cuepacs usulkan isu tuntutan yang masih tertangguh sekian lama,sekarang hampir waktu pembentangan bajet 2016.
Adakah tidak berani bersuara..
Wajar diketengahkan isu gaji minimum golongan N11 dari rm850 kepada rm1200 serta anjakan gaji sangat wajar diberikan kepada golongan sama gred.
Kadar elaun khidmat awam wajar ditingkatkan untuk golongan pelaksana 1 dan 2 kerana kadar sekarang tidak sesuai keadaan semasa( jimat kerana tidak melibatkan pesara )
Kadar elaun sara hidup sangat wajar ditingkatkan sesuai keadaan semasa kerana kos barangan kian meningkat.
Juga sesuai diputuskan tuntutan dalam bajet 2016 kerana keadaan ekonomi Malaysia kukuh,teguh,stabil serta berada di landasan yang betul seperti kenyataan PM dalam media.
Kenyataan itu juga merupakan imej perkhidmatan awam seperti apa yang diperkatakan wajib dikota khas buat penjawat awam pelaksana 1 dan 2.
Asalam… Isu kenaikan gaji penjawat awam sepatutnya sudah selesai sekian lamanya.. Dengan keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi perbelanjaannya telah memjadikan hidup penjawat awam semakin terhimpit Sepatutnya penyelarasan gaji telah lama dilakukan dengan kenaikan 13% bagi gred 27-38, 25% bagi gred 11-26, begitu juga dengan kenaikan tahunan dinaikkan dari RM80 ke RM115, RM145 ke RM195. Kenaikan gred mesti dilakukan oleh kerajaan kerana gred golongan perlaksana puluhan tahun tidak dinaik tarafkan cth gred 17 dinaikkan ke gred 26, gred 27 dinaikkan ke gred 34, ia mesti dinaikkan ke satu gred yang lebih tinggi. Ramai penjawat awam yang gajinya telah sampai gaji mati (langgar tembok) tetapi perkhidmatan masih ada 10-12 tahun. Ini satu kerugian bagi penjawat awam yg berkhidmat tanpa kenaikan gaji tahunan, ia juga mempengaruhi pencen penjawat awam tersebut. Sistem time based bagi golongan perlaksana dimana kenaikan pangkat hanya memakan masa 6-7 tahun saja, bagi menghargai jasa penjawat awam tersebut. Kebelakangan ini pula kenaikan harga rumah mencapai 300% menyebabkan ribuan penjawat awam tidak mampu dan layak memiliki rumah kediaman untuk hari persaraan mereka. Ini amat mendukacitakan dan mengusarkan penjawat awam yg akan bersara beberapa tahun lagi. Ada juga penjawat awam yg bersara akan menjadi miskin tegar kerana jumlah pencen yg terlalu kecil. Ada sesetengah dari mereka terpaksa berkerja sebagai jaga, pemandu teksi, buruh am, perkerja hotel dan sebagainya bagi menyara keluarga. Cuepacs mesti bertindak secepatnya bagi mengatasi masalah penjawat awam, kebajikan penjawat awam mesti diutamakan supaya prestasi penjawat awam sentiasa cemerlang dan berfikiran kelas pertama. Cuepacs mesti mendesak agar kenaikan gred, gaji dan kebajikan penjawat awam diutamakan di dalam perbentangan bajet 2016 akhir bulan 10 nie…
Saya sokong cadangan anda
Bikan masa untuk mengkaji lagi ,penjawat awam semuanya dh lemas,air dah masuk hidung , setuju dengan pendapat di atas ,
Bikan masa untuk mengkaji lagi ,penjawat awam semuanya dh lemas,air dah masuk hidung , setuju dengan pendapat di atas ,
Asalam…Tahniah buat penjawat awam kerana mendapat imbuhan khas naik persekolahan RM500, ITP RM130 dan satu kenaikan mengikut gred RM80,RM115,RM145,
RM225, RM300 hingga ke jawatan Jusa.. kalau dicampurkan bagi gred A-41 sebanyak RM950,duit tue pulak digunakan untuk bayar cukai pendapatan… lebih baik sekiranya gred R11 hingga 27 di beri 3 kenaikan tangga gaji, gred 29 hingga 44, diberi 2 kenaikan tangga gaji, gred 48 hingga jusa serta turus hanya di beri satu kenaikan tangga gaji… gaji jusa dan turus dah puluhan ribu, dianggar RM20,000ribu hingga 50.000 ribu.. kalau tak naik satu tangga tak pa..sebab semua percuma, bil telepon,api-air,siap ada pemandu, semuanya percuma… jadi yg kesiannya R11,N17 sebab gaji dia org kecik, duduk pulak di bandar-bandar besar spt KL,JB dan lainnya.. CUEPACS sepatutnya lebih CELIH dan ada ihsan pada mereka yg bergaji kecil nie. 252 SKIM tue, entah bila untuk dinaik taraf, tahun 2016 belum tentu lagi, jadi pihak cuepacs fikir-fikirkanlah permainan politik tue, mcm TEORI DOMINO, Sepatutnya cuepacs memikirkan kemampuan terendah mampu milik rumah penjawat awam, Kalau gaji RM1400 sebulan, rumah mampu milik rumah harganya mestilah RM100 ribu ke bawah.. satu lagi CUEPACS tertinggal untuk tuntutan elaun perjalanan dan lojing.. bagi gred 32 ke bawah naikkanlah daripada 1km-30 sen kepada 1km-40sen, begitu juga hotel dari RM110 kepada RM140, mana ada hotel sekarang nie ada RM110.. banyak perkara sepatutnya pihak cuepacs perhalusi dan mengkajinya..jgn mudah selesa apa yg ada dapat kerana yg menunggu di depan adalah sesautu yg akan menyesakkan anda serta perlu pergorbanan yg terlalu besar bagi diri anda sendiri.. akhir kata dari saya, saya ucapkan tahniah buat semua penjawat awam da
najib setan,mana janji cuepack pada kami,ni kami u11 yg dah bekerja lbh 10tahun hanya diberi kenaikan dua anak tangga,tp yg br bekerja terus naik gaji 1200 dan dpt dua kenaikan gaji lg,mana keadilan kami ni,skrg gaji pekerja br lbh kurang sama dah dgn gaji kami ni,padahal pengalaman keja pun tak bgs lg,sial kau cuepack,kami pekerja yg dah lama keja memang tak puas hati,
Catat Ulasan