SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

24 November 2015

BERI REBAT TINGGI KEPADA PENJAWAT AWAM BELI RUMAH - CUEPACS

Bernama
23/11/2



MELAKA, 23 Nov (Bernama) -- Kemampuan penjawat awam untuk membeli rumah semakin berkurangan disebabkan harga rumah pada kadar semasa adalah tinggi, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda.

Sehubungan itu beliau meminta kerajaan mengambil langkah perlu bagi 'memulih' dan meningkatkan kembali keupayaan penjawat awam membeli rumah terutamanya mereka yang mahu membeli rumah buat kali pertama.

Katanya bagi mencapai hasrat itu kerajaan disaran memberikan nilai rebat lebih tinggi kepada pembelian rumah penjawat awam dan melihat semula bayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap bahan pembinaan rumah untuk penjawat awam tersebut.

"Walaupun rumah itu sendiri tidak kena GST tetapi bahan-bahan yang digunakan untuk pembinaan rumah kena GST...(bagi) setiap rumah yang melebihi RM180,000 hampir RM30,000 dibelanjakan untuk (membayar) cukai sahaja," katanya di sini Isnin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Penjawat Awam Pihak Berkuasa Tempatan Zon Selatan di Dewan Taming Sari, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Ayer Keroh di sini hari ini.

Azih berkata Cuepacs turut mencadangkan jumlah rebat sama dengan nilai GST dikenakan semasa proses pembinaan rumah itu, diberikan kepada penjawat awam yang membeli rumah terutamanya rumah pertama.

"Kita nak kalau boleh kerajaan tak payahlah ambil rumah pertama ini GST ...pulang balik (kepada penjawat awam) supaya boleh dibelanjakan untuk mereka membeli peralatan dan keperluan dalam rumah itu sendiri," katanya.

Pihaknya juga meminta kerajaan menilai semula harga sebenar rumah di negara ini mengikut kaedah ekonomi semasa menggunakan teknologi seperti sistem bangunan berindustri dan bukan berdasarkan spekulasi pasaran.

"Dengan semua usaha ini kami yakin harga rumah ini akan dapat dikurangkan lagi dan ini membolehkan lebih ramai rakyat terutama golongan muda memiliki rumah," katanya.

-- BERNAMA

9 ulasan:

Mahmood Adam berkata...

cuepacs nih makin hari makin *hilang kebijaksanaan* tahap tinggi dah ni. dah hampir menyamai taraf menteri malaysia masakini. asyik sibuk canang nak tuntut naik gaji berjela2, bonus berbulan2, tapi apa hasilnya? skang ni keluarkan kenyataan merepek nak tuntut rebat beli rumah pulak dah. dey azih muda, dari kau sibuk mintak itu ini yang menampakkan tahap pemikiran materialistik, baik kau perjuangkan kumpulan pelaksana yg ade bachelor/masters tu untuk naik ke peringkat p&p. itu lagi bagus pasal sekurang-kurangnya mereka ini ada kelayakan dari segi akademik yang melayakkan mereka naik gred lebih tinggi dan menerima gaji yang lebih tinggi, bukannya tuntut semua orang naik gaji tidak kira apa jua taraf pendidikan mereka.

kerajaan sekarang ni dah takda duit, jadi dari sibuk menyalak mintak naik gaji, apa kata kau mintak kurangkan saja "pay-per-hour". kerja 8 jam sahaja sehari termasuk waktu rehat. masa kerja tu dikurangkan, siapa masuk kerja pukul 8, pukul 4 dah boleh balik. atau kalau susah sangat, tuntut saja cuti 3 hari seminggu samada jumaat sabtu ahad atau sabtu ahad isnin. gaji masih kekal sama, masa kerja saja dikurangkan. habis cerita.

Unknown berkata...

Asalam...sepatutnya kumpulan perlaksana yg memiliki ijazah dan master diberi keutamaan dalam penjawatan kumpulan A hanya melalui TEMUDUGA. Golongan inilah sekiranya mereka tidak dipedulikan oleh JPA, akan ditarik oleh PEMBANGKANG untuk dijadikan THINK-TANK mereka dalam PRU-14 nanti kerana mereka cukup berpengalaman dalam pentadbiran NEGERI dan PERSEKUTUAN.. Mereka berlatarbelakangkan DISPLIN ILMU dalam Bidang Undang-Undang, Sejarah dan Sains Politik, Ekonomi, Pengurusan, Perakuanan, Politik Antarabangsa, Pendidikan Sosial dan sebagainya. Ketajaman dan ramalan serta pengaruh mereka dalam KOMUNITI Setempat boleh menumbangkan kerajaan. Ini mesti di ambil perhatian supaya kebijaksanaan mereka di salur ke saluran yg betul. Mereka boleh berkerja di lapangan dan turun ke akar umbi tanpa diberi upah oleh sesiapa.. Kini menunggu untuk meletup apabila tiba masanya khususnya PEU-14 nie... Birokrasi yg di lakukan oleh SPA dan SPAJ akan membuat mereka menyimpan DENDAM untuk mereka kuburkan kerajaan yg ada dalam PRU-14 nanti. Diharap pihak CUEPACS mengambil tindakan secepat mungkin untuk menyelesaikan permasalahan ini. Pihak CUEPACS mesti memandang perkara ini dengan serius, jadi fikir-fikirkanlah...

Made in Pahang berkata...

Mintalah apa yg patut...
kerajaan skrg dh banyak duit hasil gst dan minyak

Unknown berkata...

perkara ini harus diberi perhatian.sepatutnya dari dulu lagi pihak ceupacs memandang serius,lihatlah sekarang apa dah jadi dengan nasib kakitangan awam peringkat bawahan.Masih ramai belum memiliki rumah sendiri sungguh pun lagi beberapa tahun akan bersara.harap ada pihak yang dapat menyelesaikan masalah ini agar nasib mereka terbela.Bagi kakitangan awam yang berhidmat melebihi 30 tahun,harus diberi kelonggaran kepada mereka membeli rumah murah atau pun rumah yang bernilai 55 ribu kebawah.

Usahalah untuk mereka,bantulah mereka memiliki rumah dengan cara yang mudah.Jasa mereka sangat banyak,dan hargailah mereka ini.Bukan semua kakitangan awam mampu memiliki rumah bernilai Rm150 ribu keatas.

sekurang-kurangnya mereka yang telah berhidmat lama melebihi 30 tahun dan tidak memiliki rumah,dapatlah di beri peluang memveli rumah murah.

perkara ini sudah bertahun-tahun terjadi dan tiada lagi jalan penyelesaian yang tepat.Selain dari rebat,harap dapat sediakan rumah murah kepada mereka.

Unknown berkata...

kita menyokong segala usaha pihak kerajaan,namun pihak kerajaan wajarlah mendengar denyut nadi penjawat awam terutama golongan pelaksana 1 dan 2.

Golongan inilah yang bertugas secara total menggerakkan tulang empat kerat untuk memenuhi segala dasar kerajaan.

Justeru,pada Julai 2016 wajiblah pihak kerajaan tunaikan janji seperti dalam bajet 2016 lepas akan menambahbaik 252 skim perkhidmatan,memberi kenaikan gaji mengikut gred,memberi anjakan gaji kepada mereka dalam gred N11 oleh kerana gaji minima pada paras rm1200.

Pihak kerajaan tidak akan rugi jika memenuhi permintaan penjawat awam golongan pelaksana 1 dan 2 kerana penjawat awam kelas penuh dalam kerajaan 100 peratus menyokong kerajaan pemerintah melalui peti undi.

Berbeza dengan badan berkanun dan pesara,mereka tidak menyokong kerajaan kerana kita dapat melihat di luar bahawa mereka mencela kerajaan tetapi mereka menerima pemberian kerajaan.

Malah ada juga golongan PTD yang bertugas di Jakim,kementerian pendidikan,masjid putra memberi ceramah di kawasan terpencil dengan mendedahkan angka angka serta perbelanjaan tertentu kepada pihak luar.

Wajar diambil tindakan agar tidak berulang oleh pihak kerajaan.

Kagumas berkata...

Ini hal gaji pun x settle dah ko melalak mintak rebat pulak! Bangang ka apa Kupek ni? Mcm mana gaji minimum hanya untuk pekerja baru? Abih yg pekerja lama gaji leh sama dgn yg baru apa hal? Patutnya ada penyelarasan... gaji pak menteri elaun naik SEGERA! PA tunggu bulan JULAI 2016!! Sial sungguh... Tol PLUS, ERL semua naik bln Jan 2016! Subsidi ditarik pun start 2016... CILAKA BETUL@

WiseOne berkata...

Kagumas,

Kau melalak lah sekuat mana pun, si-mamak Ali Hamsa tu tak akan mendengar.
Macam aku cakap dulu, dia ni taik hidung masin. Kedekut mengalahkan tangkai jering.
Duit rakyat dia buat macam duit kepala bapak dia.

Jangan harap sangat naik gaji bulan Julai 2016, silap haribulan di tangguh lagi seperti mana terjadi kepada semakan semula 252 skim perkhidmatan. Sudah beribu-ribu PA bersara wajib, sampai sekarang pembaikan 252 skim perkhidmatan masih dalam kajian. Kempunan mereka semua.

Mereka yang melambat-lambatkan semua ini akan menanggung dosa kerana menyekat rezeki mereka yang layak terima tetapi telah bersara wajib.

Terima lah padah di akhirat nanti. Allah tidak lupa perbuatan kamu.

Unknown berkata...

wajar disekat segala kos operasi terhadap badan berkanun sekiranya pihak kerajaan ingin berjimat kerana badan berkanun mampu mecipta keuntungan dan mampu memberi bonus atau imbuhan yang tinggi kepada pekerja mereka.

Malah dalam masa sama badan berkanun tidak menyokong kerajaan,kenapa pihak kerajaan memberi peruntukan kos operasi kepada mereka.

Jika badan berkanun mampu mencipta keuntungan dan memberi bonus yang tinggi kepada pekerja mereka,pasti mereka mampu tanggung kos operasi mereka sendiri.

Wajar diambil perhatian oleh pihak kerajaan demi penjimatan

Kagumas berkata...

Gaji nak naik tunggu bulan Julai 2016... ni abih ERL/Komuter/LRT & PLUS highway nak naik apa cerita? Agaknya yg terajui negara ni orang gila gamaknya... kos sara hidup meningkat setiap bulan!!! Lani buat pula exit policy... yg heran golongan bangsawan atas kayangan tak pula termasuk dalam pekeliling baru ni. Mmg HARAM JADAH sungguh puak2 sial ni.