Metro
22/12/2015
22/12/2015
Alor
Gajah: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS) memberi perhatian serius berhubung peralihan Bahagian Pinjaman
Perumahan kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
bermula Januari tahun depan.Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya menerima pelbagai
rungutan daripada penjawat awam terutamanya yang baru berkhidmat
berikutan syarat pinjaman lebih ketat dikhuatiri menyebabkan mereka
tidak mampu memiliki kediaman sendiri.
Menurut Azih, rungutan juga membabitkan penubuhan panel peguam
dilantik LPPSA bagi urusan perumahan sektor awam dan bukan seperti
syarat lama diuruskan sendiri pembeli. “Sehubungan itu, CUEPACS membantah syarat berkenaan dan mahu syarat
lama dikekalkan dengan diuruskan sendiri oleh peminjam. Soal berlaku
penipuan dan sebagainya adalah mekanisme baru yang boleh diperbaiki
LPPSA berikutan penubuhan panel itu dilihat lebih memihak kepada LPPSA
dan bukan peminjam.
“Difahamkan, syarat LPPSA yang turut mengambil kira gaji peminjam
pasti merumitkan berikutan peningkatan kos hidup menyebabkan mereka yang
mempunyai komitmen pinjaman koperasi dan bank gagal memiliki kediaman,”
katanya.
6 ulasan:
Sekarang tidak membantu tetapi semankin merumitkan pa dan rakyat.pelaburan amanah keuntungan dikurangkan,pinjaman faedah bertambah,cukai pelbagai bertambah dan satu lagi dasar pinjaman yang menyulitkan pa.
Mungkin perlu sedikit penambahbaikan, kos guaman boleh dimasukkan dalam pinjaman kerana saya terpaksa buat pinjaman untuk sediakan kos guaman yang bukan sedikit jumlahnya, Sekarang terpaksa bayar pinjaman dan rumah. Cadangan yang baik untuk membantu penjawat awam. Mungkin boleh dipanjangkan kepada penjawat awam yang bertaraf kontrak untuk beli rumah lebih awal sebelum dapat jawatan tetap atau dalam tempoh percubaan yang berprestasi yang baik.
Saya berpendapat, admin blog ini dan presiden quepacs pergi mendapatkan penjelasan sendiri daripada ahli lembaga LPPSA mengenai ini. Sebab saya tengok takde bezanya blog ini dgn blog-blog dan viral di media sosial. Semua dah salah faham. Jika presiden kata LPPSA perlu buat mekanisma lain utk mengelak penipuan, ini adalah salah satu caranya.
Sy sangat sangat setuju dgn pendapat tuan. Sy harap perkara ini boleh dibawa ke tengah. Primium insurans MRTA/LTHT memang sudaj dimasukkan sekali dgn pinjaman. Kami harap kos guaman juga boleh di masukkan sekalin sebagai pinjaman.
keistimewaan para pekerja kerajaan ini telah ditarik oleh kerajaan...dengan gaji yang kecil dan harga rumah yang terlalu mahal sekarang, impian memiliki rumah hanya menjadi satu mimpi bagi kami yang baru membina keluarga. Realitinya, kami hari-hari dimomokkan dengan iklan jualan rumah yang mencecah harga setengah juta untuk kami tatap anak beranak. Kegembiraan jelas terpancar diwajah waris-waris kami bila menatap setiap iklan yang diberikan dan harapan yang menggunung untuk dapat tinggal di kediaman yang selesa. Hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya. Harap presiden dapat selesaikan isu ini bagi membela nasib kami pekerja kerajaan yang tinggal di bandar. Harap yang terbaik dari tuan presiden.
WakBro
Catat Ulasan