Tan Sri Dr Ali Hamsa (Gambar fail Bernama)
Bernama
13/12/2015
13/12/2015
KUALA SELANGOR, 13 Dis (Bernama) -- Penjawat awam perlu menerapkan budaya 'Cari dan Bantu' dalam menjayakan konsep merakyatkan perkhidmatan awam, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata adalah tidak berguna sekiranya perkhidmatan yang ditawarkan kerajaan tidak dapat disampaikan sepenuhnya kepada golongan sasar dan pelanggan kerana kekangan tertentu.
Beliau mengambil contoh bantuan untuk golongan miskin dan orang kurang upaya (OKU) tidak sampai kerana mereka tidak mempunyai pengangkutan untuk ke pejabat kerajaan atau tidak tahu cara untuk memohon.
"Oleh itu saya minta penjawat awam dari semua jabatan dan agensi kerajaan untuk turun padang, mencari dan membantu (search and serve) mereka ini," kata Ali kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek Dewan Serba Guna Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa di Bestari Jaya, di sini Ahad.
Beliau menegaskan: "Tiada guna ada perkhidmatan jika penggunanya (rakyat) tidak tahu atau tidak sampai kepada golongan yang disasarkan, dan saya mahu konsep ini diterapkan dan dipraktikkan mulai tahun depan.
Kos pembinaan dewan serba guna bernilai RM3 juta itu disumbangkan Yayasan Rafulin dan Alumni Kohort 82-86 Sekolah Menengah Batang Berjuntai. Ia dijangka siap awal 2017.
Turut hadir Pemegang Amanah Yayasan Rafulin dan Pengerusi Rafulin Holding Datuk Mohd Razali Othman dan Pengarah Pendidikan Selangor Zainuren Mohd Nor.
Ali berharap lebih banyak yayasan dan syarikat swasta tampil membantu kerajaan menaik taraf sekolah di seluruh negara.
Pada majlis sama, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) menyerahkan bantuan kewangan RM57,800 kepada lima pelajar OKU, 73 pelajar miskin dan empat rumah kebajikan di daerah berkenaan.
-- BERNAMA
3 ulasan:
Bantulah pegawai gred sokongan yang bergaji kais pagi makn pagi,kais petang malam tak makan.Sebab gaji kecil sahaja dianaktirikan sudah lama benar walaupun dah kerja lebih 30 tahun.Tidak serupa gred tinggi lah yang mendapat pelbagai nikmat hasil pembahagian gaji yang tidak adil, sudah jauh melangit bezanya.Kenaikan kos sara hidup ,harga barang semua main pukul rata sahaja mencanak naik,tidak kira gred pulak tu.Yang kaya bertambah senang lenang ler juga, dapat menampung kos itu.Era Najib ni perkhidmatan awam nampaknya penjawat ramai tak puas hati. Duduk pendam bara.Tunggu meletus jer jadi gunung berapi.
perkenalkan indentitas saya
nama :SUKIMAN PAULUS
pekerjaan : pembantu di malaysia
tempat tinggal : malaysia-kuala lumpur - Lorong E1-Taman sastria jaya - jln.stutong stamping (SARAWAK)
tempat asal ; NTT - desa TARUS - KEC.KUPANG TENGAH - KAB.KUPANG
maaf kalau koment ini tak sopan
saya pak PAULUS seorang TKI dari malaysia curhat melalui pesan ini kepada semua teman2 yang di indonesia maupun yg di luar negri
bahwa selama saya tinggal di malaysia kurang lebih 4 tahun tidak digaji sama majikan saya karna hutang sudah banyak pasang angka togel tak perna tembus ..
selama 4 tahun juga saya di malaysia menderita .ingin balik ke indo tapi tak punya ongkos balik dan itu sempat membuat saya putus asa.
dan kebetulan teman saya buka-buka internet dan menemukan nomer HP MBAH SUTAR katanya bisa meramal nomor togel yg akan masuk .dan dari situ lah saya coba menghungi no HP MBAH itu dan memina bantuan untuk putaran MALAYSIA (TOTO 6D)
dan syukur alhamdulillah saya di berikan angka TOTO 6D dan saya di suruh pasang 2ringgit saja. akhirnya angka itu tembus dan sempat sya pingsang setelah bandarnya menghubungi saya dia minta NO rekening saya katanya saya menang 200ribu ringgit.
dan dari situlah saya baru mengerti arti kehidupan , janganlah mudah putus aza karna orang yg mudah putus asa akan lebih sulit mendapatkan apa yang di inginkannya .
bagi anda yang betul2 mau dibantu dan betul2 yakin sama MBAH SUTAR
silahkan anda bisa hubungi MBAH SUTAR di NOMOR PRIBADI beliau di 0853-4288-2547 .
silahkan hubungi MBAH SUTAR ROJAK untuk MEMBUKTIKANNYA ......
salam
kenapa sampai nak tubuh jawatankuasa kaji kenaikan kos sara hidup...apakah pak menteri kita tak sedar perkara ini telah lama berlaku.
atau gila nak mesyuarat tubuh..lepas tu mesyuarat nak lantik ajk bahagian la mesyuarat sbb nak mesyuarat bila...
sampai bila pun masalah ni takkan selesai.
Catat Ulasan