SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Januari 2016

MTUC, CUEPACS BANTAH POTONGAN 3% KWSP PEKERJA

Malaysiakini
29/1/2016



Dua kesatuan pekerja terbesar di negara ini tidak bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengurangkan caruman pekerja bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak tiga peratus seperti yang diumumkan dalam semakan Bajet 2016.
Kedua-duanya - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mewakili 11.4 juta pekerja swasta dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mewakili 1.6 juta kakitangan awam - menyuarakan kebimbangan mereka berhubung langkah sedemikian.
Setiausaha Agung MTUC, N Gopal Kishnam berkata pihaknya menentang tindakan secara automatik untuk mengurangkan caruman pekerja-pekerja bermula Mac 2016 hingga Disember 2017.
"Kami akan menulis surat bantahan kepada Perdana Menteri. Dia tidak seharusnya meminta pekerja yang ingin mengekalkan caruman KWSP pada kadar sebanyak 11 peratus untuk membuat permohonan.
"Sebaliknya, beliau perlu meminta mereka yang setuju caruman KWSP dikurangkan sebanyak tiga peratus menjadi lapan peratus untuk mengisi borang," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Pada ucapan semakan Bajet 2016 semalam, Najib mengumumkan langkah itu sebagai satu daripada 11 langkah utama untuk merangsang ekonomi dan meningkatkan perbelanjaan penggunaan sektor swasta kepada RM8 bilion setahun.
Hidup selesa
Gopal berkata, kerajaan tidak seharusnya menjadikan dana persaraan pekerja sebagai sasaran berikutan kebimbangan bahawa ia mungkin tidak cukup bagi mereka untuk hidup selesa selepas bersara.
"Ia adalah satu kesalahan mengikut Akta KWSP yang menetapkan bahawa pekerja perlu menyumbang sekurang-kurangnya 11 peratus daripada pendapatan bulanan mereka," katanya.
Gopal juga mempersoalkan bagaimana pegurangan sekecil tiga peratus boleh menyumbang kepada ekonomi negara."Jika kerajaan mahu membantu golongan berpendapatan pertengahan dan rendah, mereka perlu menggalakkan majikan membayar kos pelarasan sara hidup (Cola) kepada kakitangan mereka.
"Kerajaan mengemukakan idea sama iaitu mengurangkan tiga peratus caruman KWSP pada tahun 2009 tetapi ini tidak diterima secara meluas.“Mengapa perdana menteri tidak belajar daripada pengalaman itu?" soal Gopal.
Presiden Cuepacs Azih Muda ketika dihubungi berkata pihaknya cukup tidak bersetuju dengan pengurangan tiga peratus caruman KWSP oleh pekerja.
Menurutnya, sebahagian besar rakyat tidak sanggup melihat dana persaraan mereka dikurangkan.
Beliau menggesa orang ramai supaya memaklumkan kepada kerajaan bahawa mereka ingin mengekalkan caruman KWSP mereka pada 11 peratus.

"Saya juga cadangkan kepada kerajaan untuk hanya melaksanakan langkah itu bagi tahun ini.
“Jangan lanjutkannya hingga Disember 2017," katanya.

Tanpa memberikan butirannya, Azih meminta kerajaan dan majikan untuk membantu pekerja apabila langkah itu berkuat kuasa.

2 ulasan:

Dr-Vroom berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Dr-Vroom berkata...

Alhamdulilah, hari ini aku telah isi borang dan maklum kpd majikan bahawa aku hendak kekal 11 peratus! Kenapalah duit masa depan aku dijadikan taruhan utk 'merancakkan ekonomi. Duit kwsp aku ini utk simpanan hari tua aku lah.. Harap kerajaan utamakan kemahuan dan kesejahteraan rakyat! Kekal 11 peratus (atau tambah jadi 12 peratus, jangan kurangkan jadi 8 peratus, aku tidak setuju!).