Bernama
20/7/2016
20/7/2016
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja
Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan agar kerajaan
mewujudkan satu dasar baharu untuk melanjutkan umur persaraan penjawat
awam kepada 62 tahun.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata dasar umur persaraan daripada 60 tahun kini kepada 62 tahun itu dilihat perlu dilakukan sebagai persediaan untuk negara menjadi negara maju yang mampu bersaing di peringkat global setanding dengan negara maju yang lain.
"Apabila hendak menuju ke negara maju kita memerlukan dasar yang dapat diterima secara sejagat. Dari segi bakat, negara yang menuju ke negara maju dan telah maju mempunyai dasar untuk penjawat awam dilanjutkan usia persaraan lebih daripada 60 tahun.....

dah mula balik dah cadangan merepek ni. buat dasar sebegini akan menyebabkan mereka yang tak sedar diri tandatangan opsyen bersara 62, walhal keupayaan dan kekuatan dah takda. sepatutnya kerajaan pinda semula akta pencen supaya mereka yang memilih untuk bersara pilihan selepas usia 40 dibayar pencen berdasarkan tempoh perkhidmatan pada bulan berikutnya selepas pencen, bukannya kena tunggu tahun mereka tandatangan opsyen. ini yang berlaku sekarang, mereka terpaksa tunggu sehingga tempoh masa yang ditetapkan. jadi mereka pun memaksa diri mereka untuk bertahan di dalam perkhidmatan awam sehingga lanjut usia walhal mereka sudah tidak berdaya. bukan semua orang boleh berfikir untuk diri sendiri. mereka main tandatangan saja.
BalasPadamdaripada cuepacs sibuk memperjuangkan had umur persaraan, mengapa mereka masih lagi degil taknak perjuangkan nasib penjawat awam yang mempunyai kelulusan tinggi untuk pergi lebih jauh demi memajukan dan meningkatkan laluan kerjaya mereka? saban tahun, mereka ini dianaktirikan oleh kerajaan kerana "perlu bersaing" dengan mereka yang baru sahaja tamat pengajian. akhirnya mereka kecundang kerana SPA masih lagi menggunapakai kaedah merit. akhirnya mereka ini kekal sebagai kumpulan pelaksana dan kecewa dengan kerajaan. mengapa cuepacs taknak perjuangkan kumpulan ini sebagaimana mereka sibuk memperjuangkan PAR setaraf dengan PT, TYPIST setaraf PT, JURUTEKNIK setaraf PENOLONG JURUTERA walhal mereka ini tiada kelayakan akademik setaraf? mengapa?