21 Julai 2016

HANYA 5 HINGGA 8 PERATUS PENJAWAT AWAM DICADANG DILANJUTKAN UMUR PERSARAAN - AZIH



Bernama
21/7/2016


KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Cadangan untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun hanya melibatkan antara 1,200 dan 2,000 daripada kira-kira 25,000 penjawat awam yang bersara setiap tahun.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata cadangan itu membabitkan antara lima hingga lapan peratus bakal pesara sahaja, bukan kesemuanya.

"Kita tidak mahu kehilangan penjawat-penjawat awam seperti profesor, pensyarah dan doktor pakar yang sudah mempunyai pengalaman yang cukup berguna kepada kerajaan dan negara," katanya pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Cuepacs di sini Khamis..


1 ulasan:

  1. dah mula balik dah cadangan merepek ni. buat dasar sebegini akan menyebabkan mereka yang tak sedar diri tandatangan opsyen bersara 62, walhal keupayaan dan kekuatan dah takda. sepatutnya kerajaan pinda semula akta pencen supaya mereka yang memilih untuk bersara pilihan selepas usia 40 dibayar pencen berdasarkan tempoh perkhidmatan pada bulan berikutnya selepas pencen, bukannya kena tunggu tahun mereka tandatangan opsyen. ini yang berlaku sekarang, mereka terpaksa tunggu sehingga tempoh masa yang ditetapkan. jadi mereka pun memaksa diri mereka untuk bertahan di dalam perkhidmatan awam sehingga lanjut usia walhal mereka sudah tidak berdaya. bukan semua orang boleh berfikir untuk diri sendiri. mereka main tandatangan saja.

    daripada cuepacs sibuk memperjuangkan had umur persaraan, mengapa mereka masih lagi degil taknak perjuangkan nasib penjawat awam yang mempunyai kelulusan tinggi untuk pergi lebih jauh demi memajukan dan meningkatkan laluan kerjaya mereka? saban tahun, mereka ini dianaktirikan oleh kerajaan kerana "perlu bersaing" dengan mereka yang baru sahaja tamat pengajian. akhirnya mereka kecundang kerana SPA masih lagi menggunapakai kaedah merit. akhirnya mereka ini kekal sebagai kumpulan pelaksana dan kecewa dengan kerajaan. mengapa cuepacs taknak perjuangkan kumpulan ini sebagaimana mereka sibuk memperjuangkan PAR setaraf dengan PT, TYPIST setaraf PT, JURUTEKNIK setaraf PENOLONG JURUTERA walhal mereka ini tiada kelayakan akademik setaraf? mengapa?

    BalasPadam