Berita Harian
20/9/2016
20/9/2016
PM
Kaji semula bajet kewangan Universiti Awam - MAAC
Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin
khairul.anam@bh.com.my
PRESIDEN Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Datuk Prof. Dr.
Mohd Idrus Mohd Masirin (duduk, tengah) berucap pada Majlis Perasmian
Konvensyen Akademik Kebangsaan Universiti Awam Malaysia 2016 (KAKUAM
2016) di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek,
Negeri Sembilan
. NILAI: Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) meminta supaya kerajaan mengkaji semula bajet kewangan yang disalurkan kepada universiti awam bagi memastikan kualiti perkhidmatan institusi pendidikan berkenaan terus terjamin. Presiden Kongres MAAC, Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin, berkata pengurangan itu dikhuatiri akan menjejaskan penyediaan kemudahan terutama membabitkan universiti yang mempunyai makmal, bengkel dan hospital.
"Kami berharap walau apa juga keadaan persekitaran semasa sekalipun, kita minta saluran dana universiti ini tidak dipotong terlalu banyak. "Kami tidak kata kualiti universiti akan menurun kerana pensyarah akan melaksanakan tugasan mereka seperti biasa. Namun, kami bimbang ada perkara yang tidak dapat dilaksanakan secara sempurna seperti universiti yang menyediakan perkhidmatan perubatan," katanya selepas Majlis Penutupan Konvensyen Akademik Kebangsaan Universiti Awam 2016 (KAKUAM 2016) di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek, di sini, hari ini.
Majlis perasmian penutupan disempurnakan Timbalan Presiden II Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Mohd Shaman Jaes. Sebanyak enam kertas kerja berkaitan kepimpinan akademik telah dibentangkan pada KAKUAM 2016 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam. Konvensyen anjuran Kongres MAAC yang menggabungkan semua 20 Universiti Awam (UA) seluruh negara itu bertujuan memartabat Kongres MACC sebagai platform utama menjaga kepentingan perkhidmatan 35,000 pensyarah di negara ini serta memperkasa profesyen akademik dan pendidikan tinggi nasional.
2 ulasan:
saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.
Hello,
Ia adalah tahun baru lagi, adakah anda dari segi kewangan ke bawah? adalah perniagaan anda menangis untuk kebangkitan semula kewangan, telah anda mendapatkan pinjaman di bank dan tangan pemberi pinjaman yang salah dan anda di mana menolak? mencari tiada lagi, Kami adalah pemberi pinjaman yang boleh dipercayai dan kami memulakan program pinjaman ini untuk membasmi kemiskinan dan mewujudkan peluang untuk keistimewaan yang kurang untuk membolehkan mereka menubuhkan sendiri dan memulihkan perniagaan mereka. untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel: gloryloanfirm@gmail.com dan mengisi borang di bawah.
PEMINJAM'S DATA.
1) Nama Penuh: ......... 2) Negara: ...... 3) Alamat: ......... 4) Jenis Kelamin: ..................
5) Status Perkahwinan: ... ..... 6) Pekerjaan: .......... Number 7) Telefon: ........................... 8) Pada masa ini kedudukan di tempat kerja: .... ............ 9) Monthlyincome ...... ...................
10) Pinjaman Tempoh: ............... 11) Tujuan Pinjaman: ............... 12) Agama: ............
13) Tarikh lahir: ........................
sila memohon syarikat yang sah, kejayaan anda adalah matlamat kami.
Catat Ulasan