SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

06 Oktober 2016

CUEPACS KEKAL TUNTUTAN BONUS 2 BULAN

Berita Harian
5/10/2016
Oleh Azman Mahmood
bhkb@bh.com.my




KOTA BHARU: CUEPACS mengekalkan tuntutan dua bulan bonus kepada 1.6 juta penjawat
awam akhir tahun ini. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata tuntutan itu adalah relevan dengan keadaan semasa yang menyaksikan kenaikan pelbagai harga barangan. Beliau berkata, tuntutan itu dianggap tidak keterlaluan kerana ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membayar bonus pekerja antara lima hingga tujuh bulan.

"Walaupun dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kerajaan perlu menimbang memberi bonus seperti diminta," katanya pada sidang media selepas majlis Penerangan isu semasa penjawat awam bersama kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini, hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi CUEPACS Kelantan Izuddin Ab Rasid; Presiden Kesatuan Kakitangan KADA, Mohd Rodi Nor; dan Timbalan Pengurus Besar KADA, Nik Roslan Idris. Azih berkata, angka dua bulan itu relevan pada masa ini dan CUEPACS tidak akan mengguna pendekatan ugutan atau tekanan terhadap kerajaan.

"Kerajaan memahami apa yang dialami penjawat awam terutama kakitangan kumpulan B40 dan M40 yang tertekan dengan kos sara hidup," katanya.


17 ulasan:

Made in Pahang berkata...

Emmm...ok

Unknown berkata...

Dah berapa kali...dah berapa tahun...perkara yang sama kopek buat....jawapan yang sama daripada kerajaan.wahai kopek....fikirlah di luar kotak. jangan hanya statik dengan 1 idea sahaja. setiap kali nak raya, setiap kali nak budget, setiap kali awal tahun. perkara yang sama di minta dan jawapan yang sama juga diberikan. Entah bangang ke bengap kopek ni...fikir2 lah ye...nampak gah macam buat kerja tapi habuk pun taraaaaakkkk.....

naim berkata...

aku rasa najib akan bagi 500 satu bonus tetap dari najib..najib 500

Unknown berkata...

Sembang jer bole laa wahai kopekkk...

Unknown berkata...

Sembang jer bole laa wahai kopekkk...

annammalai berkata...

I love PM.... terlalu bijak PM mentadbir negara.... tiada tandingan lagi.... sampai kiamat amat releven utk agama, bangsa dan negara....

Unknown berkata...

Patut kerajaan beri kekuatan kepada ceupacs dengan memenuhi tuntutan 2 bulan bonus beserta tambahan elaun untuk kumpulan gred 40 dan kebawah. Jika ini berlaku sudah pasti 1.5 juta PA beserta dengan keluarga mereka (mungkin seramai lebih 7 juta orang) akan turut menikmati hasil dari pemberian kerajaan ini. Ini juga akan memberi kesan positif kepada pasaran domestic. Ia juga boleh menstabilkan sosio-politik di Malaysia. Kegagalan kerajaan memenuhi keperluan PA tersebut akan menyebabkan PA terpaksa bekerja lebih keras untuk menangani keadaan semasa.

Mohamad Ali bin Abdullah

Unknown berkata...

Patut kerajaan beri kekuatan kepada ceupacs dengan memenuhi tuntutan 2 bulan bonus beserta tambahan elaun untuk kumpulan gred 40 dan kebawah. Jika ini berlaku sudah pasti 1.5 juta PA beserta dengan keluarga mereka (mungkin seramai lebih 7 juta orang) akan turut menikmati hasil dari pemberian kerajaan ini. Ini juga akan memberi kesan positif kepada pasaran domestic. Ia juga boleh menstabilkan sosio-politik di Malaysia. Kegagalan kerajaan memenuhi keperluan PA tersebut akan menyebabkan PA terpaksa bekerja lebih keras untuk menangani keadaan semasa.

Mohamad Ali bin Abdullah

Unknown berkata...

betul3

Unknown berkata...

betul3

Unknown berkata...

Rasanya sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan permintaan bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji bagi kakitangan awam gred 29 kebawah dan kakitangan awam gred 29 ke atas sebanyak setengah bulan gaji.Mgkin cadangan ini tidak terlalu berat bagi kerajaan dan ianya sudah beberapa tahun tidak diberikan bonus yang sempurna.Sekiranya ada pengumuman bonus oleh kerajaan nanti,kami golongan kakitangan awam peringkat bawahan amat menyanjung setinggi- tinggi tahniah atas keperihatian yang di berikan.Andai kata bonus yang diberikan tidak seperti yang kami fikirkan,kami juga berterima kasih dan berharap bajet pada tahun-tahun yang akan datang akan di pertimbangkan dengan bayaran yang sewajarnya.

Unknown berkata...

Salam semua,untuk makluman bonus sebanyak rm 500 akan diberi pada awal bulan januari 2017.Semoga semua penjawat awam tabah dan menerima keputusan ini dgn penuh keinsafan.

Panda Michy berkata...

Wow!!!! banyak tu....boleh la bayar cukai pendapatan tahun ni...emmm dalam RM1500 je..

Awi berkata...

BKA1M rm500 (Bantuan Kakitangan Awam 1Malaysia) tiada bonus..

Awi berkata...

Macam biasa Leee.

stimkerapu berkata...

Yey ada bonus!! Bonus 1 bulan gaji.Gaji zaman 80an. Bravo.

Unknown berkata...

Sebenarnya yg PA tuntut bukan BONUS tapi GAJI...sebab SETAHUN ada 52 Minggu...SETAHUN ada 12 Bulan...12 Bulan ada 48 MINGGU..jadi PA kerja satu bulan FREE...jadi Kerajaan zaman TUN bagi BONUS satu Bulan Gaji tu dah Betul...cuma setakat la ni yg jd tak betul...cuba Fikir...sebab tu di negara-negara maju gaji di BAYAR mengikut MINGGU bukannya bulan...