Sinar Harian
20/10/2017
20/10/2017
SHAH ALAM - Pembentangan Bajet 2018 kali ini bakal menjadi sandaran buat rakyat khususnya penjawat awam.
Seperti tahun-tahun lalu, ramai yang mengharapkan sinar dalam ucapan
Bajet 2018 yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak di Parlimen, 27 Oktober akan datang.
Tinjauan Sinar Online dapat melihat keluhan golongan penjawat awam
menerusi laman sesawang Bajet 2018 yang nyata tersepit dengan masalah
kewangan yang membelenggu kehidupan mereka.
Rata-ratanya mengharapkan kerajaan meningkatkan elaun, selain
memberikan bonus lebih tinggi kepada penjawat awam berbanding bajet yang
dibentangkan pada tahun-tahun lepas. Seorang pengunjung laman sesawang Bajet 2018, Richard Samie
mencadangkan kerajaan mengumumkan peningkatan sebanyak empat peratus
daripada kadar pendapatan penjawat awam.
Menurutnya, permintaan tersebut adalah wajar memandangkan nilai kadar inflasi semasa dan kos sara hidup yang agak tinggi. "Elaun perumahan juga perlu ditambah sebanyak RM100. Ini kerana sewa rumah dan harga rumah mahal. "Peningkatan elaun perumahan dapat meringankan beban penjawat awam bila
pendapatan meningkat,secara tidak langsung kuasa beli pengguna akan
turut meningkat. Rakyat tetap akan berbelanja. Ini akan merancakkan
ekonomi negara. Bila perbelanjaan meningkat,pendapatan negara turut
meningkat," jelasnya. Cadangannya itu disokong oleh 2,565 pengunjung yang lain.
Pengunjung di laman sama, Amir Ibrahim pula mencadangkan kerajaan
memberikan bonus lebih tinggi berbanding sebelumnya kepada penjawat
awam. "Diharapkan belanjawan kali ini dapat diberikan bonus penjawat awam
sekurang-kurangnya sebulan gaji atau maksimum dua bulan gaji berbanding
RM500 yang diberikan sebelum ini.
"Kaedah pembayaran bonus boleh dilakukan secara bulanan berbanding
dibayar secara terus atau dua Kali setahun. Sebagai contoh bonus yang
dibayar adalah RM6,000, maka pembayaran boleh dibuat RM500 untuk setiap
bulan selama 12 bulan. Kaedah ini dapat mengurangkan beban kerajaan,"
katanya.
Seorang lagi pengunjung, Mohd Muzaimi Abd Rahman pula mencadangkan
kerajaan meneliti pemberian Elaun Sara Hidup (Cola) kepada penjawat
awam. Mohd Muzaimi berkata, kerajaan perlu meningkatkan kadar elaun sehingga
50 peratus bagi membantu penjawat awam mendepani cabaran kos sara hidup.
"Saya mencadangkan agar kenaikan elaun sara hidup penjawat awam
dinaikkan 50 peratus kerana golongan pelaksana seperti saya sangat
terkesan dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi di bandar.
"Sara hidup juga meningkat kerana bilangan keluarga yang semakin
bertambah. Mohon kajian dan penelitian Najib tentang masalah ini. Terima
kasih," ujarnya. Sementara itu, bercakap kepada Sinar Online, Presiden Kongres Kesatuan
Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda
berkata, kerajaan perlu mencari jalan untuk mengeluarkan penjawat awam
daripada kepompong kesusahan.
Menurutnya, Najib perlu mengambil langkah menaikkan kadar elaun dan
bonus kepada penjawat awam yang selama ini berkerja keras menaikkan imej
beliau dan kerajaan di mata rakyat serta dunia.
"Penjawat awam sekali lagi akan meletakkan harapan tinggi kepada
kerajaan, sepertimana bajet yang diumumkan oleh tahun sebelumnya.
"Kerajaan perlu mengambil kira kehidupan golongan penjawat awam yang
sangat tertekan pada masa kini. Penjawat awam berdepan kesukaran untuk
memiliki rumah, membiayai pendidikan anak-anak, membeli insurans dan
sebagainya," katanya ketika dihubungi Sinar Online. Menurutnya, angka RM500 sebagai bonus tidak lagi boleh dianggap relevan
memandangkan rakyat kini berdepan dengan kenaikan kos sara hidup yang
meningkat secara mendadak.
"Kerajaan perlu pertimbangkan angka dan nilai yang sesuai untuk menghargai usaha penjawat awam.
"Oleh itu, kita mahu minta bonus sebanyak sebulan setengah kepada
kerajaan, bukan lagi RM500 seperti yang diberikan pada tahun ini,"
katanya lagi.Cuepacs sebelum ini mengharapkan berita baik untuk penjawat awam dalam Bajet 2018 yang bakal dibentangkan kelak.
Timbalan Presiden II Cuepacs, Zainal Ismail berkata, pihaknya berharap
kerajaan dapat mempertimbangkan semula semakan gaji, elaun, bonus dan
kenaikan gred untuk beberapa jawatan dalam agensi kerajaan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Cuepacs tunggu berita baik]
Tahun lepas, Najib pada pembentangan Bajet 2017 mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam. "Kepada kakitangan awam, saya tahu kamu tak tidur lena jika saya tidak mengumumkan perkara ini. Saya ada berita baik.
"Sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan yang terpuji oleh penjawat
awam, saya dengan sukacitanya mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500
kepada semua penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM250 untuk pesara
kerajaan," katanya.
29 ulasan:
ya.... cadangan disokong.
dia kata , dia akan memperbetolkan kesilapan pemimpin terdahulu ... kita tengok je la ..
jangan mengharap lebih...takot ada yg keciwa. kan terjun lombong pulak nanti.
YA...SOKONG...
Entah Ada Entahkan Tidak,
Jangan Kita Mengharap Sangat.
nanti PRU14...guna la kuasa kita...hehehehe
Kah...kah...kah...dpt RM1500 bayar 2 kali. Januari & hari raya... kena tipu! Cuma dpt imbuhan RM1000 saja... yg RM500 tu mmg tiap2 thn ada! PUNDEK PUNYA PM...
buat lawak jak 😂
Kalau mcm ni bajet untuk pancing undi, lepas PRU 14 jgn harap la PA nk dpt cium bonus sebulan! JOM TUKAR KERAJAAN... Kupek buat apa? Akur... akur... PUNGKURRR!!!
Dapat ka
Penjawat awam sama dgn tok batin dll...penjawat awam tiada keistimewaan...jika RM2000 pun boleh diterima pakai...tinggi RM500. Ini sama ja dengan tok batin..bilal dll
Sedih....sangat sedih..bukan ada sinar pun...Bonus sebulan gaji....JANGAN HARAPLA....
Masa depan PA makin kelam & suram kalau mcm ni punya kerajaan yg perintah! Kenaikkan gaji pun xde... kalihamput sial punya kerajaan. Pak Kupek sembang saja lebih... tak mau RM500 lagi laa... last2 dpt RM1000! Cukup sial punya PM!
bersinar sinar mata nasa menonton live tadi 😜
Kalo rasa x cukup tu baik berhenti jd penjawat awam...tunggu bl pembangkang menang nti br mohon semula kerja itu pn kalo diorng nk ambik korng sbg penjawat awam lh...nk berhenti kn lg ada lh hehehe
Hahahahaha....xde apapun yg special..klu nak ikutkan cuma tambahan Rm500.00 saje.yg raya tu mmg dah biasa..time base tu majoriti kali kedua takkan merasa...depa dah kaji klu lapan tahun mmg ramai merasa...benefit lain tu x smpi 30 peratus penjawat awam akan terima...tq c
apapun tq cuepacs sbb usaha anda yg dipandang enteng oleh pemerintah.
Sampai kiamat pun takkan dapat sebulan bonus...percayalah
Hidup Malaysia....hidup penjawat awam...go to hell lah politik...sama je pro atau con...x membantu pun.
Bubar CUEPACS 1.1.2018... xleh pakai!
Syukurla..alhmdulillah
Mohd hadi mohd ganti...jgn ckp mcntu..xbaik...kite bersyukur apa yg datuk seri nak berikan...sy tetap bersyukur...bkn senang nk dpt kerja kt sektor awam...sy bersyukur sgt..gaji naik smue dah bg...alhmdulillah...trima kasih..
guna kan kuasa anda pru14 ni..
setuju roslan
kalau pembangkang menang hg nak berenti ka???
Acun Kidung....Saya bersyukur .. ....saya berkhidmat dari gaji yang paling rendah..dan x pernah pun merungut dulu masa gaji rendah sbb semasa tu mmg cukup dan xde semua barang asyik naik harga....lepas kena GST terus semua naik...kata GST akan menurunkan harga barang...tapi sebaliknya yg terjadi...duit macam x pernah cukup walaupun buat 2 kerja...dah ikat perut tu smpi selalu x makan mlm..jadi sape kata saya x bersyukur...cuma geram sbb asyik kena tipu...minta bonus pun setahun sekali saje...itupun dah tujuh tahun apa pun tarak..kata kutipan GST berpuluh bilion...mane perginya..bajet untuk agensi dan kementerian semua kena potong...parking pun xleh claim ..outstation pun x leh claim..so..mmg xde duit lah..duit GST tu untuk bayar hutang ahli politik yg memerintah skrg ke..so xyah lah kita nak cover kerajaan pemerintah sekarang..kita dah buat akujanji sebagai penjawat awam..ahli politik ni silih berganti dan menyusahkan.jadi xyah nak tolong lahanat-lahanat politik ni.....
kalau sesiapa yang rasa parti pemerintah kerajaan sekarang ni bagus..teruskanlah membantu mereka...tapi secara peribadi saya rasa macam buang masa dah percaya dengan janji ahli-ahli politik ni....rasa macam jahanam jer masa depan anak-anak saya nanti ...sbb kerajaan skrg dipimpin oleh penipu....jadi mmg huru hara nanti ni..hahahaha ..jgn marah ye kepada semua yang menyokong kerajaan skrg...lagipun saya x percaya kedua-dua pihak....sbb sama je politik ni...
Acun kidung,kehidupan ini penuh dgn onak dan duri.mgkin bg kamu,tidak sedikit pun trdetik kesusahan atau pgharapan dlm bajet 2018.jika kamu rasa pndpt kamu iklas dan bukan hipoktit,hayatilah pendapat seangkatan dgn kamu yg trpksa brsusah payah mnyara anak dan isteri serta bebanan lain.contoh pendapatan rm 2800 sebulan.Barang dapur ikan atau ayam dan sayur rm 14 utk sekeluarga sehari.sewa rumah rm 450 sebulan,belanja anak sekolah rm 1.50 sehari utk 3 org anak.bil api dan air rm 25,bil telifon rm 50 dan isteri rm 30.kperluan dapur spt beras,gula,minyak rm 250 hingga rm 350.hutang kereta sebulan rm 450,pakaian diri sendiri dan keluarga rm 90.dll...jadi sbgai pnjawat awam,cuepacs msti mmbantu utk mringankan beban bg yg brgaji rendah.
Q kerja di Hongkong 3 THN dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat tidur mlm Kerja sampe subuh pgi klo lagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 3 THN, kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Jenggot di facebook, awalnya Q ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp Q beranikan diri coba telpon beliau. Tp Q memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, Q di Hongkong bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah ���� jika ada teman minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti Q. Amin...
Nama saya Andy Senang rasanya ketika saya pikir semuanya sudah selesai dengan saya tahun ini. Ibu Yuliana datang menyelamatkan saya. Saya sangat berhutang pada orang-orang yang saya pinjam uang dari mereka yang melawan saya dan kemudian saya ditangkap oleh polisi sebagai akibat dari hutang saya. selama berbulan-bulan sudah waktunya lagi bagi saya ketika saya dibebaskan untuk pergi dan mendapatkan uang untuk semua utang, saya menerima uang saya dari kreditur yang sah secara online saya harus mencari melalui petualangan blog saya tetapi komplikasi saya menemukan ANTHONY YULIANALENDERS, Tuhan menuntun saya untuk dia dan benar-benar keajaiban karena Tuhan telah melihat bahwa saya telah menderita banyak dan saya ingin saya bahagia lagi. Jadi saya melamar untuk pinjaman saya dan saya dikreditkan dengan jumlah persis yang saya minta setelah membayar biaya asuransi pinjaman saya karena saya berbicara dengan Anda sekarang saya dapat menghapus semua hutang saya dan sekarang saya memiliki supermarket sendiri, Saya tidak punya urusan dengan Polisi lagi. Saya sekarang orang merdeka. Jika Anda ingin keajaiban dalam hidup Anda hubungi ibu yuliana melalui email (Anthony.yulianalenders@gmail.com) Anda tidak dapat memperdebatkan fakta-fakta di dunia kemalangan ini yang akan membantu Anda mengatasi masalah keuangan dalam hidup Anda dalam satu atau lain cara, jadi saya memberi Anda mandat untuk mencoba dan menghubungi ibu yuliana dan mengelola keuangan Anda dalam hidup Anda. Anda dapat menghubungi saya melalui email: (andydenny124@gmail.com) selalu positif dengan ibu yuliana dia akan melihat Anda melalui semua tantangan Anda dan kemudian Anda akan terlihat baru secara finansial.
Catat Ulasan