SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 April 2022

Bantuan Khas bukti penghargaan kerajaan - Cuepacs

Metro
5 April 2022

Kuala Lumpur: Pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 adalah bukti penghargaan kerajaan atas usaha keras penjawat awam dalam menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah kepada rakyat, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat.

Beliau berkata, dengan pemberian itu, semua penjawat awam diharap dapat meneruskan momentum kecemerlangan dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi menjayakan agenda pemulihan ekonomi serta dasar prihatin rakyat.

"Dengan keprihatinan kerajaan ini, penjawat awam harus kekal fokus kepada tugas dan sudah pasti kerajaan menuntut kepada produktiviti dan integriti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Adnan berkata, Cuepacs percaya bantuan berkenaan akan memberi manfaat dan kesan secara tidak langsung kepada ekonomi negara apabila ia dibelanjakan untuk membeli barangan keperluan khususnya di musim perayaan yang memanfaatkan peniaga kecil, pasar raya besar dan sektor ekonomi lain.

Dalam masa sama, beliau berharap semua pihak berlapang dada dan tidak mempertikaikan keputusan kerajaan memberikan bantuan itu kerana kerajaan adalah majikan kepada penjawat awam.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Bantuan sebanyak RM250 turut diberikan kepada pesara kerajaan dan pembayaran akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji April iaitu pada 25 April ini.

28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ckup ke 500 tu dengan harga barang naik mendadak terkesan kot,kerajaan negeri pun 1000,kesian penjawat awam persekutuan ni.

Tanpa Nama berkata...

This is Kepala Bana...

Tanpa Nama berkata...

seriuslah... rm500 tue mmg tak cukup bg yg anak ramai....

Tanpa Nama berkata...

Negeri Selangor & Kedah bagi RM 1,000.
Negeri Pahang bagi RM 1,200.
Negeri Sabah & Sarawak bagi RM 500.
(Bosan betul dengan semua Ketua2 Menteri SABAH ni(yang lalu & sekarang), terlalu berkira dgn penjawat awamnya)

anonymous berkata...

Assalamualaikum. harap ada Pelarasan Gaji untuk staf B40 Gred 1 - Gred 40 sebab utk budak baru pon dan gaji RM 1500 dan Cuepacs fight utk naik ke RM 1800. tidak adil utk saya sudah berkhidmat 9 tahun tapi gaji pokok sama dgn budak baru masuk.. Utk mcm Golongan kami harap ada pelarasan Gaji utk Gred 41 ke bawah . Baru la adil. kami pon bukan org senang .. masih apply BKM lagi.. mmg tidak mencukupi utk bayar RUmah , makanan , anak anak masih kecil dan bersekolah.. hutang bnyk.. harap Cuepacs dapat meneliti. golongan B41 ke atas sudah ada Elaun Keraian dan kenaikan kanan utk B 41 ke atas hanya 8 Tahun. tapi kami 13 Tahun dan tiada elaun keraian.. kerja di pejabat semua sama.. harap ada perubahan Kenaikan ke kanan harus diselaras sama 10 tahun. dan pelarasan gaji untuk Gred B41 ke bawah.. terima kasih

Divya M berkata...

Can truly relate and retain this outstanding post. Very well written. Read about SharePoint freelancers in chennai from Maria Academy.

Tanpa Nama berkata...

Buat pelarasan gaji cuepacs kesian penjawat awam yg lama2 ni..sebab tu gaji kena di semak semula..

Unknown berkata...

Pihak swasta dah dapat keluarkan duit kwsp 10K, penjawat awam pengeluaran awal gcr 80 hari hingga kini masih sepi...

Tanpa Nama berkata...

Betul tu...time base kali kedua x relevan mesti 13 thn jugak spt kali pertama...sepatutnya 10 thn

Tanpa Nama berkata...

Betul tu termasuk saya..sunyi & sepi

Tanpa Nama berkata...

CADANGAN : TIME BASE KALI KEDUA - 5 TAHUN (BARULAH SEMANGAT MAU KERJA)

Tanpa Nama berkata...

8 thn pon ok doh

Tanpa Nama berkata...

Bila lah nak umum pelarasan gaji,kgt pn xpnah semak lama dah..

Unknown berkata...

TOLONG NAIKKAN GAJI PERKHIDMATAN AWAM TERUTAMA SEKALI BAGI B40 DAN M40
KAMI TERTEKAN KETIKA INI DENGAN KEADAAN KENAIKAN HARGA SEMUA BARANG .PLEASEEEEEEE

Tanpa Nama berkata...

maaf bkn tak bersyukur tapi rm500 tue mmg tak cukup dgn cost hidup skrg tue bkn shopping kat mall besar yer hanya kedai biasa....... pastu bila nak kaji gaji.... masih ada lae ker gaji bersih tak lebih rm1500 sedih wooooooooo

Tanpa Nama berkata...

OPR naik, maka kadar asas (BR) & kadar pinjaman asas akan naik. Maka potongan pinjaman kami sebagai penjawat awam juga akan naik. Haduihhh... Bila laah nak bagi kenaikan gaji nih.. sesak nih

Tanpa Nama berkata...

MOhon pihak cuepacs cadangkan kepada kerajaan selepas ini bagi pemberian bantuan khas aidilfitri atau yang sama waktu dengannya agar memberi bantuan yang lebih kepada golongan B40 atau gred 41 ke bawah. bantuan sama rata 500 kepada gred 56 ke bawah tak releven langsung. gred 44 - 56 gaji dah 7ribu ke atas. tambah yang gred 56 gaji dah belas-belas ribu. apa kejadahnya bagi bantuan pada kumpulan tersebut. sedangkan gred 41 kebawah stryggle gila nak hidup tambah2 dengan kos sara hidup yang tinggi. padahal bantuan 500 ni bagi gred 44 - 56 silap2 mereka buat saving. tak pakai pun. mohon kerajaan pikir logik dan mohon pihak cuepacs buat permohonan agar pemberian bantuan dilebihkan kepada golongan gred 41 ke bawah dankurangkan bantuan bagi golongan gred 44-56 atau tak payah bagi langsung bantuan tu. mohon tindakan pihak cuepacs

Tanpa Nama berkata...

Sama la.mohon dh nk msuk 2 bln lebih.apa bayang pun xnmpk lg.proses penebusan terlalu lmbt sedangkn kakitangan awam yg mohon memerlukannya

Tanpa Nama berkata...

Percepatkan dn permudahkan la proses penebusan gcr tu.borang dh lama hntr.apa berita dn makluman pn tiada.cuepacs kena la ambil tindakan berkenaan hal ini

Tanpa Nama berkata...

Apa cerita tuntutan GCR penjawat awam. Harap presiden CUEPACS bersuara dan minta kerajaan laksanakan secepat mungkin pemberian awal GCR kepada penjawat awam. Tolong kami perlukan segera GCR ini...

Tanpa Nama berkata...

Kuda Merah LPT

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Dato Presiden... Mohon kepada kerajaan supaya dipercepatkan kelulusan pemberian awal GCR kepada penjawat awam. Ramai penjawat awam yang terkesan dan perlu untuk kewangan anak-anak melanjutkan pelajaran. Tolong Dato cakna dan prihatin serta bertindak cepat. Terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

Swasta dah naik gaji, kerajaan bila lagi? Ceupacs dah macam xada fungsi je sekarang... Senyap je.. dulu2 kerap jugak sidang media sekarang macam dah tak wujud plk. Pasal apa ye?

Tanpa Nama berkata...

waduh. Belum ada cerita pasal kenaikan gaji ker?.. takkan nak tunggu dekat2 PRU..

Tanpa Nama berkata...

Tak faham btul dgn kerajaan ni.pekeliling gcr dh lama keluar.permohonan pun dh lama dibuat.pada hal semua perkara tersebut dh dikaji sebelom dilaksanakan.kenapa proses kelulusannya mengambil masa terlalu lama?

Amatara berkata...

Kerajaan dirayu menyegerakan pembayaran penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 80 hari seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2022. GCR adalah antara beberapa perkara yang dibentangkan dalam Belanjawan 2022 bagi perkhidmatan awam demi kebajikan anggotanya. Sehingga kini, tiada sebarang pembayaran dibuat atau diterima oleh pemohon yang layak.

Tanpa Nama berkata...

Apa function CUEPACS sekarang? Kalau xde nak bersuara lagi tutup je la Persatuan.. senyap sunyi. Swasta gaji minimum dah RM1500. Kerajaan masih ada starting Rm1200++. CUEPACS buuat apa? Makan gaji sje ke?

Tanpa Nama berkata...

Kamu siapa untuk buat dasar?