Berita Harian
15 Ogos 2022
SELAYANG: Kenaikan gaji minimum dan elaun tambahan bagi penjawat awam menjadi antara fokus yang mungkin boleh dijadikan keutamaan kerajaan buat masa ini.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, khabar gembira itu diharap dalam direalisasikan kerajaan dalam Majlis Perhimpunan Perdana Penjawat Awam pada 30 Ogos ini.
Menurutnya, cadangan gaji minimum penjawat awam dinaikkan kepada RM1,800 sebulan perlu dilaksanakan segera dengan mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat pasca pandemik ini.
Beliau berkata, elaun tambahan berjumlah RM150 juga boleh ditambah dalam Imbuhan Tetap Penjawat Awam atau Elaun Perumahan.
"CUEPACS berharap ada pengumuman gembira akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam majlis perhimpunan hujung bulan ini.
"Tuntutan ini selari dengan kenaikan kos sara hidup dan ia dilihat relevan dengan keadaan ekonomi semasa yang semakin menghimpit penjawat awam," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perhimpunan dan Sambutan Kempen Jalur Gemilang Majlis Perbandaran Selayang (MPS), di sini, hari ini.
Beliau berkata, ketika ini penjawat awam menerima gaji minimum RM1,200 selain beberapa elaun yang menjadikan jumlah RM1,900 sebulan.
Katanya, kenaikan gaji minimum kelak boleh meningkatkan taraf hidup dan kuasa beli dalam kalangan penjawat awam.
"Ini juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2025.
"Perkara ini sudah disuarakan CUEPACS dalam pertemuan bersama Perdana Menteri sebelum ini dan diharap ia dapat direalisasikan," katanya.
24 ulasan:
Kalu boleh pun gaji minimum jah 1800...2 kenaikan tahunan jangan mimpi la nok dapat...baik mail sabri bagi kenaikan pada geng politik dia ada juga faedah..
Kalau 30 Ogos ni tiada khabar yang lebih baik daripada apa yang dituntut oleh Ceupacs dan penjawat awam dalam menambah baik dan menjaga kebajikan penjawat awam, rasanya tidak perlu lagi Ceupacs ni diwujudkan... Nampaknya baik tutup je Ceupacs ni, sebab langsung tak nampak apa tujuan dan fungsi Ceupacs ni diwujudkan... Penjawat Awam dok susah macam tu jugak...
Jangan macam tu tuan. CUEPACS ni lah tempat penjawat awam menyuarakan pendapat serta cadangan. Soal diterima tu adalah diluar kuasanya. Saya sebagai penjawat awam rendah, tetap akan sokong apa jua yang CUEPACS lakukan.
Gcr yg dah lulus oleh kerajaan pun tak dpt2 sampai la ni.. Lagi nak minta naik gaji dan elaun... Usah mimpi le kerajaan nak bagi
Di mana saya boleh dapat no contact/email cuepacs. Saya nak buat aduan
JPA maklum bajet utk GCR da abis,mana peginya bajet GCR
Guru yang dah mohon patut ditunaikan dengan segera. Sudah 5 bulan proses permohonan sekolah ke JPN dan KPM pada 8/6/2022 sebkngga kini pun tiada lagi kelulusan pembayaran.
Gcr yang dah lulus pun x dapat lagi duit, minta cuepacs tanya kat kerajaan janganlah buat naya kt penjawat awam.
Betul tu,sembang je kerajaan ni ,retorik semata- mata
Mohon Yb bawa isu gcr ni dlm parlimen, jgn jadi isu retorik kpd penjawat awam.
Kami sgt perlu GCR utk kehidupan yg amat penting spt baiki rumah, pendidikan anak, perubatan dll....tolonglah.....
Apa naik gaji????? Haha.hak senang org politik juga
Xperlu buat gaji minimum pun.naik tangga gaji ke 3 hingga 5 kenaikan dah ckup.utk gred 19 kebawah je.
Sebaiknya apa yang telah di umum, di kotakan...penjwt awam bukan semua ada dua sayap nak terbang, sebilangan besar hanya 1 sayap shj, itu pun terbang tempang... Award Wang Tunai GCR patut dah dapat...ni tidak, sebarang makluman pun tidak diberitahu... Terukkkk
Sabar. Tunggu & lihat 30hb nnt.
Minta cuepacs tanya jpa apa cerita urusan Award Wang Tunai GCR tu? Bawa isu ni masuk Parlimen.. Tanya kpd mrk yg septtnya boleh jwb dgn serta merta, tidaklah kami ni pa tertunggu ² ibarat, hidung tak mancung, pipi tersorong²...
Salam, mohon cuepacs naikan 30% kenaikan dari gaji pokok memandangkan semua kos meningkat terutama bg yg sudah berkeluarga.
1) Kos sewa rumah angaran RM 500 - RM 700 (paling murah bg luar bandar) nak beli lagi tidak mampu.
2) Kos tangunggan ank yg bersekolah dan masih baby (RM1000 utk 2org anak) termasuk mengasuh,pra sekolah, makan minum susu dan kelengkapan baby.
3) Kos untuk kelangsungan hidup iaitu makanan mahal, makanan mentah mahal semua mahal kena ikat perut.
4) Penempatan tempat kerja dan rumah jauh perlukan kos ulang dan tol ( semua ini beban )
5) Hutang personal loan yg berterusan demi utk keperluan hidup.
Tanda pejawat awam miskin cuba cuepacs buatkan semakan setiap gaji pekerja Bawah Gred 41 kebawah semua ada loan yg baki gaji paras maut. Jika pejawat awam ekonomi stabil takkan ada loan yg tinggi dan tidak akan berlaku overlap loan setiap tahun.
Bila kerajaan naikan gaji 30% maka ekonomi akan naik dengan adanya kuasa membeli, perniagaan mula berkembang sebab adanya kuasa membeli. Pada saat ini pejawat awam kurang membeli sebab itu perniagaan byk gulung tikar. Ekonomi negara akan kembali bertambah bila adanya kuasa membeli yg tinggi. Saat ini penjawat awam hanya beli makanan saja utk hidup tidak membeli kerperluan lain sb gaji sedikit dan barang lain semuanya mahal.
Tolong ambik perduli penjawat awam yg gred bawahan.
cuepacs kena perjuangkan juga tempoh KUP kali kedua dipendekkan kepada sekurang kurangnya 10 tahun. Kumpulan sokongan dah la susah nak naik pangkat berbanding pegawai2 P&P.
KAU INGAT KO TULIS PANJANG PANJANG SINI ADA ORANG NAK KISAH KER?
Betul tu, contoh terdekat saya sendiri, dah lah dulu time base 15 thn
apakahal cuepacs ni dari president sampai tukang cuci tandas melayu ja semua?
apa dalam perkhidmatan awam takda bangsa lain ka?
poorah...
Laa... naik seratuih jer..
Mengecewakan. Kenaikkan rm100 jer sedangkan kenaikkan itulah yang amat kami perlukan bagi menampung kehidupan keluarga seharian. Kenaikkan jumlah jual cuti pula tak begitu membantu kehidupan seharian (kalau silap haribulan, sempat lagi meninggal)
Sedih dengan kerajaan yang tak perihatin dengan nasib penjawat awam. Pembakang pun tak guna. Batalkan KGT yang telah dijanjikan kepada penjawat awam pada tahun 2018. Pengumuman yang menyedihkan. Kalau lepas ni PRU 15 pembangkan pula menang. Tiber sekali lagi Kena batal lagi kena batal KGT yang dijanjikan. Alamat 3 kali penjawat awam kena main..đŸ˜¥
Catat Ulasan