Sinar Harian
31 Ogos 2022
PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat menyifatkan enam inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi kelegaan buat penjawat awam.
Menurut beliau, meskipun tidak semua tuntutan dan cadangan Cuepacs dipenuhi namun kerajaan tetap menunaikannya.
"Ini memberi kelegaan kepada penjawat awam pada ketika kerajaan sendiri tidak cukup lega dari segi kewangan," katanya.
Beliau berkata, pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu turut memberi kesan terhadap penjawat awam.
"Kami memaklumkan kepada kerajaan bahawa kami juga berada dalam kesukaran ditambah pula dengan kenaikan harga barangan dan sebagainya," katan"Sistem saraan ini diperkenalkan setiap 10 tahun dan Cuepacs mahukan ia diwujudkan tahun ini," katanya.ya ketika ditemui pemberita selepas majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII), di sini pada Selasa.
Mengulas mengenai sistem saraan, Adnan optimis ia dapat dilaksanakan pada tahun ini.
"Tiada tempoh masa ditetapkan namun bergantung kepada kedudukan kewangan negara.
8 ulasan:
Xrok cetong duk pung pang ctu cni hok tu jh boleh..tgk swasta kita naik basic rm1200 dia pun naik..pah hok dia naik 1500 kita..tgk saja..pah barang naik supa tula jh..cuepacs kna tekan kerajaan ..
kelegaan?
daripada apa yg korang tuntut....dapat 1% jer....kelegaan?
Kelegaan kepala bana kau... Sembang pompang nak PIKET konon! Haram sungguh dpt RM100 lega... Phuiiiii
Bayaran untuk tebus GCR dah diluluskan sejak Januari sampai Bulan September pun tak nampak bayang untuk bayaran.
SEGERAKAN PIKET... Kami tak perlukan Persatuan LEMAH mcm ni!
lega la dok kencing
Secara teramat jujurnya, saya sebagai penjawat awam rendah amat kecewa. Tak setitis pun rasa kelegaan.
Kena lantik pegawai yg tinggi sikit pegang jawatan ni...baru idea tu cantik....ni gak...kakitangan sokongan jah..idea pn..setakat tu jer
Catat Ulasan