SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 April 2008

CUEPACS HARAP PENGUMUMAN POSITIF DARIPADA KERAJAAN 10 MEI INI


28 April, 2008 21:45 PM

PUTRAJAYA, 28 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap satu pengumuman positif akan dibuat pada Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya 10 Mei ini, khususnya berhubung segala tuntutannya sebelum ini.Presidennya Omar Osman berkata perhimpunan itu pada mulanya dijadualkan pada 29 Mei, tetapi semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru ini, Perdana Menteri mencadangkan supaya tarikhnya diawalkan."Kami jangka kerajaan akan membuat pengumuman berhubung tuntutan kami itu semasa perhimpunan ini selaras dengan motto 'Sektor Awam Cemerlang, Negara Gemilang'," katanya kepada Bernama di sini hari ini.Cuepacs sebelum ini menuntut kenaikan elaun perumahan, panambahbaikan dalam Peperiksaan Tahap Kecekapan, pengembalian elaun kritikal kepada kumpulan sokongan II dan lanjutan umur persaraan wajib.-- BERNAMA

3 ulasan:

Rahmat berkata...

Pihak Cuepacs perlu juga kemukakan tentang Ex-Gratia. Apakah syarat sebenar yang boleh dibuat tuntutan. Mengapa Bekas Hakim boleh diberi Ex-Gratia manakala kakitangan yg mendapat kemalangan jalanraya (patah kaki & kurang sikit inci) tidak diberi kemudahan tersebut. Alasan tidak hilang upaya kekal .... heeee

Tanpa Nama berkata...

Rujuk komen saudara mamat cuepacs telah bersetuju lebih awal menerima skim Ex-gratia melalui pengeluaran pekeliling perbendaraan bil.7/2001 pindaan seperti berikut;

SKIM EX-GRATIA BENCANA KERJA

1. Skim Ex-Gratia Bencana Kerja adalah satu skim bayaran pampasan yang disediakan oleh Kerajaan kepada anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang ditimpa bencana semasa berada di dalam tugas rasmi. Pemakaian skim ini berkuatkuasa mulai 20 Oktober 1994 melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 13 Tahun 1994 dan pindaan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2001 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2001. Di bawah skim ini anggota-anggota Perkhidmatan Awam yang ditimpa kemalangan atau mendapat kecederaan ketika menjalankan tugas boleh di pertimbangkan bayaran pampasan.
2. Anggota Perkhidmatan Awam yang diliputi di bawah skim ini ialah anggota bertaraf tetap, kontrak dan sementara dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Kehakiman. Skim ini juga telah di panjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing.
3. Bayaran pampasan boleh dipertimbangkan kepada anggota Perkhidmatan Awam yang ditimpa bencana kerja sehingga menyebabkan kematian atau kecederaan yang ditaksirkan sebagai hilang upaya kekal. Bagi kes yang melibatkan kematian anggota berkenaan, waris perlu membuat tuntutan, manakala bagi anggota yang mendapat kecederaan hingga ke tahap hilang upaya kekal adalah menjadi tanggungjawab pegawai itu sendiri untuk mengemukakan tuntutan melalui Ketua Jabatan beliau.
4. Ketua-Ketua Jabatan berperanan memaklumkan kepada anggota-anggota serta waris berhubung kemudahan di bawah skim ini dan seterusnya menyediakan laporan Ketua Jabatan berhubung bencana yang berlaku. Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Urusetia Skim Ex-Gratia Bencana Kerja adalah seperti berikut:-

i) Borang tuntutan (Borang BTX);

ii) Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini;

iii) Laporan Polis dan Laporan Penyiasatan Polis;

iv) Laporan Perubatan/ Sijil Kematian; dan

v) Dokumen bukti orang tanggungan, Sijil Nikah/ Kad Pengenalan Balu/Duda dan Surat Beranak anak-anak.

5. Semua permohonan hendaklah di kemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing. Ketua Jabatan dikehendaki memanjangkan permohonan berkenaan kepada alamat berikut untuk pertimbangan selanjutnya.

Chinta Chundary berkata...

tahniah pada penjawat awm semua