SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 Februari 2009

UTARA: MTUC SOKONG PEKERJA KONTRAK PPAPP DIBAYAR PAMPASAN

Berita Harian
8/2/2008



GEORGETOWN: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Pulau Pinang menyokong saranan Cuepacs supaya kerajaan negeri membayar pampasan kepada 13 pekerja kontrak Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) yang diberhentikan. Pengerusinya, Abdul Razak Abdul Karim, berkata pampasan perlu diberi dalam bentuk gaji berdasarkan baki tempoh perkhidmatan pekerja mengikut perjanjian kontrak. Katanya, jika pampasan tidak diberi, pekerja PPAPP berkenaan harus diserap ke mana-mana jabatan kerajaan negeri walaupun tangga gaji mungkin lebih kecil.
"Kerajaan negeri sewajarnya mengekalkan pekerja terbabit sehingga tempoh perkhidmatan kontrak mereka berakhir, sekali gus mengelak masalah ini. "Tiada alasan untuk tidak membayar pampasan kerana pekerja terbabit dibuang kerja, bukannya kontrak habis," katanya ketika dihubungi. Kelmarin, Cuepacs menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyelesaikan isu pemberhentian perkhidmatan 13 pekerja PPAPP.
Presidennya, Omar Osman, yang menyifatkan isu itu gagal ditangani pihak perbadanan itu menggesa Guan Eng menggunakan kuasa mutlaknya untuk mengambil semula 13 pekerja terbabit atas dasar kemanusiaan. Cuepacs sebelum ini memberi kata dua kepada PPAPP supaya mengambil semula 13 pekerja kontrak yang ditamatkan perkhidmatan atau membayar pampasan mengikut tempoh mereka bekerja. Kongres itu juga memberi tempoh 14 hari mulai kelmarin kepada kerajaan negeri untuk menyerapkan semua 13 pekerja terbabit ke jawatan tetap atau menyambung kembali kontrak ditamatkan. Abdul Razak berkata, penamatan kontrak kakitangan berkenaan tiada kaitan dengan masalah disiplin, sebaliknya sebagai usaha penjimatan wang kerajaan negeri.
Katanya, kerajaan negeri tidak wajar menggunakan krisis ekonomi dunia sebagai alasan kerana banyak aspek lain yang boleh dibaiki bagi mengurangkan kos organisasi.

Tiada ulasan: