Berita Harian
Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my
2/3/2009
KUALA LUMPUR: Kira-kira 50,000 kakitangan awam peringkat rendah tidak mahu bekerja lebih masa dan akan membuat kerja sambilan jika Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak memberi kenaikan pangkat sebelum 1 Mei ini. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata kakitangan terbabit kecewa kerana tidak dinaikkan pangkat walaupun kebanyakan mereka sudah berkhidmat lebih 25 tahun. “Mereka tidak mahu membuat kerja lebih masa, hanya mahu kerja dari jam 8 pagi dan balik 5 petang. Tamat waktu bekerja, mereka akan pulang. Ini bukan ugutan tetapi sedih kerana tiada sebarang perhatian.
“Cuepacs meminta JPA memberi perhatian kepada golongan ini. Jangan lupakan mereka. Sumbangan kakitangan awam peringkat rendah juga penting untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam di negara ini. “Hampir keseluruhan mereka dalam kategori ini bekerja melebihi 25 tahun tetapi tidak mendapat sebarang kenaikan pangkat. Kita melihat ini sungguh tidak wajar,” katanya kepada Berita Harian, semalam. Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan bersama kakitangan rendah awam peringkat Negeri Perak dan membincangkan pelbagai perkara, termasuk isu kenaikan pangkat dan gaji.
Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk S Subramaniam, berkata lebih 13 juta pekerja sektor awam dan swasta dijangka dapat melakukan kerja sambilan apabila peraturan baru mengenai dasar berkenaan disiapkan dalam tempoh dua bulan lagi. Rabu lalu, kira-kira 28,000 juruteknik di negara ini yang bernaung di bawah Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU) merayu JPA supaya menaikkan gred mereka memandangkan kesatuan itu sudah lebih 20 tahun memperjuangkan isu berkenaan. Sementara itu, Omar berkata, Cuepacs juga akan mengadakan pertemuan dengan JPA pada 19 Mac ini bagi membincangkan beberapa isu membabitkan masa depan anggota sektor awam. “Antaranya, kita akan membincangkan isu skim cepat kaya, Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan penyelarasan elaun kos sara hidup (Cola). Kita juga akan membangkitkan isu kenaikan pangkat membabitkan kakitangan awam peringkat rendah.
“Cuepacs tidak mahu golongan ini dipinggirkan dan memastikan mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya kerana kumpulan ini juga turut menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

2 ulasan:
skim juruteknik sepatutnya dah lama dinaikkan sama seperti jururawat dan guru yang mana dulunya adalah sama taraf
Minta cuepacs mohon JPA adakan skim gabungan yang mana kakitangan rendah bila dah mencapai kanan dan berkhidmat lama boleh dinaikkan pangkat secara automatik ke kumpulan Pengurusan dan Profesional. Bukannya setakat kanan sahaja. Ini memandangkan pengalaman mereka adalah lebih bernilai. Ada sesetengah skim tiada kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) seperti skim F (Penolong Pegawai Sistem Maklumat), JT (Juruteknik), FT (Juruteknik Komputer), W (Kewangan). Wujudkan Skim gabungan N juga kerana N (Pembantu Tadbir(P/O), N (Penolong Pegawai Tadbir) akan pergi setakat N36 sahaja. Untuk ke P & P perlukan ada degree.
Catat Ulasan