SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 Mac 2009

PEGAWAI KONTRAK BOLEH DILANTIK SEBAGAI KETUA JABATAN

Bernama
27/3/2009



PUTRAJAYA, 26 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan membenarkan pegawai kontrak dilantik sebagai ketua jabatan jika calon berkenaan mempunyai kepakaran dan pengalaman, kata Ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Ismail Adam hari ini.Beliau berkata ini selaras dengan dasar kerajaan kini untuk membawa masuk bakat baru bagi memperbaiki dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai."Yang penting untuk memastikan perkhidmatan awam yang cekap, berkesan dan produktif," katanya memberitahu Bernama.Beliau mengulas pelantikan Ketua pengarah Penyiaran yang baru Datuk Ibrahim Yahya, yang sebelum ini adalah editor kanan Berita Publishing Sdn.Bhd.Ismail berkata pelantikan itu apa yang dipanggil "orang luar" tidak bermakna bahawa kerajaan tidak menghargai perkhidmatan kakitangan sekarang.Kemasukan pegawai seperti itu untuk menyediakan perspektif baru dan memperkenalkan etika kerja baru ke dalam perkhidmatan.Sementara itu, Cuepacs berkata dasar itu akan melemahkan semangat kakitangan yang ada terutamanya pegawai kanan.Setiausaha agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata ia tidak membantah untuk membawa masuk pegawai kontrak bagi menjalankan projek tertentu tetapi bukan tujuan mengetuai jabatan.-- BERNAMA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Isu yang sama berlaku semasa perlantikan Dato Ibrahim Jaafar sebagai Ketua Pengarah Kastam (KPK) mulai 3.10.2008 lalu. Beliau TELAH PENCEN DARI PERKHIDMATAN AWAM PADA MEI 2008 dan jawatannya semasa itu adalah sebagai Timb. KPK sahaja. Apakah kreteria atau ciri-ciri yg digunapakai oleh JPA utk melantik beliau sebagai KPK??. Apakah sudah tidak ada lagi peg kanan KDRM yg layak memegang jawatan itu?. Yg paasti, Dato Ibrahim adalah bekas classmate kpd Tan Sri Ismail Adam (JPA) di Sek. Alam Shah KL dahulu. Jika budaya ini terbawa-bawa dlm perkhidmatan awam maka tidak menghairankan jika kakitangan awam lebih seronok menyokong pembangkang yg SANGGUP MENDENGAR SUARA RAKYAT...