Oleh Azman Mahmood dan Khairul Azran Hussin
bminggu@harian.com.my
7/9/2009
KSN bincang dengan Cuepacs untuk tindakan lanjut
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sedang berbincang dengan Cuepacs mengenai tuntutan bayaran bonus untuk kakitangan awam pada tahun ini. Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan sedang dalam perundingan mengenai perkara itu. "Tunggulah...KSN tengah berbincang dengan Cuepacs," katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di di Batu 2 1/2 Jalan Cheras kira-kira setengah jam, di sini, semalam.
Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman percaya kerajaan akan memberi keputusan positif mengenai bonus atau wang sagu hati kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam untuk tahun ini. Beliau berkata, Cuepacs berharap bonus kali ini dibayar sebelum Aidilfitri. Katanya, pihaknya sudah menghantar surat mengenai tuntutan bonus itu baru-baru ini kepada Najib untuk mendapatkan pertimbangan sewajarnya.
"Kita belum mendapat reaksi balas mengenai perkara itu tetapi Cuepacs berharap kerajaan tidak mengecewakan harapan 1.2 juta kakitangan awam terutama bagi mereka yang berada dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua yang amat mengharapkan sedikit sumbangan untuk persediaan menyambut Aidilfitri. "Cuepacs tidak memaksa...terserah kepada kerajaan berapa jumlah sanggup dibayar (bonus atau sagu hari). Yang penting kita (kakitangan awam) dapat menikmatinya dan kalau dibayar sebelum raya lagi bagus," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Tahun lalu, setiap kakitangan kerajaan menerima bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000. Omar berkata, Majlis Tertinggi Cuepacs akan bermesyuarat Selasa ini bagi membincangkan lebih lanjut mengenai permintaan bonus atau sagu hati tahun ini.
47 ulasan:
Kalau Pak Jib ada beri bonus baguslah....ekonomi pun dah bagus kalau ikut apa yang tv war-warkan....
kakitangan awam bharaaaaappp sgt aderlaa bonus sblm raya nih
Harap-harap Perdana Menteri kita terbuka hatinya untuk memberi bonus pada kakitangan awam sebelum raya ni. sekurang-kurangnya ada juga angpau raya tahun ni... hehehehe.
harap-harap perdana menteri kita
terbuka hati dalam bulan puasa
ini untuk memberi bonus kepada
kakitangan awam dapat juga membayar
zakat fitrah nanti.
zakat fitrah pun nak tunggu bonus..
memalukan kakitangan awam saja sedara ni...
saya rasa elok bg bonus pd bulan 10 dan bulan 12..
sb gaji dah abis dapat bonus..bulan 12 utk persekolahan anak anak...
kalau sebelum raya..pembaziran akan berlaku..percayalah..kita akan perabiskan bonus untuk benda yang x seberapa..
jika tiada bonus, apakah perasaan 1.2juta kakitangan awam? memandangkan kakitangan awam indonesia pun dapat bonus 1 bulan.
Setidak-tidaknya berilah separuh untuk Hari Raya dan separuh lagi dihujung tahun.
Sepertimana tahun lepas.
Penjawat awam sangat memerlukan bonus ini untuk keperluan keluarga.
tinggal hanya 2 hari lagi dapat gaji,
Tapi bonus tak ke khabar berita pun.
Kalau tak mahu bagi, beritahu kami.
Jangan senyap seribu bahasa sahaja.
Harap-harap bonus dapat le skit sebelum raya nie.baru terlaksana skit 1Malaysia.rakyat di utamakan.
Harap - haraplah.... PM & KSN dapat mempertimbangkan beri bonus kepada kakitangan awam ini juga dapat merangsang ekonomi negara.
jgn merayu lah kawan semua..
masa pilihan raya keccil nanti..tunjukkan protes tanda bantahan tidak dapat bonus...
pemimpin diutamakan..rakyat diketepikan..
Sehingga pukul 2.00 pm 8.9.2009 , Bonus Raya tidak masuk ke dalam gaji 10.9.2009.
Dapat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Harap maklum semua penjawat awam.
Janganlah mengharap.
Segala yang diimpikan tidak menjadi kenyataan.
Sedihnya...................
Bagus juga.sekurang-kurangnya mendidik kita daripada berboros pada setiap hari perayaan heheheh.jangan marah.saya pun orag kerajaan juga
Setahun sekali, masa nilah kita nak bergembira dengan seisi keluarga dan sanak saudara di kampung.
Bukannya nak membazir sebarangan.
Guna untuk keperluan sahaja seperti duit minyak balik kampung, duit raya untuk sanak saudara, duit tol yang tinggi dan pakaian anak-anak.
Bukannya nak membazir.
Sendiri fikirlah.........
Pegawai-pegawai dan pengarah-pengarah ape pedulinya.
Depa elaun pun melimpah ruah.
Kami nilah Penjawat Awam bawahan.
Sendiri mahu ingatlah.
alah emak aku keje tukang sapu je.dapat gak hantar kami adik beradik sampai universiti.meriah gak raya
jika tak beru , takpelah,......biar kitan undi anuar ibrahim sebagai tunjuk perasaan
alalala apa kaitan bonus sama mengundi ni.undi anwar buleh dapat bonus ya???yang penting saya orang tidak berpolitik.
Buat rakyat terkilan.sila berjimat duit mulai bulan depan.seratus sebulan dan memadai.tamatkan perkhidmatan astro dan postpaid.guna prepaid.insyaalah cukup untuk keperluan seperti duit minyak balik kampung, duit raya untuk sanak saudara, duit tol yang tinggi dan pakaian anak-anak.
jangan meminta...memalukan saja...
kalau bagi..ambil...kalau tidak..
x apa lah..kita kan ada pilihanraya kat n sembilan..
jangan meminta...memalukan saja...
kalau bagi..ambil...kalau tidak..
x apa lah..kita kan ada pilihanraya kat n sembilan..
ha,,,,,,undilah pkr
kecewa bila tak da kabar bonus raya ni...sadisnya...
memang FRUST giler kalau xde bonus... dh la pendapatan x seberapa...
berapa lama lagi mahu dikaji
mahu dekat hari raya sudah.
aduhai kesiannyer la nak sangat bonus...kerja cemana yek? layak ke nak dapat bonus nyer?
orang kerja gred tinggi2 gaji 5-6 ribu tak pe la tanak pikir bab bonus...tak bagi takpe....buat overlap kat bank je
penjawat awam memang LAYAK dapat bonus...
Teman sokong sesangat tu Yeop......
org yg pertikai penjawat awam dpt bonus tu kenape le agaknye ye? ate igt kami ni x keroje ke??
adakah saya layak atau tidak untuk mndapat bonus krn saya merupakan penjawat awam kontrak selama 2thn. ada sesiapa yg blh jwb? kalau dpt alhamdulillah..
dun wori... layak2... sy pun kontrak... spt gak thn lepas
Hairan kan Hari Raya Aidilfitri jak ribut pasal bonus........CNY dan Deephavalli xda bunyi langsung pasal bonus.Pelik
Alah...........berapa peratus sangat anda semua bekerja di Sektor Awam.
Sendiri mahu ingatlah kawan.........
Oi kerja kerja.kerajaan bayar gaji bukan suruh kita meninggalkan ulasan dalam blog ni.bonus mau kerja mau betullah.baru berkat rezkimu
Pirahhhhhhh abekhaled, cakap aje pandai, dia pun 2 x 5, 5 x 2.
KPI, KPI, KPI jugak, kebajikan penjawat awam kene amik perhatian jugak, kita tunggu, cuepacs kan tengah bincang ngan KSN, dieorang pun dah yakin dapat. takkan tak dapat, kalau tak dapt memang pelik pun, dulu krisis ekonomi 1997 tun mahathir bagi jugak bonus, ada jugak....
bos apa ni.aku kerja malam la.kau sakit atikah
Saya ada soalan, ada kah kami ni yg bergaji hari dapat bonus juga? kalau dpt. terima kasih banyak-banyak.
Sorilah geng.ndak dapat
jika tiada bonus, itu takdir.ikutje lah...............kesiannya hari raya tahun ini............
harap tahun ni dapat bonus hari raya - 2010
kalau nak bagi2 jelah apa yang susahnya???bila utk rakyat semenya kena kaji yek!penyudahnya hampeh..takkan nak kena tunjuk time mengundi kot???
1 Malaysia, Rakyat diutamakan, pencapaian diutamakan.
ops...silap,
1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
berpakat kita undi PAS.....semoga fatwa "BONUS" dikeluarkan dan di agihkan kepada yang sepatutnya....ALLAH!!!
Rayu dan terus rayu..............selagi x dpt, jgn datang kerje...bukan mcm pekerja swasta,x dtng kerja, leh kena buang kerja...
Catat Ulasan