SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

31 Disember 2009

CUEPACS GALAK PETUGAS RENDAH KERJA SAMPINGAN

Berita Harian
Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my
31/12/2009




KUALA LUMPUR: Cuepacs meminta kakitangan awam yang dikategorikan berpendapatan rendah melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan terutama bagi menampung perbelanjaan kelengkapan persekolahan anak mereka.
Presidennya, Omar Osman bagaimanapun, berkata kesatuan itu yakin kerajaan akan memberi peruntukan tambahan sebanyak RM500 kepada anggota sektor awam bagi menggantikan bonus sebelum hujung bulan depan.

Beliau mendakwa, pihaknya menerima banyak aduan daripada hampir 860,000 ahli seluruh negara berhubung segelintir peniaga mengambil kesempatan mengenakan harga yang tinggi untuk pakaian seragam sekolah dan peralatan persekolahan.
“Setiap kali Cuepacs mengadakan pertemuan bersama ahli diseluruh negara, soalan pertama yang mereka tanya kita ialah bilakah peruntukan tambahan RM500 itu akan diberikan kerajaan.
“Tujuan Cuepacs meminta kakitangan awam itu untuk bekerja sampingan kerana segelintirnya adalah golongan berpendapatan rendah. Kami faham menjelang pembukaan sekolah ini mereka perlu berbelanja lebih membeli barangan persekolahan untuk anak-anak mereka.
“Cuepacs menyarankan antara kerja sampingan yang boleh dilakukan ialah memandu teksi dan berniaga secara kecil-kecilan di pasar pagi atau pasar malam.

“Kami bukannya mendesak kerajaan tetapi amat berharap demi kakitangan awam berpendapatan rendah kerajaan akan meluluskan peruntukan tambahan RM500 untuk meringan beban kewangan mereka,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sementara itu, Omar berkata, pihaknya juga amat berharap kakitangan awam berstatus kontrak di bawah kerajaan negeri tidak akan ditamatkan perkhidmatan mereka akhir tahun ini.

“Boleh dikatakan setiap hari Cuepacs menerima panggilan daripada pekerja kontrak ini memohon kami merayu kepada Datuk Seri Najib Razak supaya membantu mereka. Ada yang sudah berkhidmat hampir 20 tahun dan berpendapatan purata sekitar RM1,500 sebulan,” katanya.

19 ulasan:

1Borneo berkata...

hahahahahahaha ujung tahun depan dapat rm500....ujung2 lalu x ada hahahahahahahahahaha, dapat masuk RAJA LAWAK musim ke 4 hahahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

setiap tahun duk mgharap..tp setiap tahun kecewa...trima je lah layanan yg telah diberikan kpd kita yg keje di bhgn bawahan ni...

cikgu hussain berkata...

bawah ka atas ka semua x dapat.. nak bezakan yg atas n bawah nape?

dh gaji ikut kelulusan, kalo nak gaji atas bawah sama bukak syarikat sendiri, lepas tu gajikan indon samarata gaji dengan awak selaku manager..

lue ngerti?

Tanpa Nama berkata...

aloo cikgu..nama je cikgu..tp ilmu kefahaman cetek..bukan nak gaji sama dgn org atas la..cuma hak utk org bawahan...gred ada tp x penah nak isi..jgn bangang sgt la cikgu hussien...cuba tgk dlm paper cikgu lah yg byk complain pasal gred..kalau x tau keadaan dlm bidang lain jgn cepat nak komen..

Tanpa Nama berkata...

nak buat kerja sampingan konon,kerja dipejabat pun tak habis nak buat,dah lah pagi2 buta lagi ke pejabat dan balik nak magrib/isyak,bukan robot nak buat kerja lagi..ini manusia,bukan ape kalu bekerja sampai ke tengah malam/awal pagi baru habis..lepas tu nak kerja mcam mana?Terpaksa lah cari ruang2 kosong supaya dapat merehatkan badan yg telah bekerja sahari suntuk..maka x cekaplah seseorang itu bekerja.ponteng le tu namanya.

Lebai berkata...

idea x bernas langsung...

Tanpa Nama berkata...

Undilah pakatan...

Tanpa Nama berkata...

laa..kau orang layan cikgu gila tu kenapa?...cikgu tu dah menopos tu, siap impotens lagik....ngerti lue?

nujumpakblalang berkata...

kalau nak duit lebih, buat kerja sampingan dengan PERMATA insyaAllah dapat punya sebab sekarang ni PERMATA la yg dapat duit paling banyak daripada KERAjaan..berjuta-juta gua cakap lu.tu baru pemberian pertama akan ada lagi pemberian2 seterusnya untuk PERMATA.pada omar nasihat saya jangan dok pi mintak sedekah lagi kat KERAjaan.

BUDIMAN JUGA berkata...

Memang golongan berpendapatan rendah ini sangan susa nak bajet gaji untuk pebelanjaan harian terutama sekali masa anak2 mula sekolah. Banyak yg kena beli keperluan sekolah anak2.. jadi memang tak cukuplah. klu kita nak cari kerja sampingan lagi susa kerana org atasan marah sebab kerja pejabat tertinggal @ terpaksa ponteng kerja. Kalu kerajaan sudilah kiranya.., tolonglah bantulah kami yg berpendapatan rendah ini... kami merayu agar pm dapat mengasihani kami sepertimana kami mengasihani BN pada pilihan raya yg lalu... Bukan minta dibalas cuma minta difahami saja keadaan kami yg berpendapatan rendah ini.

Tanpa Nama berkata...

aku kena jual moto nak bagi anak aku pi sekolah mcm org lain! pi jahanam laa org yang xpaham!

Tanpa Nama berkata...

tahun ni keje sikit2 dh la..sbb x ada sapa nak hargai..yg naik pngkat org atasan..x dpt tetap dpt memangku.bonus susah nak harap..

PUTRALAN berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tok Janggut berkata...

Manalah janji manis mu dulu wahai Kerajaan.

Kami Penjawat Awam yang berpendapatan rendah merasa tertekan kerana kerajaan tidak memberi kami bonus walaupun sebulan.

Nak kata ekonomi jatuh, malah kerajaan Indonesia dan Filipina boleh memberi sebulan Bonus kepada Penjawat Awam mereka.

Kepada Penjawat Awam yang mempunyai anak yang ramai bersekolah pada tahun ini merasa lebih tertekan.

Ada yang terpaksa meminjam kepada ceti-ceti dan along-along untuk sekolahkan anak-anak mereka.

Perihatinlah sikit wahai Kerajaan.

Penjawat Awam Setia berkata...

Yang hairan nya, Kerajaan Indonesia dan Filipina pun mampu bayar Bonus sebulan kepada Penjawat Awam mereka.

Malaysia yang kaya raya ni pun tak mampu bagi bonus.

Hairan............hairan.........

Tanpa Nama berkata...

kalau camtu pegi la filippina atau indon kerja...blah la dari malaysia nie..

tak reti2 nak bersyukur...

Konstabel Muniandy berkata...

teruk la sama ini orang. kami polis dah lama pun tak pernah bising mau naik gaji ka bonus ka. masa pilihanraya tetap pangkah BN juga, setia sama kerajaan Malaysia.

kami menuntut gaji kami dinakkan ke grad 41 dan elaun khas rm1000. kakitangan lain sudah banyak elaun dan tuntutan palsu. bagi pada kami yang sentiasa menjaga keselamatan. bukti ialah dimana-mana rakyat tidak takut untuk shopping sangat selamat, komunis pun sudah mati

Tanpa Nama berkata...

pi rah cuepacs, nama dlm. bahasa org. putih, tindakan tak macam org. putih. cubalah pakat buat piket sikit. cakap macam org. bodoh, nak suruh buat kerja-kerja tambahan. kalau kat england dah lama depa mogok dgn. gaji yg. ciput macam ni.

fark_up berkata...

agak kalau ko tu pandai sangat. amik passort bawak mak bapak ko keluar p australia sana. kat sana sekolah pun bagus, kerja pun bagus. jangan nak jadi anjing kurap menyalak tepi jalan. semua org tak betul tapi tgk muka ko tu sendiri sebelum nak type.