Bernama
16/12/2009
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan memastikan ketua-ketua jabatan bersikap adil serta menjaga hubungan baik dengan kakitangan bawahan.Presidennya, Omar Osman mendakwa kongres itu banyak menerima laporan daripada kakitangan bawahan mengenai ketua jabatan yang "menghina dan menggugut" mereka.Contohnya, seorang kakitangan Jabatan Imigresen mendakwa ketuanya memanggil beliau gemuk dan mendakwa beliau tidak layak menjawat jawatan itu dan diarah berhenti awal, katanya kepada pemberita selepas menutup Bengkel Pemantapan dan Integriti Kesatuan Dalam Perkhidmatan Awam di sini pada hari Rabu.Beliau berkata apabila kesatuan pekerja Imigresen membangkitkan isu itu dengan pihak pentadbiran, kakitangan tersebut telah dipindahkan ke tempat lain, yang sepatutnya tidak berlaku."Kita nasihatkan supaya jangan ada yang membuat penghinaan kepada pekerja, jangan memberi ucapan kepada para pekerja dengan ayat-ayat yang kurang disenangi, pekerja juga merupakan manusia, kita sama-sama bekerja untuk memajukan organisasi."Walaupun mereka merupakan ketua jabatan tetapi tidak bermakna mereka memiliki organisasi tersebut," katanya.Omar juga menasihatkan kakitangan awam yang diugut, dihina dan diminta untuk berhenti oleh sesiapa sahaja di jabatan mereka supaya melaporkan perkara tersebut kepada Cuepacs."Laporkan kepada kita jika perkara ini berlaku supaya kita boleh membawanya kepada peringkat atasan, tidak ada siapa yang boleh memberhentikan pekerja sektor awam ini (tanpa mengikut peraturan)," katanya.Sementara itu, beliau berkata Cuepacs masih berharap agar kerajaan dapat memberikan imbuhan tambahan sebanyak RM500 kepada 1.2 juta penjawat awam di negara ini."Kami masih berharap agar imuhan itu dapat diberikan dalam masa terdekat ini untuk meringankan beban terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah, tambahan pula kini cuti sekolah sudah hampir tamat," katanya.-- BERNAMA

4 ulasan:
Assalamualaikum...sebagai penjawat awam tidak kira anda di atas atau di bawah kita telah diamanahkan untuk bertanggungjawab kepada agama,bangsa dan negara...perkara ini sudah jelas, saya pun hairan kenapa sikap manusia yang kelas ketiga masih ada, sedangkan usaha kerajaan untuk menjadikan minda kelas pertama akan menjadi sia-sia sekiranya tidak ada kerjasama dan ukhwah ini, sempena menyambut Maal Hijrah 1431 sama-samalah kita merenung dan menjadikan iktibar kepada diri kita, di Malaysia ini kita beruntung masih dapat lagi bekerja dengan aman dan masih lagi dibayar gaji. Orang di atas atau lebih dikenali sebagai BOS ini perlulah menjadikan organisasi yang di uruskan itu lebih mendapat manfaat dan berdaya saing. Penghinaan atau sikap pilih bulu tidak seharusnya berlaku dalam sesebuah organisasi yang cemerlang. Seharusnya muzakarah adalah penting dan semangat bekerja berpasukan bagi memantapkan organisasi perlu kerana dapat mengangkat martabat secara tidak langsung mereka iaitu "BOS". Ingatlah doa bagi orang teraniaya ini dimakburkan oleh tuhan.
Amin
Salam Ukhwah Maal Hijrah 1931
Selagi nama manusia...selagi itu ada ketidakadilan
ya jangan hina orang, bersukurlah
kita dijadikan manusia yang sempurna lagipun gembuk apasalahnya boleh juga buat kerjakan nanti pula kalau terlamapulah kurus barang fail pun tidak dapat diangkat. lagipun
kalau gemuk itu jadi wakil rayat
. kan bagus kalau dipangil sayang apasalah nya bukan juga mati. kami
pun dipejabat selalu juga main-main pangil sayang, daling senang hati buat kerja kalau dipangil sayang biar pun tidak cinta.
ya aku pun setuju gak...cam Pendaftar kat IPTA aku nih..pun rasa dia sorang jer yang besar macam-macam maki hamunnya kat kami kuli-kuli batak nih...aku nak tunggu dia pencen nantu aku lak nak maki hamun kaw..kaw punya...
Catat Ulasan