e-mel anda:
Metro
28/12/2009
SAYA terlebih dulu mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) atas keprihatinannya membela kakitangan awam dan pada masa sama tetap setia berada di belakang kerajaan. Saya menulis surat ini semata-mata hendak semua pihak membuka mata mengenai satu kelompok kakitangan awam yang kerap disisihkan dan dilupakan iaitu guru Kemas. Pada setiap pilihan raya sama ada umum atau kecil, kelibat guru Kemas dalam melakukan kempen serta jentera penggerak Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak dapat dinafikan lagi, malah mereka menjadi antara penyumbang terbesar dalam meraih undi dan memujuk sokongan pengundi. Mereka bersengkang mata dan memerah keringat dalam memenangkan calon Umno atau BN dengan ganjaran tidak seberapa. Tugas mereka selain daripada pengajaran dan pembelajaran di tadika, adalah sebagai mata dan telinga kerajaan yang paling hadapan dan penghubung dengan rakyat. Besar dan berat sungguh tanggungjawab mereka. Sukar dibayangkan untuk bergerak ketika pilihan raya tanpa pengorbanan golongan ini.
Tetapi, di sebalik kerelaan dan kesanggupan guru Kemas berkenaan, rupa-rupanya sudah puluhan tahun mereka masih lagi sebagai kakitangan kontrak yang diperbaharui setiap beberapa tahun. Hak mereka untuk menjadi penjawat awam sentiasa dihampakan dengan pelbagai alasan.
Selepas puluhan tahun mencurahkan bakti mendidik kanak-kanak prasekolah dan gigih berjuang untuk parti dan negara, hak mereka untuk mendapat pencen ketika mencapai usia persaraan masih dinafikan. Pelbagai kemudahan untuk kakitangan tetap juga tidak dinikmati. Malah, gaji mereka juga tidak setaraf dengan rakan sejawatan lain di sekolah dengan hanya mendapat gred S11, gred untuk lulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau dulu Sijil Rendah Pelajaran (SRP).Apabila dihantar ke institusi perguruan untuk menyambung pelajaran peringkat diploma, mereka masih dikekalkan sebagai kakitangan kontrak dengan gred baru S27. Rungutan yang dicurahkan mereka selama ini bagaikan menyiram air di daun keladi. Lebih memeritkan, kakitangan di pejabat termasuk pegawai semuanya mendapat jawatan tetap dan berpencen, padahal guru Kemas bertungkus-lumus bekerja di barisan hadapan pada bila-bila masa tidak disambung perkhidmatannya. Memang menghairankan apabila nasib dan hak mereka untuk menjadi kakitangan tetap seolah-olah dipandang sepi. Lebih mengecewakan tiada langsung kedengaran pembelaan daripada pihak yang begitu mendambakan mereka pada pilihan raya. Jangan sehingga hal ini dipolitikkan pembangkang barulah pihak tertentu terhegeh-hegeh menjanjikan itu dan ini kepada guru Kemas seperti yang pernah berlaku pada tahun lalu. Habis isu, semua senyap kembali dan dilupakan semula. Apakah nilai kesetiaan dan keikhlasan mereka dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan? Seolah-olah bak kata pepatah ‘habis madu sepah dibuang’. Jaminan untuk tidak diberhentikan hanyalah ‘menanam tebu di bibir’ kerana dengan status kakitangan kontrak, apa saja kemungkinan boleh berlaku. Akhir kata, saya meminta Cuepacs menggesa kementerian bertanggungjawab dan Jabatan Perkhidmatan Awam dapat berusaha segera menyerapkan mereka ke skim jawatan tetap tanpa banyak berdalih dan alasan lagi. Saya berharap pihak terbabit memberi penghargaan kepada mereka supaya lebih gigih dan tekun bekerja untuk agama, bangsa dan negara, bersesuaian dengan slogan ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’. PRO KEMAS,Guar Chempedak, Kedah.

6 ulasan:
Sepatutnya perkara ini sudah lama diperbetulkan.
Kesian melihat Guru-guru Tadika Kemas ini mendidik anak-anak kita di Tadika.
Pengorbanan mereka sungguh besar.
Kemanakah Pengarah-pengarah dan Pegawai-pegawai Kemas ini.
Perjuangkanlah anak buah anda ini supaya mereka ini tidak di anaktirikan.
Jangan hanya duduk kerusi empuk dan tidak melihat pengorbanan yang telah di alkukan oleh Guru-guru Tadika Kemas ini.
saya setuju dengan pandangan ini. tidak ubah seperti pegawai di jabatan hal ehwal khas (jasa) yg juga kontrak seperti kemas. tugas jasa dengan kemas tidak jauh bezanya. namun pengorbanan mereka dipandang sepi oleh kerajaan walhal merekalah yg berada dibarisan hadapan kerajaan. tidak dapat dibayangkan nasib pegawai jasa dan kemas jika kerajaan sekarang ini tumbang pada pilihanraya umum akan datang!!!!!
amat menyokong dan di harap diberi perhatian yang serius oleh pihak yang bertangungjawab dan kerajaan.....
Mereka ini berkorban demi anak bangsa dan negara,sedangkan keluarga terabai dengan tugas yang diamanahkan....
Harap kerajaan hari ini memandang lebih kepada mereka ini....
Alhamdulillah gaji guru-guru Kemas sekarang ini telah pun berada dalam kedudukan yang sangat baik disandarkan kepada gred 27..ok lah tu..dan yang sangat mengembirakan jawatan mereka ini bakal diserap ke jawatan tetap, semoga janji ditepati oleh kerajaan BN. Tetapi yang beralih nasib malang ialah para penyelia gred 17 dan gred 22, gred mereka tidak pernah dinaikkan, malah gaji mereka kenaikan agak sedikit berbanding dengan pegawai-pegawai dijabatan lain. Lebih memalukan guru-guru Kemas lebih tinggi gred berbanding penyelia2. walhal ramai dikalangan penyelia2 ini berkelulusan ijazah dan diploma,,sepatutnya para penyelia ini dinaikkan gred jawatan agar tidak nampak kecelaruan ..Wajarkah ini berlaku, walhal para penyelia-penyelia inilah yang sanggup berkorban apa saja demi memastikan kemenangan BN, walaupun tanpa kemudahan seperti kenderaan namun mereka tetap sentiasa bersemangat masuk ke kampung-kampung berjumpa masyarakat dan menjalankan aktiviti. Apakah nasib penyelia-penyelia Kemas ini akan terus berlanjutan begini tanpa pembelaan dari pihak atasan. Yang sangat memalukan dan nampak sangat diabaikan sebiji kenderaan untuk kegunaan setiap daerah pun tidak mampu disediakan..walhal kakitangan kemas inilah yang banyak berkorban untuk kerajaan selama ini..
Menaikkan pangkat dan gaji guru tadika dan taska kemas adalah terbaik kerana mereka pendidik anak bangsa kita tapi kenapa harus dinaikkan pangkat penyelia kanan dan juga penyelia pelbagai jurusan sedangkan mereka kebanyakan kerja makan angin, merungut, mengungkit dan mengarah sahaja bukan pendidik dan mereka juga amat iri hati dengan kakitangan awam yang berstatus tetap.knp ambil tindakan tanpa kajian terperinci.penyelia pelbagai jurusan tempoh servis baru sahaja 7 tahun dinaikkan dari gred 19 ke 22 dengan gaji yang lebih tinggi dari orang lama yang bekerja lebih 10 tahun. Adakah ini adil? Kalau nak upgrade gred tak bolehkah upgrade mengikut prosuder seperti 'tetap' servis melebihi 13 tahun baru dinaikkan ke gred 22 mengikut prestasi. Penyelia kanan dan pra sek diupgrade kan gred 29. Mereka blh bercakap walaupun tiada ilmu dan mereka juga tiada kelayakan diploma. Adilke mcm ini? Knp tak diupgrade kan gred 29 dan 22 mengikut prosuder seperti kakitangan tetap. Memandangkan ekonomi negara sekarang tidak stabil dengan nilai mata wang jatuh adakah cara ini berbaloi dan adakah cara ini membantu 'guru' atau membantu 'bkn pendidik' dengan menaikkan gaji tanpa memikirkan prosuder, tingkah laku, prestasi pegawai awam itu sendiri. Adakah ini adil dan berbaloi untuk membantu negara?
masih tertanya2 bagaimanqkah nasib guru guru kemas? jika dibandingkan dengan jawatan penyelia dan pegawai.Kerajaan sepatutnya buka mata..Buka Facebook buat carian berkenaan kemas..Kerajaan sepatutnya lihat cara kerja guru kemas.Tidak dapat disangkalkan guru kemas sangat aktif dalam pelbagai bidang seperti bersukan indoor dan outdoor (potensi),program melibatkan waris,program melibatkan penduduk setempat ,hari konvokesyen dan lain2.Jika dibandingkan dengan guru prasekolah atau perpaduan,guru Kemas sangat aktif dan jika buat carian di facebook,kita dapat lihat bagaimana guru guru kemas begitu komited terhadap tugas masing masing.Semoga kerajaan semasq hargai jaga dan pengorbanan guru kemas dengan serap mereka ke jawatan tetap.Untuk oengetahuan semua kemas jugak telah menang anugerah tabika ke 3 yang menjadi pilihan rakyat di Malaysia.Jadi kerajaan sepatutnya nampak usaha yang telah dicurahkan oleh guru guru kemas kerana unit Prasekolah didalam Jabatan Kemajuan Luar Bandar antara unit yang paling terserlah dalammelaksanakan tanggungjawab mereka.Rata2 penduduk Malaysia kenal kemas kerana Tabika Kemas.
Catat Ulasan