Utusan Malaysia
14/12/2009
SHAH ALAM 13 Dis. - CUEPACS sudah menerima aduan daripada kakitangan kontrak yang bakal ditamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini, antaranya Kementerian Pelajaran, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri dan Jabatan Pertanian.
Presidennya, Omar Osman berkata, CUEPACS menerima aduan hampir setiap hari berhubung kebimbangan kakitangan kontrak yang tidak disambung perkhidmatan itu dan kebanyakan mereka kini semakin tertekan dan terhimpit dengan keadaan tidak pasti berkenaan.
"Setakat ini sahaja, kami terima aduan daripada kira-kira 200 pekerja kontrak Majlis Tindakan Pelancongan Negeri... atas alasan bajet tidak mencukupi, dan kami anggarkan jumlah itu akan meningkat.
"CUEPACS merayu supaya kerajaan mempertimbangkan semula rancangan untuk menamatkan perkhidmatan kakitangan terbabit demi masa depan mereka," kata beliau kepada pemberita selepas menutup Kursus Bola Tampar Peringkat Negeri Selangor di sini hari ini.
Omar berkata, kebanyakan pekerja kontrak terlibat merangkumi golongan muda berusia antara 25 hingga 30 tahun dan sudah berumah tangga.
"Pekerja kontrak yang dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), tidak menghadapi masalah kontrak mereka dilanjutkan," katanya yang menambah terdapat kira-kira 60,000 kakitangan awam kontrak di negara ini. - BERNAMA
14/12/2009
SHAH ALAM 13 Dis. - CUEPACS sudah menerima aduan daripada kakitangan kontrak yang bakal ditamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini, antaranya Kementerian Pelajaran, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri dan Jabatan Pertanian.
Presidennya, Omar Osman berkata, CUEPACS menerima aduan hampir setiap hari berhubung kebimbangan kakitangan kontrak yang tidak disambung perkhidmatan itu dan kebanyakan mereka kini semakin tertekan dan terhimpit dengan keadaan tidak pasti berkenaan.
"Setakat ini sahaja, kami terima aduan daripada kira-kira 200 pekerja kontrak Majlis Tindakan Pelancongan Negeri... atas alasan bajet tidak mencukupi, dan kami anggarkan jumlah itu akan meningkat.
"CUEPACS merayu supaya kerajaan mempertimbangkan semula rancangan untuk menamatkan perkhidmatan kakitangan terbabit demi masa depan mereka," kata beliau kepada pemberita selepas menutup Kursus Bola Tampar Peringkat Negeri Selangor di sini hari ini.
Omar berkata, kebanyakan pekerja kontrak terlibat merangkumi golongan muda berusia antara 25 hingga 30 tahun dan sudah berumah tangga.
"Pekerja kontrak yang dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), tidak menghadapi masalah kontrak mereka dilanjutkan," katanya yang menambah terdapat kira-kira 60,000 kakitangan awam kontrak di negara ini. - BERNAMA
35 ulasan:
Bukan lagi 31 Dec...Pekerja Kontrak Kementerian Kesihatan sudah ditamatkan seawal bulan Oktober 2009.
Pekerja Kontrak memang sangat berharap agar kontrak dapat disambung bagi mempastikan lebih banyak kerja-kerja pentadbiran yang masih dalam proses penambahbaikkan dapat diselesaikan dengan sempurna.
apa lagi geng..50,000 ribu pekerja 2..ramai2 kita buat piket ker, rusuhan ker, riot ker dan seangkatan dengannya.. bodoh..!! sapa punya idea bangsat ni..? hamjadah..Pihak polis dan berkuasa..siap sedia untuk indeks jenayah yang bakal meningkat!
Saya salah seorang dari pekerja kontrak yg dijanjikan bahawa kontrak akan disambung berdasarkan rintis yg dipaparkan oleh pihak tertentu. namun kini,dah terdengar-dengar kontrak akan ditamatkan pada hujung tahun ini dgn alasan tiada budget.bila saya suarakan diantara rakan-rakan yang lain,jawapan mudah sahaja,"tula pangkah kerajaan lagi..cakap lain,buat lain".Jadi sekarang apa pandangan kami terhadap kerajaan yang menjanjikan sesuatu tapi tidak menepati janji?ada antara rakan kami yang sanggup berhenti kerja kerana program rintis ini. Sekurang-kurangnya bagi penjelasan. Jika benar tiada budget,kenapa di wujudkan program rinitis ini sehingga tahun 2010?ini seumpama memberikan harapan kepada rakyat (pekerja kontrak), kemudian menghampakan kami. apa maknanya rakyat di dahulukan?kami minta penjelasan.
dah nama lagi kontrak..ko kena la faham...masa mula2 ko ambik keje nie ko ingat boleh tahan sampai umur 55 ke?
faham la keadaan sekarang.jangan ingat nak sedap je.
dah sedap keje gomen walaupun kontrak...apa boleh buat...
habis je kontrak cuba la ceburi bidang perniagaan...gerenti ko takkan menyesal punye...9 dari 10 rezeki itu datang dari perniagaan...
Guru Siswazah Kontrak sentiasa menyokong penyambungan ini.CUEPACS,terima kasih atas keprihatinan pihak tuan.Ulasan saya mudah.Para pekerja kontrak,tak perlu terlalu emosional,kita terus sama-sama menyokong secara positif dan damai.Saya seorang GSK tetap mejaga etika sebagai guru dan berharap usaha ini memberikan jawapan yang amat baik daripada pihak kerajaan.RAKYAT DIDAHULUKAN... Jika benar ia slogan keramat,maka jawapan itu sudah ada.. - Cikgu7
Tak dapet den nak menolong nye eh....kot Pakatan leh tolong...undilah Pakatan Rakyat di PRU 13 nanti....
Saya juga pekerja kontrak..sakit kepala mo cari keje kat maner..keje yang dulu dah ditolak yang ni tak dapat sambung pulak.. macam mana nak sara hidup anak2?... Saya sokong perjuangan cuepacs ni.Harap2 perjuangan ini dapat feedback yang baik dari kerajaan. Macam yang dilaungkan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Pekerja Kontrak juga adalah rakyat Malaysia...
pekerja kontrakpun berkualiti juga. Nda salah kalau disambung perkhidmatan mereka..lagi menguntungkan..nda payahla latih pekerja baru..itupun guna budget juga mo latih lagi.
Kalau tak silap saya,pekerja kontrak yang diambil semuanya berpengalaman dan ditapis dari ratusan atau mungkin ribuan pemohon kerja yang bersaing untuk dapat kerja tu..
Salam..insyaAllah kalo ada rezeki tak kemana..yang penting kena berusaha.gud luck untuk cri keja lain lagi kalo kontrak nie tak kena sambung..
salam satu malaysia semua... TOLONG TOLONG TOLONG... SAMBUNGLAH KONTRAK KAMI..:(
insaf baca luahan dan memikirkan keadaan pekerja kontrak dengan masa depan yg x menentu...bersyukur aku wpun ada diploma tp jawat jwtn SPM, sekurang2nya jwtn aku tetap..
kepda rakan2 kontrak, kami doakan anda berjaya disambung kontrak atau diserap ke jwtn tetap. Usaha, Sabar dan Yakin dengan rezeki Allah..InsyaAllah...JPA bantulah mereka jik boleh dibantu.
Betul tu..ikut juga hati ni sebak bila membaca luahan para pekerja kontrak..ni baru berapa orang..belum lagi pekerja kontrak yang lain. Pertimbangkanlah permohonan dan rayuan ini. Tidak salah membantu mereka, sebab mereka juga akan menghargai apa yang diberikan. Apatah lagi kalau melibatkan sara hidup keluarga. SPA @ JPA..mungkin pekerja kontrak inipun ada yang memohon pekerjaan di jabatan itu..tapi asyik tiada peluang..sedangkan mereka layak juga.
Cubalah semak senarai pekerja kontrak dan senarai pemohon di SPA..mesti orangnya adalah sama..
Pertimbangkanlah....
masa ko mintak keje tu mula2,bukan ke dia dah tulis KONTRAK!!!
kenapa terima?sebab nak hidup senang kan?malas nak berusaha,suka nak hidup senang je,suka pada keje yang senang je,pendek kata semua nak senang la.
ko tau tak kat luar tu bidang perniagaan tu siapa yang banyak?
kalau korang semua nie keje makan gaji je,pastu merungut je lebih aku rasa sampai tua ko akan hidup susah punye.
cubalah berusaha.janagn harapkan keje makan gaji nie.cubalah bidang perniagaan.
aku bagi nasihat nie.kalau ko ikut dengan betul,gerenti ko takkan merungut dah lepas nie.
masuklah bidang perniagaan.
Tanpa Nama Khamis, Disember 17, 2009 8:17:00 PM
Tunjukkan aku kau meniaga apa smpai bongkak mcm tu sekali. Kalau nak buktikan, tunjuk pd kami semua perniagaan kau...ada berani?
BODOH...BONGOK...BADIGOLLL.....punya orang yang komen di atas tu... Kalau tak ada iklan untuk Pekerja Kontrak tu...taklah kami memohon, Kalau tak ada yang memohon pula tak ade lah pekerja untuk melakukan tugas yang berat tapi gaji kecil tu...yang kerja ringan-ringan angkat pen saja tu BOSS...
Kalau semua meniaga pula, siapalah yang akan jalankan kerja seperti yang kami buat sekarang...Kalau semua BOSS tak adalah kuli-kuli, Kalau semua tokey tak adalah pembeli...betul tak....Mana hang simpan hang punya otak.
Kali tak kacau Peniaga macam hang...kami cuma mahu agar kami dihargai (kalau boleh serapkan kepada perkhidmatan tetap) kerana ada di antara kami yang dah keja lebih 10 tahun...
siapa pulak laa yang menyalak pasal berniaga ni>??? orang cerita bab lain ko menyalak hal lain. ni tak lain tak bukan dah sah ler orang MLM... Haaaaa.. kat sini pun ko nak try gak carik pelanggan.. hahahaha rentikan ler penipuan MLM @ skim cepat kaya tu..
yang aku tahu skrang ni MLM skrang ni tengah gilababi nak cari prospek yang leh loan riban2.. dan prospek utama yang aku nampak adalah kakitangan kerajaan yang mudah dapat personal loan .. hahahaha
berniaga ni pun kadangkala memerlukan gak "guts" goverment servant ni sebagai prospek...
lebih baik jangan mengutuk org lain sebelum lu gua kutuk balik,,,..
bagi kakitangan kerajaan yang berjawatan kontrak tu, moga dapatlah jawatan yang tetap kerana kerajaan rugi jika pengalaman luas kamu semua dibazirkan.
sekian ..dari n52
chitt...pengalaman kunun....setakat keje minummm ajeee baik tak payah...
ala korang nie semua aku tau dah jenis perangai macam mana...
aku nak hemtam nie...kalau korang berani jawab balik..hahaha..
jenis perangai korang nie asyik terlibat dengan tari-menari, nyanyian, pertunjukan pentas, sukaneka, hari keluarga, drama, kelab dan pelbagai aktiviti yang tiada faedah kepada rakyat tapi menggunakan masa dan duit rakyat.
Sila sedarkan diri kamu ye. Bonus, pangkat, naik gaji,MENGHARAP DAPAT MASUK TETAP dan elaun itu sajalah kamu mampu selain tepat pada masa untuk minum pagi, awal untuk makan tengahari, lama untuk rehat tengahari dan pantas lagi cekap untuk punch out pada jam 4.30 atau 5.00 petang.
Tanpa Nama berkata...
Jumaat, Disember 18, 2009 6:02:00 AM
bodoh..kalau semua orang keje gomen,siapa mau meniaga.
bila naik harga barang baru tau nak menyalak...salahkan gaji sendiri sikit la,gomen tak bagi bonus la,najib kejam la...
baik ko salahkan diri ko sebab ajak semua orang makan gaji...aku bagitau nie sebagai nasihat aje....
jangan lah mengharap sangat koje gomen tuuu...kekadang aku tengok orang koje gomen nie sampai ke tua la bayor hutang....
semua orang pun nak senang...aku meniaga kedai runcit je....ok pe...income sebulan 7-8 ribu...tu belum time musim perayaan...silap2 boleh dapat 15 ribu tu...untung bersih dah tolak modal...
aku pun start dari kecil-kecilan...sekarang dah beli pun rumah kedai sebijik...ada pekerja 2 orang...cadang nak bukak branch lagi 1 kalau ada rezeki lebih...
sori bro aku bukan orang MLM...aku tau ko dah join HAI-O,tapi jangan lah kata aku orang MLM tau...
pada orang gomen yang join HAI-O,aku tengok tak kaya pun korang....kaya ngan hutang ada la..hahaha...padan muka korang..suruh belaja tinggi2 tak mau..dah besar kena tipu aje...huahahaha...
lain kali gunalah otak..jangan jadi bebal....9 dari 10 rezeki datang dari perniagaan...bukan nye makan gaji...
aku bagi nasihat aje..bukan nak menyalak tau...sudah2 la megharap jawatan tetap tu...rezeki ada dimana2...ko kena la usaha...
pada orang gomen yang berpangkat tinggi tu,jangan la korang bongkak sangat...gaji korang tu datang dari mana?sila sedarkan diri tu sikit...
Salam. Rezeki itu datangnya dari Allah. Kerja sendiri atau minta kerja KONTRAK tu di SAMBUNG atau di SERAP ke jawatan TETAP..itu terpulang kepada hak masing-masing.
Saya pun pernah juga bekerja dengan Sektor Swasta..Sektor Kerajaan n....BERNIAGA.
Janganlah korang bongkak..bersyukurlah dengan REZEKI yang tuhan bagi kat korang.
Pekerja Kontrak minta disambung sebab belum cukup modal kot or belum dapat jalan untuk berniaga.
Bukan dorang tidak berusaha untuk memajukan diri.
Kepada Tanpa Nama, Khamis, Disember 17 2009, 8.17 P.M:-
Taulah ko tu dah menceburi bidang business..tapi ingatlah..REZEKI tu pun salah satu ketentuan TUHAN. Ko maju pun dari NYA juga. Cuma ko tu usaha n tak malu untuk ke arah itu.
Biarlah dorang..itu urusan dorang lah..yang ko sibuk buat per?
Untuk Para PEKERJA KONTRAK..
Mudah-mudahan kontrak korang dapat disambung atau pihak JPA dapat pertimbangkan ke jawatan tetap. Kalau tak dapatpun..berusaha lah untuk menceburi bidang lain.
Jangan patah semangat.
Kalau sudah mendapat peluang ni..padamlah tanggapan 'orang-orang yang mulutnya tiada insuran' tu tentang sikap kakitangan awam yang negatif saja.
HIDUP MESTI DITERUSKAN.
wei bijak pndai....perniagaan bgantung ngn nasib la....keja mkn gaji ka @ keja sndri ka...yg sibuk pa hal??krajaan yg byr dorang...of course la tme intrview 2 ada gtau 2 jwtn kontrak,tp xlsh kn nk bhrp utk dserap...bkn mnta ngn ko pn...ko bt la keja ko eh....sma jak 2...klu keja kontrak pn...gaji xsbrpa,bln geng..ko??klu bsines ko lingkup cri duit dr mna??IGT TUHAN KLU BCKP...KO HDUP D BUMI TUHAN...manusia ada msasing2...ska ati dorang la nk mnta smbung ka pa...ko ingt keja kontrak sng ka??try la msuk..ko rsa jgk 2..Ka ko pna apply tp xdpt..REZEKO D TGN TUHAN...!MALAYSIA...klu btl rakyat d dahulukn,KOTA KN!!!kualiti kerja kbnykn dr pkerja kontrak.
Kepada Tanpa Nama Berkata,
Disember 17,2009
8.17.00 P.M
kepada Sumayyah...
memang la kerajaan bayar...tapi duit tu datang dari mana?bukan duit bapak ko tau...duit aku dan jugak rakyat2 sekalian....
ko kena faham..kerajaan tak jana duit tau...kerajaan bukannye perniagaan yang boleh bawak keuntungan...
kalau semua makan gaji dengan gomenm,siapa yang nak jalankan ekonomi nie?
otak letak kat kepala,bukan kat lutut tau....
kepada Khadijah...
kebanyakkan orang koje gomen pun bongkak jugak....
tau la koje tu tetap dan susah nak kena buang....lagipun ko koje nie pun aku tau la ditanggung sampai mati oleh gomen...so jangan la nak bongkak ok...
aku ulang lagi sekali DITANGGUNG SAMPAI MATI....
lagipun korang nie suka sangat membazir duit rakyat.selalu sangat terlibat dengan tari-menari, nyanyian, pertunjukan pentas, sukaneka, hari keluarga, drama, kelab dan pelbagai aktiviti yang tiada faedah kepada rakyat tapi menggunakan masa dan duit rakyat.
betul tak apa yang aku tulis nie...
Kepada Tanpa Nama, Rabu, Disember 23, 8:01 a.m
Hairan juga ko ni yer..
Mengamuk tak tentu pasal apahal?
Sibuk tak menentu pulak.
Buat lah koje ko..
Ko tu tau ker aku keje kat gomen or keje sendiri?
Aku tu mengulas je apa yang aku rasa betul.
Tak payah la nak menyibuk hal orang..ko jagalah 'business' tu baik2.
Setahu aku, aku taklah ditanggung oleh gomen pun..tak pernah minta duit kat ko juga.
Ko tu ada juga ker bayar cukai gomen?
Apa-apa ajelah..
Aku hanya mo mendoakan para pekerja kontrak supaya kerja dorang disambung or diserap,sekiranya itulah periuk nasi dorang.
And for another person tu..
Aku doakan juga supaya urusan sentiasa success..
sapa ckp plk duit BAPAK aq....
otak kt kepala la bkn kt lutut..mnada tuhan cpta manusia otak dia kt lutut...
bt la keja ko 2 bbaik2...
jgn la dok mnhentam bdk2 kontrak 2...
apa la slh drg ngn ko...
klu drg nk keja mkn gaji ka apa ka
ska ati drg la..
kn keja drg 2 pn pnyumbang ekonomi jgk..
cm na ekonomi nk gerak klu xda guna tenaga...
ko mniaga pn kn ada pkerja jg kn??xkn la ko wat sendiri2 keja ko..
drg 2 pn mkn gaji ngn ko...
jgn la ganggu suara2 drg 2..
xda slhnya pn klu drg nk bckp...
Kepada Tanpa Nama
Rabu Disember 23.2009
7.56.00 am
ape la korang ni mcm budak2...gaduh2 pasal rezeki Allah...senag je..hidup ni Allah dh tentukan jalannya...ade org keje gomen..ade org keje swasta..ade org beniaga...semua perlu memerlukan...compliment each other...jgn gaduh2...yng keje kontak gomen tu baguslahh...fight utk jawatan tetap...yg beniaga tu jgn bongkak...beniaga pn ade naik turun...semua rezeki Allah..yang keje swasta jgn dengki org keje gomen..majukan sektor swasta..penting utk pembangunan negara..yg penting kita rakyat M'sia bersatu...Rakyat penentu kemjuan negara..jgn dengki...support each other..be profesional..
Betul..betul..betul..
korang nie semua takde keje ke pagi2 bagi komen.waktu pejabat pulak tu.dah la keje DITANGGUNG GOMEN SAMPAI MATI.buat keje pun sambil lewa.alahai..nak nasighat orang tu tengok la diri sendiri dulu.
Jangan asyik terlibat dengan tari-menari, nyanyian, pertunjukan pentas, sukaneka, hari keluarga, drama, kelab dan pelbagai aktiviti yang tiada faedah kepada rakyat tapi menggunakan masa dan duit rakyat.
Sila sedarkan diri kamu ye. Bonus, pangkat,MENGHARAP DAPAT MASUK TETA, naik gaji dan elaun itu sajalah kamu mampu selain tepat pada masa untuk minum pagi, awal untuk makan tengahari, lama untuk rehat tengahari dan pantas lagi cekap untuk punch out pada jam 4.30 atau 5.00 petang.
dah sedap sangat keje 'G' tu.sampai dah nak habis kontrak pun masih lagi berharap.
ini lah manusia.bila dah beri kesenangan,malas nak berusaha.bila orang bagi nasihat tak mau dengar.sebab apa?ingat diri dah rasa bagus sangat sampai orang bagi nasihat suruh berusaha pun tak mau dengar.
apa yang orang tanpa nama diatas tu beritahu pun ada betulnya jugak.dia bagi nasihat supaya menceburi bidang perniagaan.bukannye bongkak sebab dia berjaya or rezeki dia murah or nasib dia baik.
mari kita kaji balik bidang perniagaan siapa yang banyak pegang?kita sebagai orang melayu kena la masuk banyak sektor.janganlah sektor 'G' sahaja.
setiap orang ada masalahnya sendiri.masalah datang dan nasihat diberi.ambillah mana2 nasihat yang berguna dan jadikan ianya sebagai penyelesaian masalah anda.
cubalah bidang perniagaan.walaupun anda meniaga goreng pisang atau jual air,ianya adalah rezeki yang halal.
oklah tu geng..
Berusaha dengan sepenuh daya
Bertungkus-lumus sehingga berjaya
Rezeki di terima pastikan Halalnya
Bersangka baik sesama insan sematkanlah di dada...
Saya guru siswazah kontrak,kontrak saya tamat 31 disember 2009.Walaupun status kontrak,namun pengalaman kerja tidak harus dipersiakan.Harap kerajaan masih ada peruntukan untuk menyambung kembali kontrak kami.Jika tidak pengangguran akan meningkat dah banyak pengurangan wang di pasaran..what happen next?...just guess
Saya jugak salah seorang Guru Siswazah Kontrak. Memang kami tau, tawaran adalah secara kontrak, tapi dijanjikan akan disambung berdasarkan prestasi. tapi bila masanya, kami dibiarkan tanpa sebarang pemberitahuan sama ada disambung atau ditamatkan kontrak. kami boleh terima jika ditamatkan sekiranya diberitahu lebih awal sebelum kontrak tamat. kata akan dihantar surat, tapi sehingga sekarang sebarang surat dpd JPN pun tak nampak bayang. kontrak dah tamat, kerja pulak tak dapat lagi. nampak gayanya.... tahap pengangguran semakin tinggi sekiranya pekerja kontrak tidak diambil peduli. WAKTU TERDESAK, KAMI DICARI.... BILA DAH SENANG, KAMI DIABAIKAN.....
saya juga guru kontrak gstt..
yg berakhir 31 dec 2009..
skrg kontrak x disambung
sungguh mngecewakan
tp kes sy ni bkn ditamatkan...tp kes pekerja kontrak disebuah PBT dimana pekerja kontrak gred N11 dimansuhkan...yg menyakitkn ati saper yg tiada kelulusan spm akan turun pangkat..dahla tu gji ikut basic mcm mula2 masuk kerja...sedangkan tangga gaji dorang masing2 dh 900 keats..saper yg nk...masing2 dh ader potongan,lau turun pangkat gaji basic problem la...yg N11 tetap, senang jer trus naik xader pn turun pangkat...kesian yg pekerja yg kontrk N11....
cuepacs tolong la bela pekerja kontrak N11 nie...kesian dorang...
Catat Ulasan