11/12/2009
LANGKAWI, 11 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta agar kerajaan memperbanyakkan peluang kenaikan pangkat kepada kira-kira 8,000 pembantu makmal sekolah di seluruh negara.Presidennya, Omar Osman berkata pada masa ini kenaikan pangkat pembantu makmal sekolah gred C17 kepada gred C22 (kanan) dan gred C26 (tertinggi) adalah sangat terhad dan perlu memenuhi syarat-syarat yang agak ketat."Jadi, Cuepacs minta Kementerian Pelajaran menambah peluang kenaikan pangkat bagi pembantu makmal yang telah lama berkhidmat dan berpengalaman," katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Semenanjung Malaysia, di sini Jumaat.Lebih 150 perwakilan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menghadiri persidangan berkenaan.Beliau berkata, mereka perlu diberi pertimbangan sewajarnya selaras dengan tugas yang dipertanggungjawabkan, apatah lagi setelah mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkenaan.Selain itu, Omar berkata Cuepacs turut berharap agar Kementerian Pelajaran mengkaji semula pemberian insentif kepada pembantu makmal sebagai galakan kepada mereka."Mereka bukan sahaja bertugas untuk kerja-kerja rasmi, sebaliknya ada yang disuruh melaksanakan kerja-kerja lain," katanya.Katanya, kementerian berkenaan mengadakan pelbagai anugerah seperti anugerah guru cemerlang, tapi pembantu makmal tidak diberi perhatian walaupun peranan mereka juga penting di sekolah-sekolah.-- BERNAMA
-----------------------------------------
Media Cuepacs
LANGKAWI, 11 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta agar kerajaan memperbanyakkan peluang kenaikan pangkat kepada kira-kira 8,000 pembantu makmal sekolah di seluruh negara.Presidennya, Omar Osman berkata pada masa ini kenaikan pangkat pembantu makmal sekolah gred C17 kepada gred C22 (kanan) dan gred C26 (tertinggi) adalah sangat terhad dan perlu memenuhi syarat-syarat yang agak ketat."Jadi, Cuepacs minta Kementerian Pelajaran menambah peluang kenaikan pangkat bagi pembantu makmal yang telah lama berkhidmat dan berpengalaman," katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Semenanjung Malaysia, di sini Jumaat.Lebih 150 perwakilan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menghadiri persidangan berkenaan.Beliau berkata, mereka perlu diberi pertimbangan sewajarnya selaras dengan tugas yang dipertanggungjawabkan, apatah lagi setelah mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkenaan.Selain itu, Omar berkata Cuepacs turut berharap agar Kementerian Pelajaran mengkaji semula pemberian insentif kepada pembantu makmal sebagai galakan kepada mereka."Mereka bukan sahaja bertugas untuk kerja-kerja rasmi, sebaliknya ada yang disuruh melaksanakan kerja-kerja lain," katanya.Katanya, kementerian berkenaan mengadakan pelbagai anugerah seperti anugerah guru cemerlang, tapi pembantu makmal tidak diberi perhatian walaupun peranan mereka juga penting di sekolah-sekolah.-- BERNAMA
-----------------------------------------
Media Cuepacs
26 ulasan:
Tahniah buat Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Malaysia kerana berjaya mengadakan Persidangan Dwi Tahunan ke 10nya di Langkawi.
Sepatutnya sudah lama Pembantu Makmal di beri peluang kenaikan pangkat ke tahap yang bersesuai dengan tanggungjawab Pembantu Makmal yang berjumlah 8,000 orang tersebut.
Diharap KSKM yg bernaung dibawah cuepacs dapat memainkan peranan lebih agresif dalam memperjuangkan nasib pembantu makmal...sptmana kata tn hj omar,klu tukang masak pun dah boleh naik n17,xkkn pembantu makmal masih ditakuk skrg.nak tggu KUP kn tggu 15 thn tu pun blum tentu lagi ..so buat kskm,teruskan perjuangan!!!
Bilalah agaknya KUP ini terlaksana ye.... ada sape-sape korang di sana yang dah ternaik pangkat melalui KUP setakat bulan Dec 2009 ni....
Pembantu makmal nak naik pangkat jadi guru besar/pengetua kerrr...
Pembantu makmal kat sekolah aku boleh siang ikan bilis kat makmal,jahit baju... ini kes tertangkapla ni... sekali-sekala buat metting staf sokongan asyik tengok jam ajer... alasan dah habis waktu kerja. Apa meting nak buat masa kerja ke... sendiri fikirla...
sudah2 la...
Jangan asyik terlibat dengan tari-menari, nyanyian, pertunjukan pentas, sukaneka, hari keluarga, drama, kelab dan pelbagai aktiviti yang tiada faedah kepada rakyat tapi menggunakan masa dan duit rakyat.
Sila sedarkan diri kamu ye. Bonus, pangkat, naik gaji dan elaun itu sajalah kamu mampu selain tepat pada masa untuk minum pagi, awal untuk makan tengahari, lama untuk rehat tengahari dan pantas lagi cekap untuk punch out pada jam 4.30 atau 5.00 petang.
saya tertarik dengan komen ini ..Pembantu makmal nak naik pangkat jadi guru besar/pengetua kerrr...
Pembantu makmal kat sekolah aku boleh siang ikan bilis kat makmal,jahit baju... ini kes tertangkapla ni... sekali-sekala buat metting staf sokongan asyik tengok jam ajer... alasan dah habis waktu kerja. Apa meting nak buat masa kerja ke... sendiri fikirla...
daripada ... tanpa nama.. ( tak berani la tu )
8000 kakitangan makmal, dan saya nak tanya org yang buat komen ini..
adakah 8000 PM ini berperangi macam ni ?...
komen tuan/puan seolah-olah berpendapat PM tidak layak naik pangkat... kalau tuan/puan seorang guru,memang memalukan membuat komen sebegini...
Kalau diungkit semula kes-kes guru pecah amanah, kes rogol, cabul, dan banyak lagi.. kes yang memalukan... layak kah guru2 naik pangkat ?.. memang layak sebab tidak semua....berperangai sebegini..
dan begitu jugalah dengan.. Pembantu Makmal....
semoga berjaya KSKM...ptr n11 tempat saya lewat dr saya bertugas dah dpt peluang naik n17. bgitu juga pt n17 peluang naik n22 sentiasa terbuka luas. mana taknya ramai p.makmal yg kecewa bila peluang kenaikan pangkat terhad, tambah lagi dgn risiko kerja dgn bhn kimia di makmal tiada elaun khas utk pengorbanan ini. seolah2 tak dihargai dan dipandang langsung jasa. bayangkan kalau p.makmal mogok, dpt ke guru sains mengajar pastu sdiakan sdiri bhn & radas. kalau byk teori dlm kelas tanpa buat eksperimen, pelajar takkan paham sgt, entah lulus entah tak. jd, sama2 lah fikir akn kepentingan dan peranan p.makmal di sekolah yg byk membantu guru dan skolah dpt nama dan anugerah bila pelajar cemerlang dlm sains & matematik.
Tahniah atas perjuangan KSKM utk PM terutama sekali utk jwtn gred C17 teruskan usaha hingga tercapainya apa yang diperjuangkan..Apa cerita Elaun Risiko Tinggi?
Teruskan usaha dan naikkan lagi mutu kerja pembantu makmal dengan lebih berkualiti bersesuaian dengan apa yang diperjuangkan...
Pembantu Makmal adalah golongan semi profesional dalam bidang sains, mereka ini telah membantu guru-guru sains dan pelajar-pelajar sains mencapai tahap yang tinggi dalam bidang sains dari dahulu sehingga kini.
Kita patut menghargai akan mereka ini.
Sebagai seorang bapa yang mempunyai anak yang berjaya dalam bidang sains, saya juga mengucapkan tahniah buat semua Pembantu Makmal di seluruh Malaysia.
Bukan hanya kepada guru sahaja kita mengucapkan tahniah di atas kejayaan anak-anak kita yang berjaya di dalam bidang sains.
Kita semua mempunyai anak di sekolah.
Kepada yang dengki sangat kat Pembantu Makmal, muhasabahlah diri.
senang je tu,..PM tempat kamu tu,..terlalu kecil hati coz,..nyata dipinggirkan,...atau mungkin guru-guru d sana tak tau tulis order experimen, minta order kat kantin lagi senang..
kenyang perut senang hati..he..heh.
dia nak tahu ulasan cerita Elaun Risiko Tinggi. untuk pengetahuan,. masih lagi di peringkat perbincangan tertinggi dan mudah-mudahan apa yg PM minta tidak berisiko tinggi..
Bagi golongan PM,..jangan hanya minta kenaikan pangkat,..kita mintalah penyelarasan gaji. jangan takut berjuang,peduli apa orang kata,..kita 1Malaysia 1Hak..
...luq...
Seringkali kenaikkan gaji, elaun, kenaikkan pangkat, anugerah cemerlang dan sebagainya lebih didominasi oleh guru, bahagian pentadbiran dan sebagainya. tetapi, skim perkhidmatan lain seperti pembantu makmal seringkali dipinggirkan dan dipandang rendah.
Persoalannya mengapa masih ada pembantu makmal yang terpaksa menjalankan tugas seperti pengkeranian, menjaga pelajar semasa peperiksaan atas sebab mengganti mereka yang bercuti???Adakah ianya salah satu tugas hakiki???Semestinya dikaji semula dengan serius agar semuanya dipandang sama rata...
Kalau nak ikutkan mansuhkan jer skim Pembantu Makmal ni....sebab ape??setakat nk sediakan bahan ujikaji apa la sgt...aku tgk pembantu makmal sekolah aku asik wat makan2 jer kt makmal sekolah (maaf la yerr ni kenyataan).pas2 jg relief kelas je masa cikgu xde(kira xde kje la tu, tu psl smpai ble suh wat relief)..pas2 pembantu makmal ni ada lg PAR makmal yg bantu.jd byk sgt ke kje diorg smpai nk naik2 pangkat ni.elok smua pmbantu makmal letak jer kt makmal2x besar(x yah letak kt sekolah bkn ade kje sgt) biar dia tau skit wat kje.ini hari2x aku tgk diorg duduk n mkn2.byk tu ms senggang diorang.klu ikutkn mmg x puas ati..kje skit gaji ble thn.ari jumaat jer mintak kt pngetua balik awal.ada ka patut...hampeh..
kalau anda kata perlu mansuhkan jawatan pembantu makmal,saya ingin bertanya, adakah guru/kerani sanggup memegang penyapu, mengemop lantai, mengelap tingkap, menyediakan alatradas, membuat keceriaan makmal, menyemak stok, membuat pembelian alat radas, membuka dan menutup makmal,memastikan makmal sentiasa dalam keadaan bersih.. boleh ke?? agak2 nye nak pegang kain buruk pun malu rasanye.. kalau boleh buat semua tu, baru kite pikir mcmane nak mansuhkan jawatan tu.
aku sokong kenyataan kat atas...pas2 nk tmbh lagik...tlg klip kertas peksa student yg betimbun2...keje saper tue...kitorg ker? cube cek dlm senarai tugas kitorg....ader? tp kitorg buat jugak kan? tanpa membantah...kerana aper? kerana "SAYA YANG MENURUT PERINTAH"
ader lagik...biler kaitangan pentadbiran x cukup...dengan manis mukanya memohon jasa baik dan khidmat bakti PM,kitorg tetap 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH',jadi,camnilah...klu ader yg x puas ati ngan PM tu,tnylah diri sndiri,biler susah...pernah x 'TER'cari PM untuk membantu anda? kira secara x sengaja la...x yah la nk jeles bile kami d perjuangkan...klu nk soh la kesatuan korg memperjuangkan korg camne kami d perjuangkan... ;-)
bila ada hak untuk naik pangkat.. naik kan la.. yang lain duk sibuk dan caci orang kata malas la apa la.. tak wat keja laa. sibuk buat apa.. hak dia sebagai pekerja untuk naik pangkat.. kalau orang cakap cam tu kalau tak bagi naik pangkat. marah jugak.. so.. jgn le menidakkan kemampaun dan hak orang lain.. aku cam nak tumbuk jek muka orang yang caci caci ni.. belagak gila.. cam hebat.. ( aku bukan PM dan PP.)
kita org juga dulu penah jadi pt ..jd tau la wat keje pt dan tugas2...tp xde lah nak mencaci jawantan org lain..klu keje 2 bagus sangat knape minta tolong PM..wat keje x pernah selesai kira bagus ke 2.....tugas kami hanya dengan guru....klu guru x mahu buat amali jadi kurang la beban keje kami.. knapa x dipersalahkan guru2 yang takut nak wat amali 2...jangan la cemburu sangat dengan PM...klu setakat mengadap buku dan pen dapat elaun...xkan kami yang duk mengadap asid..kemungkin boleh dapat kecacatan kekal..x boleh minta kenaikan dan elaun....hai jangan lah cemburu sangat dengan jawatan PM..entah sok anak PT pun cari keje PM masa 2 anak PT kena asid dan cacat ...apa tindakan PT plak sila jawab la..
MACAMANA PULA DENGAN KAMI PEMBANTU MAKMAL DARI JABATAN LAIN YG BUKAN DARI KEMENTERIAN PELAJARAN? NAK TUBOH KESATUAN PUN X BLEH! COZ ADA 11 KERAT JE!Mr.CUEPACS!ADA IDEA TAK APA PATUT KAMI BUAT?TQ
jawatan pembantu makmal! tp skop bidang tugas termasuk lab attendant + chemist! Bersuara x de sape nk kesah malah blacklisted!X tau le smpai bla nk sabar!Beginilah nasib golongan minoriti!
julai 2012 ada iklan baru kenaikan ke c22.tapi syarat kelayakan dinaikkan ke 12 tahun...kenapa???
PT yg acah2 ngadap pc buat krje tp main fb ke ni...atau PO yg acah2 jd runner tp mlepak kt kedai2 mkn ngn geng2 lain..🤣
Sokong...otak mcm ikan bilis..halusss🤣
Pendengki detacted..
Catat Ulasan