26/9/2010
TEMERLOH: Bebanan tugas anggota bahagian Pengkuatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dijangka semakin bertambah mulai tahun depan.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan penguatkuasaan beberapa pindaan akta pada tahun depan sekiranya mendapat kelulusan selepas dibentangkan kali kedua di Parlimen pada Oktober dan November depan. Sehubungan itu, katanya, kesemua pegawai terbabit perlu melengkapkan diri dengan ilmu dalam bidang perundangan bagi mengelak sebarang kelemahan ketika pendakwaan di mahkamah.
"Kita tidak mahu perkara itu berlaku kerana ia boleh menjejaskan kementerian serta menggalakkan peniaga untuk terus melakukan pelbagai kerenah dan penipuan, jika setiap kes yang dibawa ke mahkamah terlepas begitu sahaja," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Dwi Tahunan kali ke-7 Kesatuan Pegawai-Pegawai Pengkuatkuasa kementerian itu di sini, malam tadi.
Katanya, lebih banyak kursus, seminar serta latihan akan diadakan bagi menjadikan pegawai berkenaan lebih mahir sekaligus memantapkan pelaksanaan undang-undang. turut hadir Tuan Haji Omar Osman Presiden Cuepacs Malaysia - BERNAMA
_______________________________________________________________________

3 ulasan:
Tarian golek tak ada ke?
Ayam golek ade...
Mana tak bertambahnya, setiap majlis mesti disediakan tarian golek termasuk majlis sambutan aidil fitri. Ayam golek, apa barang?
Catat Ulasan