SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 September 2010

BELUM SEMPAT TEMU DUGA NAIK PANGKAT, TERPAKSA PULANG....

Utusan Malaysia
23/9/2010




SAYA ingin meluahkan rasa kecewa menghadiri sesi temu duga untuk jawatan Penolong Penguasa Imigresen KP27. Belum sempat masuk ke bilik temu duga, saya dan beberapa lagi rakan terpaksa pulang kerana gagal ujian ‘Body Mass Index’ (BMI).

Rasa kecewa yang amat sangat kerana kami adalah pegawai yang telah lama berkhidmat di Jabatan Imigresen Malaysia, dalam lingkungan 10 hingga 20 tahun perkhidmatan dan telah lulus peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) seperti yang disyaratkan. Rata-rata umur pegawai calon KPSL antara 35 hingga 45 tahun. Dengan purata umur yang sedemikian agak sukar bagi kami menepati syarat BMI yang indeks maksimumnya ialah 30.

Kami dimaklumkan syarat wajib BMI adalah untuk tujuan imej jabatan di mana pegawai-pegawai beruniform akan kelihatan segak sekiranya sentiasa berada dalam keadaan berat badan ideal. Kami menyokong penuh kenyataan ini tetapi sewajarnya juga kami diberi peluang untuk mencuba nasib dan mendapat peluang kenaikan pangkat yang kebarangkalian untuk seseorang pegawai calon KPSL mendapatnya mungkin dalam 1:100 kerana faktor saingan.

Jika tahun ini saya mendapat panggilan temu duga tetapi tahun depan dan tahun seterusnya belum tentu saya akan dipanggil. Umur makin meningkat dan peluang makin tertutup.

Usaha kami untuk mendapatkan dokumen yang diwajibkan untuk sesi temu duga dirasakan seperti sia-sia kerana kami tidak dapat masuk ke bilik temu duga selepas gagal ujian BMI semasa sesi timbang berat dan ukur tinggi. Kami gugur sebelum berjuang, tewas sebelum berperang, pulang dengan perasaan hampa. Bila pulang ke rumah dan ditanya oleh suami atau isteri dan anak-anak perasaan malu dan kecewa ketika itu hanya Tuhan yang tahu.

Saya merayu kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pertimbangkan agar syarat lulus BMI untuk calon KPSL dikaji semula. Syarat ini baru diperkenalkan tahun 2009 dan masih ada ruang untuk berbincang dan mengkaji semula.

Tujuannya agar orang-orang lama mendapat peluang kenaikan pangkat dan mencurahkan bakti, buah fikiran dan pengalaman dalam memartabatkan lagi imej Jabatan Imigresen Malaysia.

Juga untuk sama-sama menghayati semangat 1Malaysia ‘Rakyat DiDahulukan Pencapaian Diutamakan’ kerana di samping sebagai penjawat awam, kami juga adalah rakyat Malaysia.

SAYANG

Nilai, Negeri Sembilan

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Umpama kera di hutan disusukan..anak kat rumah dibagi air paip saja. Kalau tahu macam ni..dulu2 mintak jadi polis

Penguatkuasa berkata...

Saya minta maaf andai kata terkasar bahasa, saya rasa pihak immigresen ni suka buat kerja bodoh agak, dari atas sampai ke bawah.

Kenapa saya kata begitu, jabatan lain pun buat pengambilan juga, tapi bagi kpsl terdapat kelonggaran. Macam biasalah bila dah berumur ni badan mesti berisi, yang menghisap rokok rata2 tak berisi sangat. Tenguk saja badan Boss2 peringkat atasan pun berisi jugak, naik pangkat juga, kalau tak persaya tenguk dalam tv masa press conference.

Kalau benar keluhan tersebut, memang pihak immigresen ni bodoh betul.

Mr feckry berkata...

lepas ni, kene amalkan gaya hidup sihat

Tanpa Nama berkata...

lain kali cakap siang-siang syarat BMI tu tak payah orang berisi nak pi temuduga atau ujian kecergasan.

Tanpa Nama berkata...

Nyampah aku tengok pegawai berunifom gemok dan boroi. Cam mana nak buat penguatkuasaan jika diri sendiri tak boleh dikuatkuasakan (ikut peraturan makan, berhenti sebelum kenyang) Pergi jahanam pegawai gemok dan boroi serta pelahap.

Ali. berkata...

Cermin diri sendiri dulu....

Che Gayah binti Senapi berkata...

siapa yang x suka pegawai 'gemok dan boroi serta pelahap' itu adalah Pemuda Khinzir Negara (PKR)

Tanpa Nama berkata...

tak payahlah bincang hal politik disini

Tanpa Nama berkata...

Orang lama naik pangkat pun tak guna. menyesal nanti. Cuti yang diperolehi dari jawatan lama selama 35 hari akan dipotong kepada menjadi 25 hari sama dengan orang baru masuk kerja. macam ni ke nak bantu pegawai meningkatkan kerjaya. Kat jpa sekarang ni banyak PTD baru lah. Bila tanya kenapa potong cuti, jawapannya nasib baik boleh sambung servis tu dah kira oklah. buat sakit hati je. Jawapan yang bodoh dan tak ikut G.O. tak boleh beza sambung servis & penjawat baru

Atan berkata...

Itu lah jawapan yang selalu di beri oleh ketua jabatan, belajar tinggi tapi minda kelas ke tiga.

Tanpa Nama berkata...

Gunakanlah ruangan dgn baik tutur kata atau bahasa adalah melambangan seseorang manusia. manusia beriman adalah manusia yg berbudi bahasa, berhati mulia dalamilah ilmu agama kpd PA yg lagi sempit dlm agama. Berbuat,berkata jahat berdosa dan NERAKA sentisa menanti dan berbuat baik syurga akan menanti anda, apatak lagi PA seharusnya bersikap positif/baik sebagai tauladan org awam.

Bujang lapuk

Tanpa Nama berkata...

salam,
Mungkin Pihak Cuepacs atau yg berkenaan boleh usul kan supaya diadakan GYM/Pusat kecerdasan disetiap jabatan atau bangunan kementerian dimana Pegawai Penguatkuasa ditempatkan.

-memperuntukan dana menubuhkan pusat kecerdasan/gym di tempat kerja/pejabat pegawai penguatkuasa.