SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 September 2010

CUEPACS HARAP KERAJAAN TIMBANG BONUS PENJAWAT AWAM TAHUN INI

Bernama
22/9/2010



SEREMBAN: CUEPACS berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada pembentangan bajet bulan depan.

Presidennya, Omar Osman, berkata CUEPACS sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan. "Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus berkenaan. "Kita mohon dua bulan bonus, namun jika tidak boleh dua bulan, sekurang-kurangnya sebulan.

"Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan. Kita berharap pemberian bonus ini dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas majlis Aidilfitri bersama pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sembilan berkata pemberiaan bonus itu sudah pasti dapat meringankan beban tanggungan dan menyuntik semangat baru kepada 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara.

Katanya ia juga adalah ransangan bagi penjawat awam untuk menjayakan setiap dasar kerajaan.
"Penjawat awam merupakan tulang belakang kerajaan...jika mereka ceria maka cerialah kerajaan. Saya harap tidak ada pihak yang mempertikaikan pemberian bonus kepada penjawat awam ini kerana jika tidak Cuepacs tidak memperjuangkan, siapa lagi.

"Selain bonus, CUEPACS dipertanggungjawabkan memperjuangkan kebajikan penjawat awam termasuk masalah gaji, elaun, insentif, perubatan, lanjutan umur persaraan dan sebagainya," katanya.

Mengenai isu berlainan, Omar turut meminta kerajaan supaya segera serapkan 14,500 warga Kemas yang berkhidmat secara kontrak ke jawatan tetap memandangkan perkara itu telah lama tertangguh.

"Dalam kedudukan ini, mereka yang terbabit didapati merasa gusar serta dalam
keadaan tidak tenang dan tertekan untuk menjalankan tugas kerana kedudukan mereka yang masih terumbang-ambing dan tidak ada jaminan.

"Perkara ini telah lama dibawa ke pengetahuan kerajaan, namun sehingga kini masih belum dapat jawapan. Oleh itu, kita harap kerajaan dapat mengatasi perkara ini dengan segera, kalau boleh dalam tahun ini juga," katanya. - BERNAMA

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kepada perdana menteri Malaysia
yang dikasihi dan dihormati. kami
penjawat awam memohon pertimbangan
agar dapat memberi kenaikan gaji
sebanyak 35 peratus memandangkan
harga barang sekarang terlalu mahal
tidak seimbang lagi dengan gaji kami.

Tanpa Nama berkata...

kepada pihak kerajaan yg dhormati. kami sbg penjawat awam, amatlh berharap agar pemberian bonus ini dluluskan memandangkan byk kakitangan2 baru yg dtempatkan jauh dr tempat asal, selalunya mengalami masalah kewangan, terutamanya kpd yg tidak layak mndapat tuntutan. ini kerana semuanya bgantung kepada peruntukan jabatan masing2. oleh itu, kerjasama pihak kerajaan amatlah dhargai ke atas masalah ini. terima kasih.

Fariz Mahmood berkata...

xpelu bonus, yg penting tetapkan pegawai kontrak dulu barulah betul, menjana intelektual. kalo bonus dpt kat golongan sokongan, diorg bkn nak guna betul2, nnt bli HP mahal dan beli ekor je

Tanpa Nama berkata...

En Fariz mahmood,
tidak kesemua mcm tu spt yg difikirkan En Mahmood skrg ni. Sememangnya wajar pihak kerajaan menaikkan gaji, elaun, selaraskan cola dan memberi k/tgn awam bonus.pendapatan kini memg xdpt nak menampung perbelajaan yg semakin meningkat memandangkan harga brg dan mahal sekarang ni.
Pihak Cuepacs telahpun menyuarakan masalah kontrak ni.Tp terpulang pd kerajaan. Harap bajet 2011 memberi faedah kepada seluruh Rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

bagi saya bonus tak penting..yg penting dapat kenaikan gaji,kerana kalau nak ikut taraf gaji kita ni rendah la sangat..elaun pun kena naik kan juga..kalau nak ikutkan mcm contoh elaun perumahan tu..mana ada lagi rumah sewa ikut kadar elaun kita sekarang ni..memandangkan segalanya telah naik..apa kata pihak kerajaan tolong naikkan juga gaji dan elaun penjawat awam..

Tanpa Nama berkata...

Bonus, elaun, kenaikan gji perlu diberikan...

Tanpa Nama berkata...

pukimak ko faris mahmood
mcm ko 2 bgus sgt

Tanpa Nama berkata...

kenaikan gaji, elaun, pelarasan cola dan bonus wajar diberikan kepada Penjawat Awam.

Tanpa Nama berkata...

KEPADA YANG BERHORMAT DATO SERI NAJIB,KAMI MOHON AGAR SYARAT 15 TAHUN DIHAPUSKAN ATAU KURANGKAN SYARAT KEPADA 10 TAHUN.INI BARULAH ADIL DAN SKSAMA.NAIK GAJI DAN BONUS SANGAT DIALUKAN MEMANDANGKAN KEADAAN BARANG NAIK DAN SEBAGAINYA.

HARAPAN KAMI KAKITANGAN AWAM SEMOGA DATO SERI NAJIB MEMPERTIMBANGKAN PERMOHONAN KAMI INI..


IKHLAS DARI,