SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 September 2010

CUEPACS MAHU KERJAAN PERTIMBANGKAN BERI BONUS

Berita Harian
23/9/2010




SEREMBAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada pembentangan bajet bulan depan.

Presidennya, Omar Osman berkata, Cuepacs sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan. Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus itu. Kita mohon dua bulan bonus, namun jika tidak boleh dua bulan, sekurang-kurangnya sebulan. "Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan. Kita berharap pemberian bonus ini dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin meyakinkan," katanya ketika ditemui selepas kunjungan Aidilfitri bersama Persatuan Keluarga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Malaysia dan Kesatuan Pembantu Pembangunan Masyarakat Semenanjung Malaysia di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau membidas pihak yang mendakwa kesatuan itu hanya tahu menuntut kenaikan gaji dan bonus untuk kira-kira 1.2 juta kakitangan awam setiap tahun.

Omar berkata, perkara itu tidak sepatutnya dipertikaikan kerana memang adalah antara matlamat penubuhan kesatuan itu.

"Perkara ini termaktub dalam Perlembagaan CUEPACS dan jangan ada mana-mana pihak mempertikaikan tuntutan yang dibuat," katanya
Beliau berkata, tuntutan pemberian bonus setiap tahun, termasuk dua bulan tahun ini kerana kakitangan awam tidak seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta lain yang boleh mendapat bonus hingga empat atau lima bulan, katanya.

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul tu...sokong Pak Omar.Bajet 2011 sewajarnya memberi khabar berita gembira kepada Penjawat Awam yang telah 2 tahun menanti.Harap kerajaan dapat memberi kenaikan gaji, elaun dan bonus.Pemberian bonus amatlah diharapkan bagi menampung perbelanjaan persekolahan anak2.

Fariz Mahmood berkata...

jika kami org2 kontrak masih tak diserap, minta semua PA x dapat bonus agar keadilan terlaksana. juga agar pencen ditarik balik biar sama2 x merasa, barulah negara dapat berjimat

Tanpa Nama berkata...

En Fariz...xbaik brdgki...anggplah xde rezeki.Mgkin rezeki En Fariz dilain tahun.Usaha Pak Omar utk pekerja kontrak diserapkan ke jwtn ttp dh buat...tp trpulg pd kerajaan.Sape la kita di sisi mrk.Lainla kita semua sama je dihitung disisi Allah.

Tanpa Nama berkata...

En Fariz jgnlah dengki dengan orang lain..rezeki kita tak kan dimakan oleh orang lain..kalo dah bukan rezeki kita,makanan kat mulut pun boleh terkeluar..xbaik ada perasan dengki yang amat sangat..ni sampai ke pencen pun nak ditarik..apahal!

Tanpa Nama berkata...

Ekonomi masih tak stabil..Budget defisit...Tidak bermoral krn mintak bonus...Rasanya itulah ayat yg bakal kita dengari masa pembentangan budget nanti..Yg hairannya masa naikkan gaji & elaun polis tak pulak cakap macam tu....

Atan berkata...

Saudara Fariz, jangan lah sampai begitu sekali, tindakan saudara pun tak adil, macam mana saudara nak suruh orang lain berlaku adil pada saudara.

Ramai PA simpati pada pekerja kontrak ni, tapi saudara kena faham mungkin sudah dasar kerajaan macam tu, cuma minta pak omar minta kerajaan ubah lah dasar yang tak adil tu.

Sebagai contoh, pekerja kontrak diambil bertugas, tapi lantikan baru pun tetap diambil juga, kenapa tak diserap saja pekerja kontrak tersebut, barulah ambil pekerja kontrak baru.

Kita tahu, pengambilan pekerja kontrak lebih menguntungkan kerajaan, tapi biarlah bersifat adil. Ramai lantikan baru diambil dalam usia agak lanjut dan kita sendiri faham pencen mesti tak penuh.

Atau mungkin kerajaan ada agenda tersendiri. Sebab apa yang saya lihat ramai PA yang muda2 ni bertugas agak berlainan sikit, mungkin dalam usia muda dah dapat kerja, berbanding dengan PA yang telah berusia ni, mungkin terseksa nak dapat kerja.

Apa2 pun dasar boleh di pinda, bak kata musang berjanggut, "undang2 dalem ini negeri ana yang bikin, boleh padem".

Tanpa Nama berkata...

"CUEPACS MAHUN KERJAAN PERTIMBANGKAN BERI BONUS"

apalah cuepacs kalau nak bonus pun tulislah tajuk betul2 tak sabar2

Radzi berkata...

HAHAHAHA...

hamid n41 berkata...

serapkan kami yg masih kontrak ni, kami ni profesional, layanlah kami yg penuh kewajaran. sokong Faris tu

Tanpa Nama berkata...

jangan dok mimpi lah korang..

Tanpa Nama berkata...

1Malaysia boleh!... Hidup Malaysia!... Malaysia prihatin!... saya sokong Pak Omar kita, saya berharap dlm. Bajet 2011 Perdana Menteri dan kerajaan kita akan dapat mengumumkan dan memberi pertimbangan terhadap Penjawat Awam Rakyat M'sia mengenai pemberian kenaikan gaji minima, elaun perumahan dan bonus. Pemberiaan bonus itu sudah pasti dapat meringankan beban tanggungan dan menyuntik semangat baru kepada 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara. Penjawat awam merupakan tulang belakang kerajaan...jika mereka ceria maka cerialah kerajaan. Saya harap tidak ada pihak yang mempertikaikan pemberian bonus kepada penjawat awam ini kerana jika tidak Cuepacs tidak memperjuangkan, siapa lagi. Selain bonus, CUEPACS dipertanggungjawabkan memperjuangkan kebajikan penjawat awam termasuk masalah gaji, elaun, insentif, perubatan, lanjutan umur persaraan dan sebagainya, kepada Perdana Menteri Malaysia
yang dikasihi dan dihormati. kami
penjawat awam memohon pertimbangan
agar dapat memberi kenaikan gaji
sebanyak 35 peratus memandangkan
harga barang sekarang terlalu mahal
tidak seimbang lagi dengan gaji kami. Hidup!... Perdana Menteri Kita!... Hidup!.... Malaysia!.... 1Malaysia!.... Boleh!.... Terima Kasih saya ucapkan dgn. Kerajaan Perdana Menteri Kita....

WiraLautan berkata...

hidup BN, pembangkanglah punca semua barangan naik

Tanpa Nama berkata...

BN bererti Barang Naik, sejauh ni barngan pengguna terus naik sedangkan gaji masih diparas takuk lama, sementara bonus kalau dahulu boleh dpt sebulan gaji tp kini RM 500 nasib baik tak di bahagi 2x, ini petanda masih gawat agaknya.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya pembangkanglah menyebabkan ekonomi kita dikucar kacirkan kalau tidak insallah bonus kali ni 2 bulan gaji, petunjuk indek ekonomi dunia malaysia berada diparas top ten, ini meneunjukan pakar ekonomi dan pemimpin negara kita telah berjaya melonjakkan taraf ekonomi setaraf dgn negara2 maju

Sosej berSos berkata...

Aku sokong PAS....wakakakakak

mastura, E17, PJ berkata...

hanya BN sahaja yang mampu membayar GAJI PA, jika PAS DAP yg miskin perintah nak bayar gaji PA dengan apa sebab partinya miskin

Tetap dan berpencen berkata...

Dah kita mohon dulu tau jawatan kontrak... terimalah hakikat... dan kami mohon dulu jawatan tetap dan berpencen. Kan dah jelas tu...
Bonus pulak amat bersyukur kalau dapat... tapi jangan le mengharap sangat... nanti kecewa dan di tuduh tidak bermoral pulak.

Nugget Ayam berkata...

Sosej bersos... kalau pilih PAS PASti melePAS lah.

Tanpa Nama berkata...

Kami mahu dipertimbangkan kenaikan @ penyelarasan gaji kakitangan awam selaras dgn Model Ekonomi Baru yang dibentangkan oleh YAB PM. MEB tidak akan ke mana jika tahap pendapatan kami masih di takuk lama ini. Kerajaan harus membela kakitangan awam jika mengharapkan perkhidmatan & produktiviti terbaik dihasilkan. Jika penyelarasan gaji ini dilaksanakan, saya yakin ianya akan memberikan lebih motivasi kpd penjawat awam untuk terus memberikan khidmat terbaik untuk agama, bangsa & negara Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

jangan buat politik dalam ruangan kalau anda mahu masuk politik buat blog politik anda sendiri.

Berpolitik diruangan ni berdosa, tulah kalau anda bercakap bohong dan berjanji kosong. Buatlah dalm ruangan ini utk bantu kebajikan semua PA tidak pilih bangasa, agama, kulit dsb. Kalau anda campurkan dgn politik anda dikategorikan salah seorang manusia akan dimasukan ke dlm neraka. Kalau tak masuk neraka guna blok ini dgn baik dan blog ini digunakan utk bantu golongan PA yg perlukan bantuan. Faham jangan tak faham.

IMAN TALIBAN

Tanpa Nama berkata...

Kepada Pegawai PTD yg Tidak Puas Hati

Saya cadangkan mereka agar menceburi sektor swasta, kerana anda boleh bersaing dengan pencapaian anda,tapi perlu ingat di sektor swaata kali pertama anda memang dinilai kelulusan setelah itu pengalaman anda yang akan dinilai, disana anda tak boleh menyebut anda berkelulusan tinggi tetapi akan dinilai akan keupayaan anda yg tinggi krana prestasi anda akan dinilai dgn Busines Plan syarikat anda, out put serta target mesti capai, satu syarat penting anda mesti berkeupayaan berkemunikasi dalam bahasa inggeris yg fasih.

Sementara di sektor awam ini cakap inggeris rojak pun boleh kot.Pegi seminar sana sisni bengkel sana sini klim sana sini masih boleh lagi kot, apalah nak dibangakan dgn kelulusan di malaysia ini byk lulusan penghafalan sebab itulah lahirlah lulusan yg tidak produktif serta inovatif sebab itulah tahap sektor awam di malaysia ini jauh tinggal kebelakang berbanding dgn negara jiran kita spt singapura.

Jgnlah pandang sinis kpd mereka berpendapatan rendah ini mereka juga berdidikasi terdapat juga hasil kerja mereka yg inovatif dan produktif yg berjaya telah dpt mereka laksanakan walupun berkelulusan rendah malangnya hasil mereka sering diekploitasi olih org atasan yg bijak serta oppourtunis, maaf saya katakan secara jujur.

DG 44 je... berkata...

Tak payah bonus... naik gaji lahi ok... semua PA akan dinaikkan 25% dari gaji pokok. Baru best... bonus sekali jerr.. Kalau cam aku 25% dari RM4000.00.... wow...
RM1000.00 naik... Ok tuuuuuuuuuu. Bonus sekali jerr... kalau naik gaji 4 bulan dan macam bonus. Mudah-mudahan.....Aminnnnnn

Bukan PTD tapi ada degree berkata...

Kalaulah degree yang diperolehi dianggap kelulusan hafalan... adakah kakitangan sokongan semasa ambil SRP/PMR/SPM dulu tak menghafal? Mungkin juga guna buah dadu kot. Janganlah kita nak mempertikai degree seseorang. Banyak teknik belajar... ada yang kena menghafal... kefahaman ... perbincangan... latihtubi... dan praktikal.

No Name... berkata...

Nak Tanya,waktu bajet 2011 di bentangkan, PM ada mengatakan pekerja kontrak pun akan mendapat bonus RM500...Persoalannya di sini adakah pekerja kontrak yang baru bekerja dengan kerajaan (kurang dari setahun) pun akan mendapat Bonus RM500..atau bonus diberikan mengikut jumlah bulan bekerja?