Berita Harian
2010/09/08
TERLEBIH dulu, saya gembira apabila saranan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, supaya potongan RM1 dibuat kakitangan awam untuk membantu fakir miskin. Sesungguhnya niat sebegini harus dipanjangkan kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja, kerana pada kita RM1 tidaklah besar dibandingkan golongan fakir miskin. Bagaimanapun, saya ingin mencadangkan kepada CUEPACS selaku kesatuan yang membela nasib kakitangan awam supaya memikirkan pula bagaimana hendak membela nasib kakitangan awam untuk semua kumpulan dan bukan hanya tertumpu pada kumpulan sokongan.
Saya bukan menafikan keistimewaan atau keutamaan diperjuangkan untuk kumpulan sokongan.
Tidak ada perancangan jangka panjang untuk kakitangan awam semua kumpulan.
Sebagai contoh, kenapa CUEPACS tidak menyediakan dana untuk membantu kakitangan awam yang mengalami kejadian di luar dugaan ketika berkerja. Dana boleh dikutip daripada kakitangan kerajaan seperti potongan RM1 bagi setiap kakitangan kerajaan. Seperti kakitangan swasta, mereka dilindungi PERKESO, manakala kakitangan awam terpaksa membeli insuran menggunakan wang gaji setiap bulan. Fikirkan jika kakitangan awam mengalami kemalangan ketika bekerja yang menyebabkan kematian atau lumpuh, kerajaan hanya menyediakan ganjaran terbitan dan pencen terbitan yang amat minimum berdasarkan tempoh perkhidmatan (sila rujuk formula pengiraan di laman web JPA - http://www.jpapencen.gov.my/skim_formula_pengiraan.htm).
Sebenarnya dana ini bukan hanya untuk kakitangan kerajaan, tetapi juga boleh dipanjangkan kepada keluarga terdekat seperti isteri, suami, ibu, bapa dan anak. Contohnya, bantuan kos pengajian untuk anak kakitangan awam, kos perubatan untuk penyakit kritikal dan tidak perlulah saya sebutkan kerana ahli CUEPACS sepatutnya lebih arif mengenai perkara ini. Selain itu, penyelarasan dan penggunaan dana perlu dilaksanakan dengan baik serta elakkan penyelewengan. Saya mohon CUEPACS untuk meneliti setiap aspek kebajikan kakitangan awam kerana bonus atau duit ihsan kerajaan setiap tahun tidak bermakna tanpa perlindungan yang menyeluruh bagi kakitangan awam.
RAKYAT PRIHATIN, Kuala Lumpur.

17 ulasan:
Terima kasih, Bagus pandangan saudara...memang CUEPACS sedang bercadang menubuhkan Yayasan Pekerja. Tapi masaalahnya tidak semua penjawat awam ni bersetuju dipotong gaji mereka walau pun RM 1. Itu lah rakyat kita. Dulu masa semua penjawat awam dapat kenaikan gaji..CUEPACS minta seorang RM 5, berapa kerat yang bagi...CUEPACS dapat kira2 RM 1.5 juta...bermakna cuma 250 ribu sahaja yang bagi berbanding 1.2 juga anggota sektor awam. Kalu bagi semua, CUEPACS dapat RM 6 juta.
Kerajaan kan kaya? Mengapa pula hendak membebankan penjawat awam?
Shopping luar negara boleh pulak? Bila mintak derma kami yg kena?
Berhentilah mengipas bontot orang atasan. Buka mata luas-luas, gaji penjawat awam kat Malaysia ni bukanlah banyak mana. Bodoh punya cadangan, buat orang marah.
rasa xboleh buat kerja, xboleh nak bela kami, baik tuan berhenti ajer daripada cuepecs yg byk merapek.
sudah 50tahun merdeka boleh kira lah berapa sangat kenaikan gaji tu.
patutnya kita bagi peluang pada pembangkang pada pru13 ini. kami nak cuba 3penggal, tgk macam mana puak atasan tersungkur sama macam kisah kerajaan Melaka dahulu. Bodoh, kamu xpernah nak belajar daripada sejarah silam.
cukup2lah dengan sentimen melayu kamu tu. aku dah bosan.
Saya ingat awak ni orang bangang,,,bodoh dan bahlol...cakap tak guna otak..apa itu CUEPACS pun awak tak tau...kalu awak seorang penjawat awam..awak juga ahli CUEPACS, bodoh bahlol...lebih baik awak mampus cepat...tau nak senang sendiri aje...Awak ingat kalu pembangkang perintah semua yang awak hendak bole dapat..lagi mengarut...semua depa kaut sebab mereka yang papa kedana nak jadi kaya...bodoh betul..
tk pyah nk wujud2 dana itu lh, dana ini lh...itu smua tujuan utk kjaan guna bila terdesak je mcm kwsp, tbung hj, saham2 bumi, dll...ni smua nk bodek la ni.
tak payah nak dana sana sini, kutip derma sana sini, tak habis2 minta2, kalau kita PA yg minta buat kajian bertahun2 tak pandai siap, mesyuarat segala hotel 5 bintang dibuat tak juga siap2 menghabiskan duit buat kajian saja.
a
kepada commentor 8:30:00 AM,memang betul and its The Real Truth. terlalu banyak R & D uses up banyak fund,semua masok longkang - habis,a big and foolish wastage.
semua xleh pakai............jadi PA kay malaysia ni standart negara timor timor jeee,,,,,ekonomi naik le ...semua temberang jer...yg kaya makin kaya yg miskin terus jahanam
kumpulan kita hanya mahu habuan saja bukan myumbang tetapi bukan semua spt itu, termasuk juga nak jadi ahli kesatuan masih ramai yg belum berminat.. sbb kena bayar yuran. bila soal nak minta macam2 suruh kami minta sedangkan penumpang masih ramai diluar... ratus ribu lagi ...
cadangan amat baik tetapi bila bab potong gaji walaupun RM 1 amat susah nak laksana pasal kena keluar bukan masuk.
Dana Kecemasan baguih ... nanti pegawai Cuepacs boleh guna untuk makan angin ... naik kapal terbang ... mesyuarat sana sini....kah...kah...
Pejuang konon .. Cuepacs nii banyak mengarut .
Omar Presiden, kamu pencen ajelah. Buat habih boreeh.
OMAR KAMU NAK JADI SENATOR ??? , AKU TAU KAMU NII KAKI BODEK.
Raya tahun ini adalah raya yang paling papa kedana....huuuuuhuhu.
Harga makanan melambung, barang keperluan melambung, RM dah jadi kecik....apa yg bagusnya?
Lagi mau korek dari kami dana? Podahhhh!!!! Dari pagi sampai malam, dari hujung rambut sampai hujung kaki semua barang keperluan bercukai, masih xcukup2 lagi? Pergi mintak dana ngan orang yg lari cukai larrr...berjuta duit simpan luar negara.
Rakyat dibahulukan?
Pendapatan diutamakan?
chettt poraaaahhhh!!!!
saya menyokong penuh usaha murni Cuepacs ini. hasil kebijaksanaan kerajaan BN maka kita berpeluang balik kampung dengan aman menggunakan lebuhraya yang termurah di dunia dan kadar minyak termurah di dunia. kamu kakitangan kerajaan tahu merungut saja dan tidak bersyukur,alhamdulillah BN DAN uMNO.Hasil kecekapan kerajaan BN membolehkan semua kita mendapat RM500, SYUKUR KEPADA KERAJAAN
Cuepacs Perlu Lebih Fokus Isu Kenaikan Gaji
Saya berharap cuepacs lebih fokus kepada seruan dari penjawat awam agar kenaikan gaji ini merupakan agenda utama yg perlu diutamakan dalam keperluan masa kini kerana mereka semuanya amat memerlukan disebabkan kos sara hidup yg melambung tinggi.
Fokus ini perlu dilaksanakan dengan menjemput SPA menteri atau timbalan menteri kewangan dan pengguna dalam satu dailog membicarakan isu ini dan kenapa keperluan tersebut, Cupacs perlu menhasilkan kertas kerja yg lebih ilmiah serta berpandangan jauh dari sudut keperluannya serta disokong beberapa tokoh ekonomi, sosial atau sebaginya dalam memebentang kertas kerja tersebut, dimana hasilnya perlu dirumus serta dipaparkan di laman2 utama cupacs serta disebarkan keseluruh jabatan2 kerajaan.
Sebelum seminar tersebut diadakan cuepacs perlu melantik beberapa pakar dan tokoh dlam bidang tersebut sebagai bengkel mendapatkan satu kertas kerja yg baik.
unentkamimkakitangan awam negeri sabah
bertahun-tahun dah membuat potoangan melalui potongan gaji
ai itu amal jariah sebanyak 3.oo
ringgit sebulan .
Banyak Isu2 Kenaikan gaji dan Bonus ada di kometar Berita Semasa untuk kita kongsi bersama
http://beritasemasa.com/
Peningkatan Kos Sara Hidup
Kalau 10 tahun dahulu RM 15 cukup untuk beli ikan dan sayur dalam keluarga seramai 3 orang tapi masa kini sebanyak rm35 untuk kelurga yang sama ini belum lagi keperluan lain spt minyak masak, sabun basuh, bawang, tepung, susu, gula, gas memasak, boleh dikatakan semuanya telah meningkat hampir 75 hingga 85% ini belum kira tambang bus sekolah, yuran tadika, bagi anak yg menuntut di IPTA mereka perlu diselenggara sara hidup sebelum dpt pinjaman dari PTPTN ini belum termasuk kos IT dan kerja assigmentnya.
Begitu juga penjawat awam ini masih lagi terikat dgn hutang rumah, kenderaan, hutang peribadi(bagi membiyaai pendaftaran anak ke IPT)bagaimana sekiranya anak seramai 5 orang, keperluan2 inilah yg sering menganggu prestasi penjawat awam.
Rayuan kami
kami dari kumpulan sokongan ini berharap cuepacs berani menyuarakan kelohan kami ini pasal umur persaraan ini kami tak ambil kesah sangat, tp untuk sara hidup perlulah ada pelarasan baru yang bersesuian dgn kos sara hidup masa kini, dan kami bukan untuk hidup bermewah2 sekadar keperluan diri dan keluarga.
Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.
Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.
Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.
Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.
Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut
Catat Ulasan