SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

02 September 2010

KHALID : BONUS TANPA SUBSIDI, TAK MASUK AKAL

Malaysiakini
Salhan K Ahmad
Sep 1, 10
4:29pm




Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menuntut kerajaan supaya menjelaskan rasional di sebalik tindakan membayar 'bonus hari raya' sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam.

Katanya, beliau tidak menentang tindakan itu, tetapi pembayaran berjumlah RM900 juta untuk semua kakitangan kerajaan adalah "tidak logik."

Tambahnya, penjelasan itu perlu memandangkan kerajaan sebelum ini bertindak menarik balik subsidi berjumlah RM750 juta.

Kerajaan sebelum ini memberi alasan bahawa subsidi berkenaan tidak lagi efektif kerana hanya dapat memberi manfaat kepada golongan kaya, katanya.

Katanya lagi, tindakan itu bagaimanapun menyebabkan kenaikan harga barangan yang perlu ditanggung kepada semua peringkat masyarakat.

"Kerajaan tarik RM750 juta subsidi, tapi tiba-tiba dia beri RM500 kepada kakitangan awam semua peringkat.

"Pengarah yang gaji besar pun dapat juga. Anda tarik (subsidi) daripada orang susah untuk bagi untuk bagi (bonus berjumlah) RM900 juta lebih.

"Jadi apa logiknya? Adakah semata-mata sebab kerajaan Pulau Pinang dan Selangor dapat beri juga?," soal Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

Katanya, pemberian 'bonus' hari raya itu juga diumumkan dalam keadaan kerajaan mengumumkan belanjawan defisit.

Tambahnya, Pulau Pinang dan Selangor mampu berbuat demikian kerana mempunyai bajet lebihan.

"Tapi (kerajaan pusat) kata bajet defisit hingga terpaksa tarik subsidi," katanya lagi.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang benar apa yg dikatakan itu satu sindiran sebaliknya realityna ramai kakitangan awam ini berada diparas kemiskinan anggarannya hampir 65% mereka ini adalah dari kumpulan sokongan yg perlu k'jaan santun terutama bila menjelang Hari Raya dan musim persekolahan.Isunya bukan bonus tetapi sebagai bantuan hari raya, Mungkin Khalid terlepas pandang dalam isu tersebut dan perlu membuat kajiandan anlisa semula semua isu yg berkaitan itu jika benar2 ingin memperjuangkan hak rakyat terutama golongan miskin

Tanpa Nama berkata...

orang seperti ini tak layak jadi pemimpin ...lebih mementingkan diri sendiri je...kata tak menentang pemberian rm500.00 tapi komen kerajaan...sepatutnya beliau menyokong usaha bantuan kerajaan itu ...kerana kita penjawat awam amat sangat memerlukan bantuan seperti itu dari kerajaan... terima kasih kerajaan kerana memahami kami semua...

John berkata...

hidupo umno, biarlah kami tidak menddapat bonus seumur hidup pun, umno tetap dihatiku. aku peduli hapa khalid tu biar secekap mana pun sebab yang pnting hanya kami Umno yang layak memerintah alam ini

Tanpa Nama berkata...

Khalid anda perlu melihat kesemua sudut krana penjawat awam ini hanya mendapat gaji dan sebarang imbuhan hanya dari kerajaan sahaja, sekiranya anda menyokong kami kumpulan yg berada diparas kemiskinan ini anda perlu perjuangan mohon kerajaan naikan gaji kami sebagai tambahan dan seimbang dgn sara hidup masakini soal dfisit ke itu soal no 2, pertamanya penjawaat awam ini perlu makan dan hidup begitu juga keluarga mereka spt rakyat lainnya.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa apa yg di nyatakan oleh khalid itu penjawat awam jgn salah anggap sebenarnya dia menyokong diatas pemberian itu cuma dia pertikai akan kerajaan pusat atas pengurangan subsidi kepada rakyat lainnya yg juga terhimpit dengan kos sara hidup masakini, cuma khalid perlu berhati dalam isu ini supaya tidak menyinggong hati 1.2 juta penjawat awam yg sekarang ini dalam menyambut hari raya.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak tadbir putrajaya khalid perlu peka kehendak dan keperluan penjawat awam, terutama hampir 65% dari kumpulan sokongan ini berada diparas hidup kemiskinan dalam situasi berhadapan harga barangan keperluan kian hari terus meningkat sedangkan gaji kami masih diparas tidak mencukopi, perlu dingat kami inilah sebagai modal insan sebagai pemancu kemajuan negara.

Tanpa Nama berkata...

Buat pengetahuan John tidak ada kena mengena UMNO dgn pemberian bantuan hari raya ini, pemeberian ini dari k'jaan bukan UMNO, jgn taksub sangat hingga tersalah perhitungan, kita kakitangan awam adalah bersifat profesional dalam memberikan perkhidmatan berpegang teguh kepada perinsip penjawat awam dan setia kebawah duli yg dipertuan agung, sebab tu disebut urusan seri paduka baginda disampul2 surat tu

Tanpa Nama berkata...

biar le khalid...logik tak logik pun..biar le..kami kakitangan awam ni bukan ada duit sangat pun..gaji pun ciput je...

cuba baca kenyataan menteri singapore dua tiga hari lepas...

"kita akan banyakkan lagi rumah2 HDB bagi memberi peluang pada rakyatnya yang berpendapatan kurang $8000.00 sebulan....!!

$8000.00 sebulan darab dengan 2 jadi $16000 sebulan duit malaysia...ooooohhhhh...

bukan bagi pendapatan kurang RM700 sebulan..!! kehkehkeh...hebat juga singapore ni...

jadi khalid releks le...jangan gabra...kami punya gaji bukan macam singapore punya orang..

kehkehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

rasa2nya kat Malaysia ni pun boleh dpt cam tu cuma kenalah amanah dan tak bocor sana sini wang negara insallah kita pun boleh dpt cam tu juga