SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

18 Oktober 2010

CUEPACS BINCANG ISU TIADA BONUS

Utusan Malaysia
18/10/2010




KUALA LUMPUR 17 Okt. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan membentangkan isu tiada bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam dalam Bajet 2011 pada mesyuarat khas kongres itu Selasa ini.
Presidennya, Omar Osman berkata, pada mesyuarat itu beliau dijangka menerima maklum balas daripada semua peringkat ahli kongres di seluruh negara.
Beliau berkata, menerusi maklum balas itu, pihaknya akan berbincang dan membuat analisis mengenai apakah kesan ke atas penjawat awam ekoran ketiadaan bonus tersebut.
"Setakat ini, kita menerima beberapa maklum balas awal daripada penjawat awam dan rata-ratanya menunjukkan reaksi kecewa.
"Kongres bimbang, kekecewaan itu akan menyebabkan penjawat awam tidak lagi komited dengan kerja mereka dan sekali gus boleh mengakibatkan ekonomi merudum semula,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas penjelasan Perdana Menteri berhubung kerajaan tidak boleh memberi bonus sebulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM3.1 bilion.
Bagaimanapun, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin mengumumkan penjawat awam akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 bagi meringan beban dan menampung perbelanjaan persiapan sekolah untuk anak-anak.
Omar berkata, pihaknya akur jika RM3.1 bilion untuk 1.2 juta kakitangan awam akan membebankan kerajaan, namun sekurang-kurangnya kerajaan wajar memberi setengah bulan gaji iaitu ia hanya melibatkan RM1.5 bilion sahaja.
Beliau memberitahu, wang bantuan khas sebanyak RM500 yang diperuntukkan itu tidak mencukupi untuk kakitangan awam khususnya yang mempunyai lebih daripada seorang anak tetapi untuk pesara ia sudah memadai.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud berkata, pengumuman tiada bonus untuk kakitangan awam pada tahun ini tidak menepati hasrat penjawat awam.
Menurut beliau, berdasarkan keadaan ekonomi negara pada tahun 2010 yang semakin pulih sepatutnya kerajaan mampu memberikan bonus kepada penjawat awam sebagai tanda penghargaan.
''Sekurang-kurangnya sebahagian besar wang bonus itu dapat digunakan oleh penjawat awam pada akhir tahun untuk menyelesaikan pembiayaan anak-anak yang kini semakin membebankan.
''Kita tidak memperlekehkan wang bantuan khas itu tetapi ia masih tidak mencukupi khususnya penjawat awam yang mempunyai anak lebih daripada dua orang,'' jelasnya.

28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cuepecs,tolong jangan ubah pendirian tentang bonus atau pelarasan gaji.teguhkan pendirian anda.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Pres apa kata kau letak jawatan kerana semua KPI kau tak tercapai,kau pernah berjanji bahawa penambaikan skim juruteknik adalah sasaran KPI kau sehingga Mei 2010,Sekarang bulan apa eh??? Satu lagi cadangan aku kau beli smartphone supaya kami ahli dpt email kau.Kerana dalam laman CUEPACS kau x beri alamat e-mail.Ada Branniii ka

Tanpa Nama berkata...

KAH KAH KAH MALAYSIA MENUJU NEGARA MAJU.. 1O TAHUN LG NAK WAWASAN 2020.. KAH KAH KAH

Tanpa Nama berkata...

ekonomi berpendapatan tinggi...nak bagi bonus pun dah bagi impact pada negara...cam mana ni pening2..

Tanpa Nama berkata...

Apakah maksud sebenar negara berpendapatan tinggi? Ianya satu maksud tersirat yang membawa kepada negara itu sahaja yang berpenadapatan tinggi tapi bukanlah rakyat....cuba kita fikirkan..jadi apabila negara berpendapatan tinggi perlulah ada simbol dan simbolnya menara yang tinggi tinggi dan bangunan yang banyak....

Apa nak jadi????? berkata...

bangun semau PA jangan pejam mata sahaja !!
kerja siang malam takkan taknak bonus ???
PRESIDEN CUEPACS semoga Allah memudahkan jalan untuk kamu untuk mempertahankan PA

Tanpa Nama berkata...

kerja kadang2 bawak balik rumah, nak kejar dateline. bila APC orang lain yang dapat. ingatkan ada la bonus/pelarasan gaji sebagai ganti tapi kecewa..

side income tak ada, gaji sahaja. anak ramai, isteri tak bekerja dok rumah jaga anak. rumah tak mampu nak beli. minta bantuan tak pernah yang dapat, kononnya gaji POKOK tinggi (belum kira apa yg ditolak). tak cukup duit buat loan (sampai bila..)

nasib.. nasib..

Tanpa Nama berkata...

tek susah - susah mr president, tak yah jd peminta sedekah... kita buat je keja kita, PRU 13 nanti kita tukar kerajaan...abis cerita.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Presiden kalau boleh perjuangkan lah kenaikan/pelarasan gaji kalau bonus tak dapat pun tak mengapa lah yang penting kenaikan gaji atau pelarasan gaji minimum...

Tanpa Nama berkata...

Oleh kerana kerajaan tak bagi 1 bln atau 1/2 bln bonus,saya cadangkan supaya CUEPACS jangan terima RM500 wang ehsan yg kerajaan bagi kpd penjawat awam & yg bersara.Biarkan kerajaan dgn gayanya yg sentiasa tdk mengambil kira kebajikan Penjawat Awam..Biar kerajaan ambil balik RM500 wang ehsan tersebut.Kita sbgai Penjawat Awam buat yang patut saja dan tak payahlah ikut sangat cakap yg terlebih-lebih oleh kerajaan. Memang Penjawat Awam KECEWA sangat, sakit hati dan ntah apa-apa lagi.Kerajaan macam tidak adil dengan sebahagian besar drp penjawat awam..asyik2 guru..polis sahaja.Kesian profesion yg lain. Sungguh kecewa..

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan tak bagi BONUS...bagi duit ehsan je Rm500.kenaikan gaji atau pelarasan gaji minimum pun kerajaan tidak ambil peduli.KECEWA sangat-sangat!!

Tanpa Nama berkata...

dalam setahu ada 52 minggu, dalam setahun ada 13 bulan, tuntut gaji 13 bulan setahun,tak yah gaduh pasal bonus...

Tanpa Nama berkata...

macam gampang semua BN (be end) mampos laaaaa

Tanpa Nama berkata...

tentera malaysia patut serang polis,sebab polis saja selalu naik gaji,tentera nak naik gaji pun susah asyik dalam perbincangan sahaja....

Tanpa Nama berkata...

gua sokong lu broooo....so bila kita nak serang polis....esok?? lusa???lu cakap jer....polis pun banyak ASYUKKKK.....gua dah xsabar nak serang polis nieee....keja dah macam "BANGLA" gaji cam hampehhh
idup askar dan idup maillll.....

Tanpa Nama berkata...

kalo askar minta naik gaji...macam-macam alasan,,,,nak kaji ler..nak apa laaa.....ko nak kena tembak kerrrr..dari bulan FEB itu hari nak kaji....xkaji punnnn...patut la bukan bumiputra xnak masuk askarrrr......

Tanpa Nama berkata...

PRU ke 13 nt...kita tukar jer kerajaan...bagi PAS pulak perintahhhh
BN mengarut dahh....asyuk banyak...
yang tak puweh ati....

Tanpa Nama berkata...

WOW! 65 juta renovate rumah PM..bonus kedekut pulak!!

Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam kerana tindakan itu akan memberi implikasi kewangan besar iaitu sebanyak RM3.1 bilion.

Katanya, selaku menteri kewangan yang bertanggungjawab, beliau tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan.

KUALA LUMPUR : Kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan diubah suai dengan belanja RM65 juta.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong, kerja-kerja pengubah suaian akan bermula tahun depan dan selesai pada tahun berikutnya.

Sri Perdana di Putrajaya mula di bina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya.

Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005 yang menelan belanja hampir RM6 juta.

Keperluan untuk sekali lagi melakukan pengubah suaian kepada Sri Perdana dengan kos RM65 juta dipertikaikan, khususnya apabila rakyat dinasihatkan supaya berbelanja secara berhemah.

Pengubahsuaian Seri Perdana dengan peruntukan yang begitu tinggi dianggap satu lagi anggap satu lagi pembaziran dana rakyat.

Mengulas isu yang sama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, apabila masuk sahaja Perdana Menteri baru semua nak ubah mengikut citarasa masing masing. Ini pembaziran dengan RM65 juta untuk ubah suai Sri Perdana ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana negara amat memerlukan kewangan itu untuk membangunkan modal insan dan sebagainya.

"Duit itu boleh digunakan dengan cara yang lebih bermakna. Kita lihat bajet itu pun tetap juga merupakan satu bajet defisit ini bererti perbelanjaan seperti itu sebenarnya boleh dikurangkan untuk mengurangkan defesit.

"Inilah keutamaan pemimpin Umno-BN untuk kepentingan mereka sendiri, keselesaan sendiri ikut citarasa masing masing tanpa memikirkan rakyat jelata yang menghadapi kesusahan untuk mebiayai kehidupan seharian.

"Ramai yang tidak berkerja dan hutang piutang. Tetapi RM65 juta digunakan untuk ubahsuai Sri Perdana ini tindakan yang tidak wajar sama sekali,"katanya.-/YB Anuar Sudin

HARAM JADAH KAU NAJIB

HARAM JADAH

Tanpa Nama berkata...

bila penjawat awam mintak bonus byk pihak berbunyi mcm2..padahal kalau dpt pun tak seberapa lepas tu harga brg sume naik sesuka hati..tak kesian ke dgn yg berpendapatan rendah belanja sek. makin mahal mcm nak byr..itulah sbbnya penjawat awam byk utang..agaknya nak tunggu ramai lagi yg kena pancung ngan along sbb tak mampu byr utang..yg kay makin kaya yg miskin biar melarat..teruskan perjuangan Cuepacs tak dpt bonus pun mintak pelarasan gaji...

Tanpa Nama berkata...

kata takde duit nak buat menara merdeka 5 billion ada duit pulak renovate sri perdana ada duit pulak...tunggu pru 13 nanti..president cupaac beronti jo la..buek somak yo kau

Tanpa Nama berkata...

betul2...pndptan tinggi camne la kan? rm3.1 bilion pon nk berkira, huhu

Saudara Thaibah al-Qanuni Al-Banjari berkata...

marilah kita menyokong kepimpinan Syeikh Agung kita, ustaz syeikh kami Yang Mulia Istimewa Ustaz Hambali ibni almarhum Ustaz Utama Mahamood, Pengetua dan Syeikh Besar Ajaran Qanuni Yan Kedah menolak kenaikan harga barangan dan menuntut pemberian bonus.

Bila kami perintah negara ini tiada lagi kesusahan dan bonus setiap tahun. Marilah kita bersatu bersama Yang Mulia Ustaz menentang sikap manusia yang tidak takutkan akhirat

Tanpa Nama berkata...

Ala, tak yah nak pening2...kalau kerajaan skrg tak pandai nak memerintah.cakap je..selalu je cakap duit tak cukup kan,jadi orang2 umno yang tak bijak nak memerintah ni sila la berundur..bagi peluang kat pebangkang plak...senang citer..

PRU13 kasi tukar kerajaan!!

Tanpa Nama berkata...

pi mampos la penjawat awam....tau bonus jer...kerja cam hampehh....hari-hari main poker kat komputer....keje x jalan pun....sekali nagan aku pun mamposss...yang tak puweh ati

pencen berkata...

ko cakap g mampos kat kerajaan sbb ko cemburu, sbb ko mintak kerja kerajaan tak pernah dapat...sbb ko x dapat sbb ko ni tak bagus, org yang keje kerajaan ni org yang bagus2 je boleh dapat...tgk cara ko menaip je dah tau dah mmg ko x kan dapat keje sbb pemikiran dan cara ko mcm org bodoh...

Tanpa Nama berkata...

TU AKU SETUJU...AYAT TU MEMANG GAMBARAN ORANG SOMBONG BILA TEMUDUGA FAILED PASAI DARI CARA DIA PUN MEMANG TAK LAYAK KERJA GOMEN

Tanpa Nama berkata...

Tak perlula nak bagi bantuan kewangan tu..depa dah ada gaji tiap2 bulan,pandai2 sendiri la save..baik guna 430j tu serap kakitangan kontrak ke jawatan tetap, pekerja kontrak ni lebih produktif sbb mesti kekalkan status yg cemerlang spy kontrak disambung,dahla takde dicarum kwsp,elaun2 lagi la xde..kesiann..kat ofis pulak yg 41 dan 27 kena buat kerja yg N1 buat,tlg fotostat itu ini, jawap telefon kat kaunter,pastu buat keja yg perlukan msa yg byk tu sampai x dpt nk angkat muka, menunduk je memanjang..last2 yg tetap sign jer,kate die yg buat..cehh..buat penat jer skolah tinggi dulu,last2 keja cam pencacai angkut najis..nasihat untuk budak2 skolah skrg ni, tak payah sekolah tinggi2.takat spm jer cukup,nanti kjaan bg duit bantuan,kan senang?

Tanpa Nama berkata...

Hahaha...ni lagi sorang sengal.