SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

11 Oktober 2010

CUEPACS DESAK SPRM PASANG "SPY"

Berita Harian
10/10/2010


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meletakkan pegawainya sebagai pengintip di semua jabatan kerajaan yang terdedah kepada penyelewengan kuasa dan rasuah, terutama membabitkan ‘urusan panas’ seperti tender dan di kaunter.

Desakan itu disuarakan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mahukan kerajaan lebih serius dalam menangani masalah rasuah, namun pendekatan terperinci perlu dilakukan SPRM yang pakar dalam bidang itu. Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, tindakan meletakkan pengintip SPRM di kawasan panas yang dikenal pasti seperti di Jabatan Imigresen adalah tepat dan amat bersesuaian dalam konteks menghapuskan rasuah di jabatan berkepentingan

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pasang spy dkt JKR.. jabatan yang paling byk keluar tender.. kebanyakkan yang kena tangkap hanya anak-anak ikan. yang rasuah hanya Rm100-Rm1000.. yang keluar tender beratus-ratus juta ingat telus ke? sedikit sebanyak mesti masuk poket jg baru dapat projek.. walaupun manusia tak nampak tapi Allah Maha Menegetahui.. siapa yang makan rasuah jgn harap nk cium bau Syurga..

Unknown berkata...

Jangan sibuk dengan rasuah sahaja, makan gaji buta pun sama haramnya. Rehat tak ikut waktu, pelanggan awam tak diberi khidmat yang baik, kerja sambil lewa,tak bertanggung jawab. Sepatutnya ada suruhanjaya yang dibentuk untuk memantau mereka ni, ramai lagi diluar sana yang mampu berikan perkhidmatan lebih baik. Biar ada persaingan kerja yg sihat untuk hasilkan kualiti kerja. Buat apa simpan parasit yang merosakkan institusi perkhidmatan awam.

Tanpa Nama berkata...

Ni satu lagi idea bangang daripada tuan presiden kupek....kalau nak pasang spy...pasanglah sama tu polis kaaa....polis trafik kaa..Immigration kaa...Jabatan hutan kaaa yang terima under table money.....baru adil.

Tanpa Nama berkata...

pasanglah seberapa byk... kalau sikap sesorg pegawai kerajaan itu tidak berubah sudah tentu tidak akan berhasil...

Gulam berkata...

Yang bawah kutip duit sebab nak bagi yang atas tu kenyang, kalau dah ada pertukaran, yang tak buat pun ditukar, ini bermakna yang buat masih tak ditukar, KP buta ke?

Tanpa Nama berkata...

SPRM ni boleh harap ke?

orang report secara rasmi dia kelihatan tak berminat nak buat siasatan...surat layang pulak yg dia pegi layan.....ini le yg pelik ni...

lepas tu tengok pulak pihak mana yg buat report?

pening...

Tanpa Nama berkata...

alaaa...takan kakitangan kerajaan peringkat bawah saja yang kena spy , yang peringkat atas macam mana. Pejabat YB macam mana.Inilah bapak penyamun YB2 ni. Diorang yang makan rasuah kakitangan kerajaan jadi kambing hitamnya...puihhhh

Tanpa Nama berkata...

emmm...amat setuju.... dapat juga mereka-mereka ini mengkaji suspen akaun para pegawai tinggi yang menggunakan bajet mengurus kementerian untuk kepentingan politik...amat setuju.

Podehi berkata...

Spying ni sedap di pihaknyg nak tau, nak kontrol aje ke? Kesan sampingan, tak kira? Mcm aku ni d kementerian pendidikn yg tak banyak terlibat duit tapi spying ni akn membuat bbrp komplot dlm jbtn untuk mengintip hal peribadi jugak terutama online spying. Contoh, ridzoh cuak laki dia berskandal, habis janda dia spy. Then geng rival akn bagi 'hint/clue'. Akan jadi stress d tempt kerja. Anak dara tua akan masuk grng spy cuak lelaki idaman dia dirembat kt janda. Yg laki org nk test market akn menyamar nk ada peluang chatting. Tumpang seronok pulak bila online spying ni mcm mcm hal sulit dia tahu. Then nak cover, semua jd munafik & pura pura.