SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

07 Oktober 2010

KAKITANGAN AWAM PERLU ADA NILAI TAMBAH - AWANG TENGAH

Utusan Malaysia
7/10/2010



KUCHING 5 Okt. - Setiap kakitangan awam di negeri ini perlu mempunyai nilai tambah bagi membolehkan mereka memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan terbaik kepada masyarakat.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan berkata, nilai tambah itu membabitkan aspek kreativiti, inovasi dan integriti, sekiranya diamalkan merupakan elemen penting yang dapat membantu kepada kecemerlangan perkhidmatan setiap organisasi kerajaan di Sarawak.

Menurutnya, amalan integriti dan bekerja secara inovatif amat diperlukan dalam mempelbagaikan dimensi bukan hanya melibatkan prosedur atau proses kerja tetapi juga cara berfikir serta sanggup berubah.

''Ini kerana, untuk berjaya, setiap organisasi memerlukan pekerja yang mempunyai rasa megah dengan organisasi sendiri dengan menganggap pejabat mereka sebagai rumah kedua masing-masing.

''Kita (penjawat awam) harus memahami objektif dan falsafah organisasi masing-masing, Ia penting agar kita lebih bersemangat untuk menjalankan setiap tanggungjawab yang diamanahkan," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Integriti Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) di sini.

Turut hadir, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber negeri, Mohd. Naroden Majais, Menteri Muda Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Talib Zulpilip dan Pengurus Besar PUSAKA Sarudu Hoklai.

Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam dalam pada itu turut menggesa kepimpinan pelbagai peringkat setiap agensi kerajaan negeri memainkan peranan mereka bagi memastikan amalan bekerja secara integriti sentiasa diamalkan.

Beliau menjelaskan, ketidakcekapan yang berlaku dalam sesuatu agensi kerajaan akan menjejaskan keyakinan dan kepercayaan orang awam terhadap keupayaan perkhidmatan awam terutamanya dalam melaksanakan dasar-dasar ditetapkan kerajaan.

''Kini, kita sentiasa dibayangi oleh jangkaan untuk lebih peka dalam memenuhi tuntutan pelanggan," katanya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang benar Kakitangan Awam perlu ada nilai tambah disamping kerajaan juga perlu ada dgn menghargai kakitangan awam dengan 2 bulan gaji sebagai bonus

Tanpa Nama berkata...

jgn hanya kakitangan awam sahaja...kerajaan sepatutnya dari dulu memberi nilai tambah kepada kakitangan awam seperti penyelarasan gaji,elaun pemberian bonus yang tinggi..ini tidak bila masuk bab kebajikan kakitangan awam banyak sangat putarbelit dan pembohongan.

Tanpa Nama berkata...

TAK PERLU NILAI TAMBAH..., NILAI TAMBAH NIH..., GAJI SUSAH MAU NAIK...
KALAU ADA NILAI TAMBAH..
NAJIB YANG UNTUNG... TAK PERLU BAGI KENAIKAN GAJI TAPI DAPAT KAKITANGAN MURAH TAPI CEMERLANG...CHES...